Thursday 26 September 2013

Bacalah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Pencipta

Jika berpeluang, nak je baca semua buku-buku ni untuk dapatkan tips yang berguna. Tengok mana yang sesuai dengan situasi diri sendiri dan Malaysia.

Buku WTF pon best jugak.

Tuesday 3 September 2013

ASW 2020 UMUM AGIHAN PENDAPATAN 6.70 SEN SEUNIT


ASW 2020 umum agihan pendapatan 6.70 sen seunit.




Berbeza dengan ASD yang diumum naik 0.20 dari 6.60 ke 6.80 dividen.


Bermula september, teka teki dividen ASB makin terasa. Saya forecast dividen 7.95% dengan bonus menyusut 1.05%. Anda pula bagaimana?

Sunday 1 September 2013

Bagaimana kira dividen?

Ingin sy kongsi kaedah kira dividen dan bonus seperti soal jawab berikut:

Rezza:
Assalam nak tnye..kalo commit ASB 50k byr monthly 300 start 1 mei 2012, berape dividen kte dapat jan 2014?..tq=)


Ahmad Khairani Hashim1 September 2013 14:27:

dividen dikira dr purata baki minimum bulanan jan - dis.

1. semak brp baki minimum bulanan tiap bulan.

contoh:

jan: 0 (buka akaun asb pd 2 jan 2013 dgn amaun rm10)
feb: 10
mac: 10 (loan asb 50,000 mula 2 mac 2013)
apr: 50,010
mei: 50,010
jun: 50,010
jul: 50,010
ogo: 50,010
sep: 50,010
okt: 50,010
nov: 50,010
dis: 50,010

nota: walaupun dr 2 hingga 31 mac ada amaun 50,010, tp pd 1 mac hanya rm10, maka baki minimum bulan mac adalah rm10 sahaja.

2. puratakan baki minimum bulanan

contoh:

0 (jan) + 10 (feb) + 10 (mac)+ (50,010 x 9 bulan)= 450,110

purata = 450,110/12 = 37,509.17

3. kiraan dividen 7.75% + 1.15% bonus:

dividen = 7.75% x 37,509.17 = 2,906.06

bonus: purata baki minimum bulanan 10 tahun
purata = [0 (9 tahun) + 37,509.17] / 10 = 3,750.92


bonus = 1.15% x 3,750.92 = 43.14

moga kalian mahir kira dividen dan bonus. bila dh tau konsepnya, mudah untuk atur langkah pelaburan.

Antara Ikan dan Joran, Kupilih Untuk Tidak Beri Kedua-duanya.

Antara Ikan dan Joran, Kupilih Untuk Tidak Beri Kedua-duanya. 

Joran dh lama ada kat kedai. awk yg pi beli sendiri. Sy cuma kongsi tips nk pilih joran yg mcm mana je.

Pastu, sy cuma kongsi pengalaman bgmana nk memancing. Joran awk punya, umpan awk yg taruk, joran pon kat tgn awk.

Yg dpt ikan awk. kalau nk ikan lg, awk pancing la lg. lain masa, mungkin joran lain dan ikan lain yg awk nk cuba. sekurang-kurangnya, awak ada asas dan pengalaman memancing tika itu...