Ingin sy kongsi kaedah kira dividen dan bonus seperti soal
jawab berikut:
Rezza:
Assalam nak tnye..kalo commit ASB 50k byr monthly 300 start
1 mei 2012, berape dividen kte dapat jan 2014?..tq=)
Ahmad Khairani Hashim1 September 2013 14:27:
dividen dikira dr purata baki minimum bulanan jan - dis.
1. semak brp baki minimum bulanan tiap bulan.
contoh:
jan: 0 (buka akaun asb pd 2 jan 2013 dgn amaun rm10)
feb: 10
mac: 10 (loan asb 50,000 mula 2 mac 2013)
apr: 50,010
mei: 50,010
jun: 50,010
jul: 50,010
ogo: 50,010
sep: 50,010
okt: 50,010
nov: 50,010
dis: 50,010
nota: walaupun dr 2 hingga 31 mac ada amaun 50,010, tp pd 1
mac hanya rm10, maka baki minimum bulan mac adalah rm10 sahaja.
2. puratakan baki minimum bulanan
contoh:
0 (jan) + 10 (feb) + 10 (mac)+ (50,010 x 9 bulan)= 450,110
purata = 450,110/12 = 37,509.17
3. kiraan dividen 7.75% + 1.15% bonus:
dividen = 7.75% x 37,509.17 = 2,906.06
bonus: purata baki minimum bulanan 10 tahun
purata = [0 (9 tahun) + 37,509.17] / 10 = 3,750.92
bonus = 1.15% x 3,750.92 = 43.14
moga kalian mahir kira dividen dan bonus. bila dh tau konsepnya, mudah untuk atur langkah pelaburan.