Ada pelbagai teknik untuk pelaburan dalam Loan ASB. Teknik mana menjadi pilihan, anda seharusnya lebih tahu apa yang sesuai atas pelbagai faktor yang Tuan Ikeda jelaskan dari page awal forum Himpunan Teknik Loan ASB.
Kali ini, saya ingin menarik perhatian anda berkaitan potensi pulangan pelaburan/ Return On Investment (ROI) tertinggi serta perkara-perkara yang boleh membuatkan ROI menyusut.
Potensi maksimum ROI berlaku pada keadaan berikut:
Ciri-ciri Loan ASB
1. Interest rate paling rendah (BLR dan pakej tawaran bank e.g: BLR-1.65)
2. Tiada exit penalty kiranya terminate pada tahun-tahun awal loan ASB
3. Tempoh Loan Maksimum i.e 25 tahun islamik & 30 tahun konvensional.
4. Loan ASB Islamik (kerana ASBRTAnya hampir 25%< konvensional)
Pelabur
1. Usia paling muda yang layak loan ASB iaitu 18 tahun kerana ASBRTA lebih rendah bagi yang muda berbanding yang dah berusia.
2. Kelayakan maksimum tempoh Loan ASB. yang dah berusia ada yang tidak layak tempoh maksimum. Maka bayaran bulanan lebih tinggi. ASBRTA lebih tinggi.
3. Jantina Wanita kerana ASBRTA wanita lebih rendah berbanding lelaki - lelaki lagi terdedah risiko katanya.
Teknik Loan ASB yang diguna dan Bila Terminate Loan
(teknik tanpa modal sendiri tidak diambil kira)
(teknik tanpa modal sendiri tidak diambil kira)
Antara Teknik 1 vs Teknik 2 - Pastinya saya pilih Teknik 2 dan teminate secepat mungkin (3 hingga 5 tahun).
Buktinya? Dalam post terdahulu (klik sini) telah saya buktikan dengan Teknik 2, anda dapat ROI 40%+ purata setahun sekiranya terminate loan selepas 5 tahun.
RM21,659.71
Maka ada yang berpandangan lebih baik ambil teknik 1 kerana hasil selepas tahun ke5 adalah jauh lebih banyak.
RM56,057.98
Sudah tentu, kerana anda guna modal 5 kali ganda dari teknik 2. Maka sepatutnya dengan modal yang sama banyak, kiranya teknik 2 diguna untuk tahun kedua bagi akaun kedua dan diulang hingga ke tahun ke5 hingga ada 5 akaun, sebenarnya teknik 2 dapat hasil jauh lagi banyak.
RM74,653.80
Ringkasannya perbandingan adil ini adalah seperti berikut:
Perkara
|
Teknik
1
|
Teknik
2
|
Cash
in hand
|
56057.98
|
74653.80
|
Modal
|
34900.84
|
34900.84
|
Hasil
Pelaburan
|
21157.14
|
39752.97
|
ROI
(5 tahun)
|
60.62%
|
113.90%
|
Yearly
ROI
|
12.12%
|
22.78%
|
Sila rujuk ke link berikut untuk dapatkan softcopy pembuktiannya.
Namun, harus diingat, pelabur yang guna teknik 2 pasti tidak ingin biarkan ROI yang sepatutnya 40%+ jatuh hingga 22.78%. kalau nk kekalkan ROI 40%, semua terminate bila tiap satu genap 5 tahun.
Persoalannya, 5 tahun ke yang terbaik? Jawapannya, kira sendiri dan tentukan sendiri apa yang sesuai dengan anda.
Persoalan seterusnya, had maksimum hanya 200k, nak guna akaun siapa tahun ketiga tu? Jawapannya, OPE la (Other People Effort). Akaun isteri, anak, adik, sesiapa yang boleh dipercayai. Teknik ni juga dikenali sebagai abg ngah (otai di forum).
Moga dengan penjelasan ringkas ni, dapat la gambaran macam mana nak dapatkan hasil pelaburan terbaik dan juga tahu apa tindakan kita yang boleh menyebabkan ROI menyusut. Ada antara faktor tersebut, kita tidak boleh ubah (e.g: jantina, umur). Tapi bila kita cari juga kaedahnya, mungkin kita ketemu jua caranya seperti guna nama adik perempuan 18 tahun.
Anda pilih la sendiri apa kaedah yang nak diguna. Ada orang suka merry go round, ada orang suka roller coaster, ada yang suka duk rehat kat kerusi ogawa.
Selamat melabur dan tersenyum riang pegang calculator di bulan november dan disember. Simptom pelabur ASB yang seronok mencongak apa nak buat dengan dividen dan bonus. Adios
Anda pilih la sendiri apa kaedah yang nak diguna. Ada orang suka merry go round, ada orang suka roller coaster, ada yang suka duk rehat kat kerusi ogawa.
Selamat melabur dan tersenyum riang pegang calculator di bulan november dan disember. Simptom pelabur ASB yang seronok mencongak apa nak buat dengan dividen dan bonus. Adios
askum bro..sedikit confius..smpai skang aku still xphm camne ko bley buat teknik 2 lebih untung dari teknik 1 dengan mnggunakan modal yg sama n tenure yg sama..mohon pencerahan..
ReplyDeleteperbandingan harus adil dari segi modal kewangan yang anda guna untuk serve lasb.
Deletedengan teknik 1, setiap bulan anda bayar loan asb dengan gaji rm600 bagi loan asb rm100k 25 tahun
maka, dengan rm600 sebulan yang sama juga anda guna teknik 2 dengan rm100k tahun1 dan tambahan rm100k setiap tahun.
baru adil nak banding teknik1 vs teknik2 dengan modal dari gaji yang sama banyak. selepas 3 tahun teknik2 dah serve 3 lasb berjumlah rm300k dan sudah boleh berkira untuk terminate lasb tahun pertama untuk dapatkan modal yang boleh serve lasb rm160k.
Tahun ke4, sipa akan dapat dividen lebih banyak?
teknik1 yg serve lasb rm100k + dividen yg tak dikeluarkan
ATAU
teknik2 yg serve lasb 360k dengan baki dividen dialih ke asb anak/ asw/ asn yang dalam masa sama turut generate 6% dividen?
teknik2 pasti lebih banyak, tanpa ragu lagi
sory bro..still xphm lg la..bley ks contoh satu x?? ak da download file excell ko tu tp still xphm2 gak..
ReplyDeletekalau ayat kat atas pon ko tak paham, excel tu lagi la ko takkan paham.
Deletecuba ko cerita dulu apa yg ko paham tentang beza teknik1 dan teknik2. mungkin kat perkara asas sebnonya yg ko tak paham ni.
ko cuba kira berapa modal dari gaji ko yg ko guna untuk bayar loan asb teknik1 dan kira pulak berapa yg ko guna kalau buat dengan teknik2. kira skang dan bgtau aku apa hasil kiraan ko.
kalau ko blh kira yg tu, maknanya ko paham perkara asas. dan ko akan paham, beza antara guna modal 7200 setahun setiap tahun dengan 7200 setahun hanya untuk tahun pertama.
dh kira belum? kalau dah, bgtau la jawapan soklan matematik darjah tiga tu.
aku phm beza teknik 1 dan teknik 2 tu bro.. teknik 1 pakai 7200 tiap tahun..teknik 2 pakai 7200 utk tahun pertame je..so macam mane modal bley same teknik 1 = 7200 x 5 = 3600, kalo teknik 2 hanya 7200 je sampai tahun ke -5..ROI mmgla teknik 2 lagi besar..tp cash on hand teknik 1 lg byk..
ReplyDeletemaknanya ko paham dah beza teknik1 dan teknik2.
Deletewhich part of
"maka, dengan rm600 sebulan yang sama juga anda guna teknik 2 dengan rm100k tahun1 dan tambahan rm100k setiap tahun."
yang ko tak paham?
tiap tahun ko tambah lasb 100k. baru sama adil dengan teknik1 yg tetap keluar duit poket rm600 sebulan.
secara mudah pon tahun kedua teknik1 baru ada 100k lasb. teknik2 dah ada 200k lasb. tahun ketiga guna akaun isteri/ anak 18thn+/adik 18thn+ dah ada 300k.
secara kiraan mudah pon dah terang lagi bersuluh teknik1 akan kekal layan lasb 100k, sedangkan yang buat dengan teknik2, bertambah 100k lasb tiap tahun.
dari segi dividen dan bonus ko blh kira sendiri. aku rasa ko paham sebenarnya. cuma sebab ko belum pernah buat teknik2 kot, pasal tu ko tak paham nikmat teknik2.
maafkan bahasa yang mencabar keegoan tuan, hanya bermaksud untuk mencabar tuan berfikir dengan lebih kritis dan membina.
owh..itu ke mksud nye..haha..sory mengambil mase ko utk mengajar aku memahami bahasa melayu yg simple tu..thanx bro..
ReplyDeleteSaya bcdang nk pkai teknik 2.tp yg mana lg bgus trminate after 5 years atau 2 years?skrg lasb baru nak msuk thun kdua. Lasb sy 100k.boleh cdangkan cara plg bgus.thanx
ReplyDeleteanda yg tentukan which 1 lagi bagus.
DeleteKalau saya di tempat anda, saya pilih terminate selepas 2 tahun. Saya akan perolehi hasil terminate dalam anggaran RM3500. saya dah ada modal ekstra RM3500 berbanding sebelum ni. jadi saya apply semula loan ASB RM150k pula. Sebelum ni hanya layan loan ASB RM100k.
pada tahun keempat saya dapat lagi ekstra RM4250. Blh reapply RM225k pula. semua ni berlaku hanya dengan modal pokok tahun pertama sebanyak RM7200. tiada sesen pon duit keluar dari poket selain dari modal tahun pertama kan?
bestnya Loan ASB, saya mesti pilih. Hehe
Mean cara terbaik ialah tnggu 2 tahun then trmnate n re apply untk loan asb 150k?atau buat satu lasb yg baru 100k tnpa trmnate lasb prtama. B
Deletetahun kedua knp tak terus amik 100k kedua? br penuh lasb 200k. komitmen masih kekal rm600 je sebulan since lasb yg pertama dh idup sendiri ngan dividen.
Deleteyg sy akan buat, terminate 100k yg pertama dan apply semula 100k juga. jd akaun sy kekal 200k lasb islamik ngan maybank. sy x akan buat lebih dr 200k total atas satu nama, kang kena 95% term utk exceed 200k.
jd,lebihan modal, buat la lasb atas nama proxy - isteri, suami, anak >18thn, adik etc.
itu yg sy akan buat jika berada di situasi encik. lain padang lain belalang. lain orang, lain pandangan. sy kenal belalang saya. hehe
Ok tq.cm sy x fham dgan ayat tn.trmnate 100k yg pertama n apply smula 100k.akaun akan kekal 200k.bkn ke kalau da trmnate so 100k je lah tggal?
ReplyDeletebaca perenggan pertama tu tak? br penuh lasb 200k?? tahun pertama tuan dh buat 100k. tahun kedua sepatutnya dh buat lagi 100k. 100k + 100k tak ke 200k??
Deletetahun ketiga terminate 100k dan reapply 100k juga. tak ke 200k -100k + 100k = 200k
adoyai (keluh seorang yang tak layak jadi cikgu, kerana cikgu kena sabar dengan soalan berulang)
anda terminate 100k. tapi anda apply semula 100k on the spot. konsep serupa refinance rumah. anda sambung je bayar rumah, tapi dapat duit gedebuk. yg ni, anda sambung bayar macam biasa je loan ASB 100k tu, tapi dapat sedebuk cash.
faham tak ni?
1+1=2
2-1+1=2
haha. fahami konsep mudah ni dan anda akan dapat kuasai potensi kewangan anda dan jadikan ia satu kelebihan yang memberi manfaat. jangan biar bank je ambil manfaat potensi kewangan kita ye
slm bro...nk tanya...mcm i baru buat(Mac)loan ASB 120k...duit sendiri dlm ASB ada 30k....so next year...berapa lg jumlah yg i bole loan ASB utk maximum...? mohon pencerahan ye abg otai...peace
ReplyDeletesy tak tau tuan ke puan ni. sy bahasakan sebagai tuan ye. sorry kalau salah jantina.
Deletetuan, sedarkah tuan bahawa tuan ada potensi kewangan yang besar untuk dioptimumkan hasilnya?
cash 30k adalah setara dengan loan ASB 400k. banyak pelabur Loan ASb yang bijak dan agresif akan ambil tindakan begini (sy bg pandangan dengan sensitiviti kepada loan Islamik):
1. Semak dgn PNB, berapa limit tuan. Kalau sudah lama tuan melabur dlm ASB, limit tuan dah meningkat iaitu lebih dari RM200k.
2. Katakan kalau limit tuan dah RM280k, tuan blh buat loan ASB lagi RM160k. Di sini tuan perlu bijak memilih pakej loan ASB. Ingat bahawa hanya maybank yg tawarkan loan ASB Islamik iaitu jauh dari riba.
Kekangan pakej maybank adalah ianya cuma bagus hingga RM200k total loan ASB dgn maybank. kiranya lebih 200k, hanya 95% amaun loan approved untuk beli sijil ASB dgn loan ASB.
sy tak tau, tuan guna bank mana utk 120k tu.
Situasi A
Loan ASB 120k adalah dgn bank selain maybank, ambil la RM160k baru dgn maybank moga berkat idup dgn loan tanpa riba. Dlm masa yg sama tuan hendaklah alihkan cash tuan keluar dari akaun ASB. mungkin ke ASB anak atau isteri.
Situasi B
Kiranya loan ASB 120k itu adalah dgn maybank juga, cukup la sekadar buat loan ASB lagi RM80k. tak perlu alihkan cash keluar.
tuan masih ada modal untuk buat loan ASB baki lagi 200k. usahakan untuk dptkan loan ASB untuk proxy sama ada isteri, adik, sedara mara, anak yg berumur lebih 18 tahun. Duit anda, tapi loan atas nama proxy. win & win condition. buat la terma yg dipersetujui bersama.
kalau dgn isteri n anak2, mudah sesangat nk kawal. dgn sedara mara, kena clear term n condition.
Kesimpulan:
pilihan di tangan tuan jua. mungin ada juga org memilih utk tidak serabutkan fikiran dgn proxy. jadi proceed dgn max limit loan ASB atas nama sendiri. tak kisah juga dgn loan dgn riba, maka diteruskanjuga dgn loan ASB CIMB atau RHB. takkisah juga dgn 95% amaun loan approval, maka buat juga loan ASB exceed rm200k dgn maybank.
yg penting jadi la pelabur yg berhemah. all the best jua untuk semua pelabur
TQVM tuan otai atas penerangan & nasihat yg sgt berguna...ada skit lg nk tanya...
Delete- cmner cara nk semak limit dgn PNB tu..? bole main tepon je ke...
- ekcelli sy buat dgn bank lain...alahai x tau btul la...nk sgt yg islamik punye...cmner nk buat ekk..
- nk tanya kalau loan asb dgn maybank tu, cara bayaran dia auto(potong gaji) ke manual?
p/s:maaf byk tanye...
col jer PNB. Tak pon, pi je PNB tanya limit saya berapa ye encik. tak sampai 20 saat dh dpt jawapan kot.
Deletebagi nama dan IC je
Loan ASB dgn maybank, kaedahnya adalah dgn Standing Instruction (SI) untuk potong dari akaun tuan. Dinasihatkan supaya ada satu akaun khas untuk loan ASB je untuk mudahkan pemantauan dan disiplin perlaburan yg mudah dikawal.
Deletetiap2 bulan dia akan porong dari akaun tu. terpulang kepada tuan sama ada nk pump dlm akaun tu untuk buffer sebulan atau dua bulan bagi elakkan terbabas lewat bayar. kang tak pasal2 jadi masalah bad debtor CCRIS n CTOS plak.
cash yg ada jgn dilambak semua dlm akaun maybank, rugi. simpan dlm ASB jugak hingga perlu dialih ke akaun maybank. baru la optimum. sambil tunggu turn nk bayar loan, sambil buat dividen.
time kasih byk2...malu.. tp masih nk mintk tips & nasihat...
ReplyDeleteMac 2013 - loan 120k
Jan 2014 - loan 80k
???? 2015 - terminate 120k pastu reloan 120k
Jan 2016 - terminate 80k pastu reloan 80k
and so on.....
*kalau limit lebih 200k..then i akn ikut limit max yg boleh...
-btul ke cara ni..terminate after 2yrs...
-yg 120k punye tu..confuse la..bila tarikh yg ekcelli bagus utk terminate...
malu tapi mau... kalau perkara elok, knp nak malu
Deletehmm. kira mcm tu la plannya. multiply. diversify la juga dlm pelaburan lain ye. Loan ASB ni cuma salah satu pelaburan pasif. Banyak lagi yg lain. Pelaburan tak pasif pon lagi banyak. Bila kita dah celik pelaburan, akan ketemu la pelbagai cara melabur dan terlebur. Berhemah la ye.
Untuk terminate, bila2 masa pon boleh kalau loan ASB Islamik. ada yg cadang selepas 12 bulan pon blh. bagi yg mmg nak ikut timing contohnya 24 bulan, sila rujuk pegawai bank ye. kut tersalah awal 2 bulan dari cukup tempoh 24 bulan.
Saya pon tersalah awal 2 bulan, dan bank remind me.
apa2 hal, blh emel kepada saya khairani.hashim@gmail.com
asslamualaikum...sy nie still pelajar lagi..ingt nk apply pinjaman asb maybank 100k...blh ke x??n satu lagi..mane untung..buat pnjmn 100k 25 thn n then terminate lps 3 taun or pnjmn 100k 15 tahun terminate lps 3 tahun??
ReplyDeleteAssalamualaikum jua.
Delete1stly, tahniah cos muda2 lg dh ada kesedaran pelaburan. since ramai yg hanyut di usia muda atau terpedaya dgn pelbagai Skim Cepat Kaya yg bertopengkan pelbagai konsep pelaburan.
Jawapan kepada soalan tuan:
1. boleh bersyarat iaitu ada status kewangan yg baik. sila hubungi terus bro jeffry maybank 017-6966133 atau mana2 pegawai bank pon yg sedia bantu. neway, ada gak pegawai bank yang bebal, nasib la kan.
2. Yang mana lebih untung adalah subjektif sesangat aitu bergantung kepada pelbagai faktor. Kalau saya di tempat awak, kalau saya mampu layan loan ASB 100k 15 tahun iaitu dgn bayaran 788 sebulan, lebih baik saya layan loan ASB 135k 25 tahun dgn bayaran 785 sebulan. Cash flow positif setiap tahun, dan blh apply loan ASB kedua lagi 65k 25 tahun pada tahun kedua. Asalkan guna teknik 2.
kalau tak jelas, tanya dan tanya lagi. harap jangan tanya dan tanya memanjang sampai 3 tahun, tapi masih jugak tak buat loan ASB. Pegi bank hari ni jugak untuk apply Loan ASB. Makin ditangguh makin sesal di kemudian hari.
tq tuan..sy nk tau..blh ke kite apply loan bank y same klau kite x terminate lg y first loan tu?? n blh x tuan ajar cre nk kire2 teknik 2 tu?? sy still kabur la..sy mmg nk apply loan maybank asb taun nie tp tngu cuti summer break dlu sbb sy student overseas...so blk kkgi sy nk apply... :)
Deletesorry acc lme xleh masuk..
Nak apply bila2 masa pon boleh kalau setakat nk apply tambahan sehingga limit.
DeleteKalau dah max tapi nk terminate dan reapply pon actually bila2 masa boleh apply. Cuma approval je hanya diberi setelah loan lama terminated.
Biasanya mmg mcm tu la pelabur buat. Reapply dan sanggup terminate yg lama dengan syarat application baru lulus. Kalau loan baru tak lulus, tak nak terminate lagi la. mungkin ada perkara perlu siselesaikan dahulu yg sebabkan application baru sangkut.
balik kampung nnt bawak la ole2 untuk saya ye. hehe
so klau first loan sy loan 135k pastu taun ke 2 sy tmbh loan 65k mksudnye sy ade 200k la loan??so kne byr lebih la bulan2??ke gane??dok phm ag nih..ehehe
Deletetahun kedua:
Delete1. loan 135k tu dh blh bayar ngan dividen je. cuba ko kira brp dividen yg ko akan dpt januari 2014. ko nk buat apa ngan dividen tu? jgn joli katak plak.
2. apply loan 65k.
so cuba ko bgtau aku:
a. brp komitmen bulanan ko dr 2 loan ni?
b. dan berapa komitmen bulanan tu, dividen yg bayar?
c. dan berapa komitmen bulanan tu kena guna duit poket?
kira dan share ngan aku, apa yg ko paham. blh?
1st loan (1st year)
ReplyDelete135k = 25thn
bulan2 = 763
763x12 = 9156k
div 8% = 10800
2nd loan (2n year)
135k + 65k = 200k
bulanan = 1130
1130 x 12 = 13560
13560 - 10800 = 2760
tambahan bayaran thn 2 = 2760
div 8% = 16000
3rd year
16000 - 13560 = 2440
div = 16000
16000 + 2440 = 18400
betol dok??klau slh tlg betolkan..hehehe
bagus. ko mmg ada usaha untuk memahami ttg pelaburan loan ASB. dari pengiraan ko dpt dilihat pemahaman ko setakat mana.
DeleteKomen skit je:
I. Sepatutnya jgn la ambil dividen 8%, ambil la 7% atau tahun semasa 7.75%, tapi tak pe. ko blh kira balik nnt
II. Kalau soalan yg aku bg adalah soalan matematik tingkatan 5 (soalan berantai), ko sebenarnya dh jawab soalan 1, 2(a), 2(b) dan 2(c). Bagus.
jawapan yg sepatutnya:
1. Dividen januari 2013(dengan mengambil kadar dividen januari 2013 7.75%) 7.75% = 7.75% x 135k = 10,462.50
Ini hanya benar bila sijil ASB telah dibeli pada 1 jan 2012. Kira semula dgn keadaan sebenar untuk tau apa situai sebenar sekiranya baru apply loan bulan mei 2013 nnt. sure lain punya.
Dividen nk guna untuk bayar loan ASB tahun 2014. Saya bukan katak (sy tetap pada pendirian iaitu melabur), jadi akaun pelaburan sy tak usik untuk perkara lain.
2(a). tahun 2014, komitmen bulanan dari loan ASB 135k + 65k = 1,163.36
total setahun 2014 = 1,163.36 x 12 = 13,960.32
2(b). Dari jumlah komitmen 13,960.32 tu, 10,462.50 dah dibayar oleh dividen yg diterima pada januari 2014.
2(c) Dari jumlah komitmen 13,960.32 tu, hanya 3,497.82 perlu dibayar dari duit poket.
III. sekarang kita berbalik kepada soalan asal ko yg berbunyi: "so klau first loan sy loan 135k pastu taun ke 2 sy tmbh loan 65k mksudnye sy ade 200k la loan??so kne byr lebih la bulan2??ke gane??"
skang giliran aku jawab soalan asal ko.
1. tahun 2014, total loan ASB adalah 200k adalah benar.
2. mmg total bayaran bulanan bulan2 lebih tinggi pada 2014 (1,163.36) berbanding pada 2013 (785.27).
tapi duit dari poket tahun 2013: 785.27 sebulan
manakala duit dari poket tahun 2014: 291.49 sebulan = 3497.82/12
2014, duit dari poket lagi sikit kan? bukan lagi banyak kan?
then pada 2015, seperti ko sendiri dah dapat agak, situasi pada 2015, ko akan dapat dividen = 7.75% x 200k = 15,500 yg ada surplus untuk bayar loan ASB 13,960.32. ada surplus 1,539.48
actually (yg ni ko blm forecast), ko blh terminate dan reapply pada 2015 loan ASB 135k pertama untuk dpt dalam anggaran 4,725 cash.
tuai hasil peringkat pertama adalah surplus dari baki dividen. tuai hasil akan tinggi masa terminate dan reapply loan ASB.
so, untung tak loan ASB? modal dari poket ciput, return tinggi tu
oooo...ok2..paham..student blh ke buat loan 135k tu?? takut x lepas je...hehe...ape y bank nk tngk klau student nk apply loan nie??sory bnyk tnye...
Deletetak pernah dengar ke student dapat buat loan ASB 200k? Kalau belum, konsepnya adalah mudah. Loan ASB akan diluluskan kepada mereka yg mampu serve loan. Buktikan melalui pelbagai cara.
Deletecall je bro reggae, 017-6966133. Byk caranya. Org bank pon tak nak lepaskan potential customers. Moga dipermudah jua, Janji 18thn+. Dah terang2 dia taruk age 18 tahun ke atas sbg syarat. So, pasti ada syarat dan kaedahnya.
kalau byk bertanya kena mintak maaf, confirm ramai student tak jadi nk bertanya kat cikgu mcm2. pastu bila exam gagal. haha
hehehe...tu pengawai bank kat ganu ke??tuan kt ganu duk mne??blh jpe pahtu sembang2 bnyok ag..hehehe
Deletejeffry tu maybank taman melawati kot. lupa2 ingat.
Deletedop kabo mung org teganu. kalu hok kuala teganu, puan norsuriati 096246757, atau puan ros 017-9263772
jap...camne nk kire jumlah semua y kite dpt klau nk terminate dlm 3 taun??sy x phm lgi camne nk kire amount y kite total dpt klau kite terminate lps 3 taun..xtau mcm mne nk kire..blh tnjuk step x??
Deletebaca post ni
Deletehttp://kentzigebruang.blogspot.com/2012/10/terminate-loan-asb-berapa-rm-saya-dapat.html
oooo...okok...tp lg sedap klau blh bncg dpn2..sng sket..hehehe..tuan kerje kt ganu ke??blh la jupe2 sembang psl nie..mntk tnjuk ajar lg...hehehe
Deletesalam tn,bila dah baca2 semua teknik teknik 2 mmg best utk suami n isteri belasah 400k ngan modal 40k yearly. cuma nak tanya best time masuk loan ASB ni..ada advise ke best entry loan time ni..kat CG takde lak nampak2 advise :) dah 1591 page tu ++ :)
ReplyDeletemodal diperlukan cuma 28,800 sahaja. bukan yearly pon. sekali je. pastu it will multiply as agressive as u want it.
Deletebest time to enter is NOW or some might say AS SOON AS POSSIBLE. Unless u don't have the capital to begin with, u need to be smart in juggling all the resources and timing matter.
untuk sebahagian pelabur diorang suka hujung2 tahun, cos, baru je melabur dah dpt dividen n blh dijadikan leverage utk tahun kedua. that means, tak perlu ada solid 28,800 pon untuk layan 200k + 200k hubby n wife kalau loan mula sekarang in mac yg hanya perlu mula bayar in may 2013.
anda cuma perlu 20k kot. so go for it n get that calculator of yours to get the idea of how much u really need to make 400k loan ASB a reality with little cash in hand.
camno lak advise yg bila kita re-apply sampai 5 thn new limit utk dpt OPM then yg 1st loan tu kita tutup. kureng faham kat situ...kita tetap continue 5 loan in hand cume mature 1 tutup, buka baru. mcm tu ka atau maintain smpi 16thn utk dpt balik opm 1M tu dlm cash
Deleteitu lah timing factor sekrg yg meragukan...capital no worries inshaAllah ado...nak tanya bole duk kat mana..yamcha ok ka :)
Deleteyamcha la senang... kasi hello je 0102206109 atau 0199953877
Deletesalam..se ag soalan..bulanan y kite byr tu dpt blh kt kite ke gane?? sory..lmbp skit..
ReplyDeletesebahagian jad interest, sebahagian jadi prinsipal (akan dpt kat kita yg ni je), dan ada sebahagiannya untuk insuran
Deletedapt lbh kurang brape tu??? molek kite buat pinjaman nie akhir taun ke gne??
Deletenk tau contoh hasil terminate loan ASB, sila rujuk:
Deletehttp://kentzigebruang.blogspot.com/2012/10/terminate-loan-asb-berapa-rm-saya-dapat.html
Slm tuan...nk bertanya..
ReplyDeleteCth - Akaun ASB pd Jan 2013 hingga Nov 2013 berjumlah RM 1K shj..
Namun pd Dis 2013 saya masukkan RM 99K lg ..so total = RM100K
Jadi layakkah saya menerima div (7.5%)utk jumlah keseluruhan tersebut atau mcm mana? mohon pencerahan..
Dividen dikira based on Purata Baki Minimum Bulanan
Deletekalau 99k dimasukkan pada 1 Dis, bulan disember je yg 100k
purata = (1 x 11 bulan + 100k) / 12 = 111k/12 = 9.25k
dpt la dividen atas kadar 7.5% x 9.25k
tq
salam..nak tanya la..kalau sy buat asb loan bln 7 last year dengan jumlah 100k..n planning nak terminate dlm early 2014..berapa sy blh dpt cash in hand.tqvm
ReplyDeleteHarap mahirkan diri berkaitan kaedah membuat anggaran prinsipal http://amortization-calc.com/
Deleteterlebih dahulu fahamkan konsep prinsipal ye
dalam installment loan ada dua bahagian..
Delete1) interest (bank dapat)
2) prinsipal (akan mengurangkan baki loan kita)
so bila kita terminate awal lasb, kita dapat ambil balik "prinsipal".. maksudnya lebihan setelah baki hutang settle dek bayaran oleh sijil asb tersebut.
my loan tu for 25 years
ReplyDeletetuan mula julai 2012 dan nak terminate awal 2014? pastikan dulu loan ASB tuan ada unsur lock in period dan exit penalty ke tak terlebih dahulu. kang tak pasal2 nyesal kena denda.
Deletekalau loan islamik senang, confirm xde exit penalty. then, dah cuba belum calculator tu? calculator ni x tak sesuai dengan loan ASB RHB. RHB entah mcm mana la diorg kira aku tak reti. kalau maybank dan CIMB, masukkan maklumat berikut:
amaun loan: 100k + nilai insuran yg dlm 2k tu
tenure: 25 tahun
interest rate: 4.95%
mula: julai 2012
selepas dah key in, tuan semak baki loan pada bulan tuan nk terminate (katakan amaun tu sebagai A).
maka hasil terminate adalah 100k - A = B
tuan akan dapat amaun B masuk dlm akaun. selepas tua akan masuk dlm akaun rebate insuran iaitu anggaran 70% dari insuran 2k++ tu.
begitu la lebih kurang. sekarang cuba kira dan dapatkan gambaran dan kiraan hasil pelaburan tuan.
salam..alhamdulillah sy dah apply loan asb maybank n start bayar bln 9 nie..just nk tau..klau kite terminat after 3 years...brape pulangan y kite dpt klau x termasuk dividen..dah gune y amortization calculator tu p still x phm care n gune .. tq :)
ReplyDeletetuan mula julai 2013 dan nak terminate julai 2016
Deletecalculator ni x tak sesuai dengan loan ASB RHB. RHB entah mcm mana la diorg kira aku tak reti. kalau maybank dan CIMB, masukkan maklumat berikut (saya ssume loan tuan 100k):
amaun loan: 100k + nilai insuran yg dlm 2k tu
tenure: 25 tahun
interest rate: 4.95%
mula: julai 2013
selepas dah key in, tuan semak baki loan pada bulan tuan nk terminate (katakan amaun tu sebagai A).
maka hasil terminate adalah 100k - A = B
tuan akan dapat amaun B masuk dlm akaun. selepas tua akan masuk dlm akaun rebate insuran iaitu anggaran 65% dari insuran 2k++ tu.
begitu la lebih kurang. sekarang cuba kira dan dapatkan gambaran dan kiraan hasil pelaburan tuan. kalau belum paham juga sediakan pengeras nasi arab saba cyberjaya untuk buka puasa.
macam mane nk tau nilai insuran tu tuan??hehe..sory benok sket...
Deletesalam..nk tnye..ade beze ke pinjaman maybank biase ngan maybank islamik??camne nk tau kite wak pinjaman dr mybank biase or islamik??
ReplyDeleteBanyak bezanya. mungkin saya perlu saya post khas untuk kupas perkara ni.
Deleteriba, nilai insuran, lock in period, exit penalty
yg pasti islamik jauh lagi bagus. nak tau, blh tgk kat loan, dinyatakan ke tak islamik
Salam, nok tanya sket. Katalah saya commit mulai Julai 2013 sebanyak RM200k untuk 25 years guna teknik 2 dan cadang nak terminate dan reapply selepas 3 tahun, jadi (lebih kurang):
ReplyDeletebulanan: RM1162 x 12 = RM13944
ok, takat tu saya paham, untuk tahun kedua, memandangkan saya mula Julai 2013, maknanya saya masih lagi perlu topup RM676/sbln untuk tahun kedua, betul?
saya kurang paham contoh yang tuan ikeda bagi kat forum. Boh buleh tunjuk sjor sket bagi pahang dok?
Kaedah 2(Guna duit sendiri tahun 1,seterusnya guna div serve loan)
ASB tahun pertama = 215,000 ; ASB tahun kedua = 216,614 ; ASB tahun ketiga = 218,350
Ammortize loan (bulan ke-37) = 186,361
Nett dapat = 31,989
Modal = 1162 x 12 = 13,944
Untung = 31,989 – 13,944 = 18,045
ROI = 129.41%
salam..kire klau nk buat y pinjaman maybank islamik tu kne g kat maybank islam la??sbb sy ade buat loan ari tu p kat maybank besor ganu..25 tahun..bulanan 1193..
ReplyDeleteassalamualaikum..trime kasih tuan sbb dh bnyk ajor sye..surat loan dh smpai..tunggu start bayar je..hehe..sume dh phm..tq2...slamat ari raye..maaf zahir batin..hehe
ReplyDeletejoran dh lama ada kat kedai. awk yg pi beli sendiri. sy cuma kongsi tips nk pilih joran yg mcm mana je.
Deletepastu, sy cuma kongsi pengalaman bgmana nk memancing. joran awk punya, umpan awk yg taruk, joran pon kat tgn awk.
yg dpt ikan awk. kalau nk ikan lg, awk pancing la lg. lain masa, mungkin joran lain dan ikan lain yg awk nk cuba. sekurang2nya, awak ada asas dan pengalaman memancing tika itu...
Assalam nak tnye..kalo commit ASB 50k byr monthly 300 start 1 mei 2012, berape dividen kte dapat jan 2014?..kalo nak apply 100k utk taun 2 cmne?any advise?..tq=)
ReplyDeletedividen dikira dr purata baki minimum bulanan jan - dis.
Delete1. semak brp baki minimum bulanan tiap bulan.
contoh:
jan: 0 (buka akaun asb pd 2 jan 2013 dgn amaun rm10)
feb: 10
mac: 10 (loan asb 50,000 mula 2 mac 2013)
apr: 50,010
mei: 50,010
jun: 50,010
jul: 50,010
ogo: 50,010
sep: 50,010
okt: 50,010
nov: 50,010
dis: 50,010
nota: walaupun dr 2 hingga 31 mac ada amaun 50,010, tp pd 1 mac hanya rm10, maka baki minimum bulan mac adalah rm10 sahaja.
2. puratakan baki minimum bulanan
contoh:
0 (jan) + 10 (feb) + 10 (mac)+ (50,010 x 9 bulan)= 450,110
purata = 450,110/12 = 37,509.17
3. kiraan dividen 7.75% + 1.15% bonus:
dividen = 7.75% x 37,509.17 = 2,906.06
bonus: purata baki minimum bulanan 10 tahun
purata = [0 (9 tahun) + 37,509.17] / 10 = 3,750.92
bonus = 1.15% x 3,750.92 = 43.14
hi, assalamualaikum en ahmad, smge sihat slalu..=)
ReplyDeletesy ada beberapa kemusykilan,
-klu ekonomi kita down mcm tahun 1998 adakah ia mempengaruhi pelaburan lasb?
-apa yang saya faham walaupun kita terminate lasb tapi kita still dapat dividen lasb yang kita terminate tu?
sy plan nak buat lasb 110k selama 30 tahun dengan cimb.
baru tahu maybank tak de riba tapi dah terisi borang ngan akak cimb so terpaksa proceed jelah =(
1st loan- 110k/30 thn
bln2- rm 583
setahun: 583 x 12 = 6996
div 7% x 5996= 7700
tahun berikutnya bayar pakai dividen dan tambah loan lagi 110k. loan yang baru bayar pakai duit gaji. kalau saya tamat 5 tahun (2019)untuk yang 1st loan agak-agak berapa saya boleh dapat?
klu ikut amor calculator ada balance lagi 97 942k. ikut perkiraan yang en tulis kat atas jujur sy mmg tak phm. maaf la sy ni siput sikit bab mengira nih..hehhe
nie email sy-nurasyiqin1990@gmail.com
kalau sy free sy jawab ye. agak bz lately.
Deleteyg pasti, siput pon sampai ke destinasi selagi siput tu bergerak. arnab yang laju tp tak de matlamat mana nk pi atau suka jalan2 suka2 plak, ntah mana endingnya.
all the best
Salam cik saya nak minta pendapat..
ReplyDeleteSaya da buat dua.akaun asb loan satu rm 50k Dan satu rm 30k.
Cara yang saya nak buat loan 50k saya byr bulan2 selama 5 ke 6 tahun Dan 30k saya guna modal yang saya ade untuk cover setahun punya bayaran,Dan tahun kedua Dan seterusnya guna duit dividen
Niat saya untuk simpanan masa pendek.
Duit dividen hasil loan 50k pun saya nk letak dekat akaun 30k jadi dalam jangka masa 5 atau 6 tahun saya dpt settlekan akaun loan yg 30k..ok x cara.saya,loan sy buat 25 tahun
Apa yang awak merepek ni?!! hehe. Jangan sentap ye.
Delete1. Yang saya nampak bro mmg ada matlamat yang jelas iaitu settle loan ASB 30k selepas 5 tahun. Bagus.
2. Tp, apa yang bro maksudkan dengan "hasil dividen loan 50k pun nk letak dekat akaun 30k"?
3. Bro hanya ada 1 akaun ASB. loan 50k dan loan 30k, dividennya tetap masuk 1 akaun yang sama iaitu akaun ASB bro tu.
4. Bullet payment utk 30k is good. Cuma tinggal loan 50k je yang nk kena settle kan? Orait. Tp, cukup ke? 50k selepas 5 tahun bro cuma ada 22,600 je dividen compounded. Bro perlu 26,500 untuk settle loan 30k selepas 5 tahun. Tambah hasil dividen dr 30k (2,325), short lagi 1,575.
Melainkan bro terminate jugak loan 50k, dpt lagi 5,700. Ada balance 4,125 cash dengan satu sijil 30k milik bro. Total value 34,125. selepas 5 tahun dengan modal dari poket = 21,160
Loan 50k: 300x12x5=18000
Loan 30k: 180x12=2160
invest 21,160 dpt 34,125 selepas 5 tahun. good enuff
well, saya akan buat cara lain.
Tahun pertama: apply 80k
Tahun kedua: apply 50k. total 130k
Tahun ketiga: terminate 80k dan apply 120k (dgn modal dividen & terminate) + 50k (dh exceed limit masa ni, perlu proxy) total 220k
Tahun keempat: terminate 50k dan apply 75k (dgn modal dividen & terminate) + 50k (proxy). total 295
Tahun kelima: terminate 50k + 120k dan apply 75k + 180k (dgn modal dividen & terminate) + 50k (proxy). total 430k
Tahun kelima bro ada 430k loan ASB. value 30,960. Ini blm ambil kira semua 6 sumber hasil loan ASB spt compounded factor. For sure beat your plan.
neway, pilih la kaedah sendiri. ada org x suka complicated sgt.
tu baru tahun kelima. blm kira status selepas genap 5 tahun. hmm. aku kaya dr ko masa tu walau modal keluar dr poket kita sama byk.
DeleteHehe thanks.sbb reply x sentap pun..
DeleteMaksud sy dividen 50k tu byr Kat asb 30k supaya cpt hbs,akak Maybank yg cadangkan cara ni..cara Ci. Tu mmg complicated btl la..bile sy da buat cara camtu n then lps 5 tahun brape sy boleh dpt..
Mcm ni la sy ad simpanan rm 12k Kat akaun sy start byr loan asb sy Jan 2014 nnti mcm yg sy ckp loan 30k tu sy byr untuk 1 tahun trus jd tinggal dlm rm 10k Kat sy..kalau.Cik di pihak sy cara cik lakukan sama mcm cik cakap tadi atau ad kaedah lain..sy fikir ad simpanan masa pndek dn pnjg sbnrnya.
Salam bos. Nk tanye ckit. Sya bru buat asb loan bulan 6 2013. Mcm mane pengiraan dividen untuk tahun berakhir. Adakah sama atau berbeza
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan, terima kasih sudi kongsi ilmu.
ReplyDeleteBilakah masa yang sesuai untuk membuat loan ASB untuk mengoptimumkan keuntungan? Tq.
salam...
ReplyDeletesy sgt noob pasal asb loan ni..hope tuan boleh tunjuk ajar..saya baru nk buat asb loan nih...now nk pilih bank pun dh satu hal...mne yg baik means better la...?