Sunday 15 December 2013

ROI Expectation vs Forecast From Loan ASB Investment

Pengumuman ASB Countdown... ~6 more days to go

ROI expectation: 17.5%-40%
ROI forecast:(hasil-modal)/modal
Modal=35,400
Hasil=42,190+581+6,700+1,370 =50,841
ROI=(50,841-35,400)/35,400 =43.6%

That's good enuff for me. Proven. Nk lebih, bisnes la. So, yakin la kengkawan ye.




Track Record

2011: 18.1% - 1st year
2012: 24.5% - tips end year application used
2013: 43.6% - tips terminate used
2014: will become 21.9% if no action taken

To boost ROI, more tips gonna be applied. Yg pasti sekejap je masa berlalu n soon 10 year duration to get full bonus will b completed.

100k = 1.15k bonus
850k = 9.78k bonus gud enuff


Masa tu ROI konsisten 42%. Now is tahun ketiga. 2014 is tahun ke4. N the counting continues.


Future

Modal tahun 2020: 61.2k
Return: 86.9k
Profit: 25.7k

Per year dgn estimate hasil terminate tiap thn rm8k, bonus 9.8k, dividen 66.7k, 2.4k pula dr dividen atas baki modal pusingan (menyusut tiap kali keluarkan utk byrn blnn) dlm ASB.


Well, 25.7k will be like 2.1k per month. Again, good enuff for me.


Compare

I compare dgn hasil sewa rumah kedai with modal bina 50k dh dpt blk in 2009. N rental @ 1.2k per month.

So, this Loan ASB thing is definitely just as good with modal 61.2k, mthly average dpt untung 2.1k.


I will compare with homestay plak later. Yang pasti, jauh profit bank rakyat tercicir dlm ROI comparison.

Monday 25 November 2013

Teka-Teki Dividen & Bonus ASB 2013



22 Disember urusniaga ASB akan ditutup untuk pengiraan dividen & bonus. Sebagai pelabur pasti anda tertunggu-tunggu detik pengumuman Dividen & Bonus ASB 2013. Berapa jangkaan anda?

Kebiasaannya, prestasi ASD dan ASW sentiasa dijadikan rujukan. Berikut antara petunjuk baik buat pelabur ASB dan Loan ASB:



Prestasi dividen ASD dan ASW masing-masing mencatat kenaikan 0.2 dan 0.1. Mungkinkah berita baik juga untuk dividen + bonus ASB 2013? 


a. 7.85 + 1.05

b. 7.95 + 1.00

Speculate n forecast jadi topik hangat pelabur sekarang. Sebelum ini, kalau 0.1% meningkat di ASD, maka 0.1% juga di ASB. Anda buatlah forecasting sendiri.

Berikut adalah sejarah dividen dan bonus ASB sejak dilancarkan pada tahun 1990 hingga 2011 Skim ASB telah dilancarkan pada 2 Januari 1990.




Kadar pulangan sejak 12 tahun lepas agak lebih rendah purata 8% berbanding pada tahun 90an yang purata 9% – 12% setahun.

Sebagai pelabur yang berhemah, gunakan petunjuk ini bagi menentukan apakah langkah anda selepas ini.


Petunjuk-petunjuk buat pelabur ASB dan Loan ASB.  


Bulan
Perkara
Rujukan
Mac
PNB - Pengumuman Dividen ASM & ASG
Mei
BNM - Pengumuman OPR/ BLR
Jun
PNB - Pengumuman Dividen ASD
Ogos
PNB - Pengumuman Dividen ASW
Sep
PNB - Pengumuman Dividen AS1M
Disember
PNB - Pengumuman Dividen ASB



Tahun sudah, pengumuman dividen dan bonus 2012  adalah pada 21 Disember. Semoga berita baik bakal diumum Disember ini. Amin

Wednesday 13 November 2013

Masih Keliru Berkaitan Short Tenure vs Long Tenure? Kita Teliti Ulasan Tuan Ikeda

Saya tidak mampu menulis dan mengulas sebaik sifu saya, Tuan Ikeda. Di sini dikongsi sedikit ulasan dari beliau berkaitan perbezaan short tenure dan long tenure:


Originally Posted by ikeda Dalam Forum Himpunan Teknik Loan ASB


"Saya ada huraikan LASB short tenure vs long tenure dalam post lepas. Mungkin anda sukar untuk mencari post tersebut maka saya letak link tersebut dibawah:




dan yang ini mungkin menepati persoalan anda.

Cuma caranya berbeza sedikit dan seperti yang saya maklumkan ianya merit pada golongan tertentu.


Semoga anda menjumpai post tersebut."


All the best

Thursday 26 September 2013

Bacalah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Pencipta

Jika berpeluang, nak je baca semua buku-buku ni untuk dapatkan tips yang berguna. Tengok mana yang sesuai dengan situasi diri sendiri dan Malaysia.

Buku WTF pon best jugak.

Tuesday 3 September 2013

ASW 2020 UMUM AGIHAN PENDAPATAN 6.70 SEN SEUNIT


ASW 2020 umum agihan pendapatan 6.70 sen seunit.




Berbeza dengan ASD yang diumum naik 0.20 dari 6.60 ke 6.80 dividen.


Bermula september, teka teki dividen ASB makin terasa. Saya forecast dividen 7.95% dengan bonus menyusut 1.05%. Anda pula bagaimana?

Sunday 1 September 2013

Bagaimana kira dividen?

Ingin sy kongsi kaedah kira dividen dan bonus seperti soal jawab berikut:

Rezza:
Assalam nak tnye..kalo commit ASB 50k byr monthly 300 start 1 mei 2012, berape dividen kte dapat jan 2014?..tq=)


Ahmad Khairani Hashim1 September 2013 14:27:

dividen dikira dr purata baki minimum bulanan jan - dis.

1. semak brp baki minimum bulanan tiap bulan.

contoh:

jan: 0 (buka akaun asb pd 2 jan 2013 dgn amaun rm10)
feb: 10
mac: 10 (loan asb 50,000 mula 2 mac 2013)
apr: 50,010
mei: 50,010
jun: 50,010
jul: 50,010
ogo: 50,010
sep: 50,010
okt: 50,010
nov: 50,010
dis: 50,010

nota: walaupun dr 2 hingga 31 mac ada amaun 50,010, tp pd 1 mac hanya rm10, maka baki minimum bulan mac adalah rm10 sahaja.

2. puratakan baki minimum bulanan

contoh:

0 (jan) + 10 (feb) + 10 (mac)+ (50,010 x 9 bulan)= 450,110

purata = 450,110/12 = 37,509.17

3. kiraan dividen 7.75% + 1.15% bonus:

dividen = 7.75% x 37,509.17 = 2,906.06

bonus: purata baki minimum bulanan 10 tahun
purata = [0 (9 tahun) + 37,509.17] / 10 = 3,750.92


bonus = 1.15% x 3,750.92 = 43.14

moga kalian mahir kira dividen dan bonus. bila dh tau konsepnya, mudah untuk atur langkah pelaburan.

Antara Ikan dan Joran, Kupilih Untuk Tidak Beri Kedua-duanya.

Antara Ikan dan Joran, Kupilih Untuk Tidak Beri Kedua-duanya. 

Joran dh lama ada kat kedai. awk yg pi beli sendiri. Sy cuma kongsi tips nk pilih joran yg mcm mana je.

Pastu, sy cuma kongsi pengalaman bgmana nk memancing. Joran awk punya, umpan awk yg taruk, joran pon kat tgn awk.

Yg dpt ikan awk. kalau nk ikan lg, awk pancing la lg. lain masa, mungkin joran lain dan ikan lain yg awk nk cuba. sekurang-kurangnya, awak ada asas dan pengalaman memancing tika itu...



Monday 26 August 2013

6 sumber hasil loan ASB dan perbandingan dengan Bank Rakyat


Tahukah anda, hasil loan ASB (Teknik 2) datang dr 6 sumber berikut:

1. Dividen sijil: sijil x 7.75% (purata baki minimum bulanan 1 tahun kalendar)
2. Bonus sijil: sijil x 1.15% (purata baki minimum bulanan 10 tahun kalendar)
3. Terminate loan ASB: Nilai prinsipal dikembalikan
4. Terminate insuran loan ASB: Nilai premium insuran dikembalikan
5. Lebihan dari Cash Flow positif.
6. Dividen & bonus bg baki tunai di tabung modal pusingan yg disimpan di akaun ASB anak.

Secara amnya kalau modal permulaan anda adalah 14.4k, anda blh dpt purata hasil dari pelaburan dalam lingkungan 28% ke 40% setahun dr loan ASB 200k islamik tenure 25 tahun.

Di samping itu, anda punyai insuran nyawa.

Kiranya dibuat perbandingan jika anda gunakan modal yang sama dan dimasukkan ke dalam saham Bank Rakyat dengan pulangan 16% dividen + 2% bonus, hasil pulangan anda adalah:

1. Dividen saham: saham x 16% (tunai masuk akaun bank)
2. Bonus saham: saham x 2% (tambahan unit saham)

Kiranya anda celik matematik dan mampu buat simulasi cash flow untuk 2 bentuk pelaburan ini, pastinya pakej pelaburan loan ASB memberi pulangan lebih baik. Malah ia adalah ~90% pelaburan pasif. Hanya sedikit masa diperlukan untuk:

1. Submit application loan ASB;
2. Bank in amaun bayaran bulanan ke akaun bank tiap bulan. Bank pula akan buat potongan dr standing instruction yg anda persetujui;
3. Submit surat terminate loan ASB (template surat dh ada. Hanya isi nama, ic & tt je);
4. Submit borang terminate insuran (ni pun ada bank officer sanggup bantu uruskan);
5. Semua item 1-4 diulang semula tiap cycle mengikut tempoh yg anda pilih. (contoh: 24 bulan).

Bagi yang celik pelaburan, anda akan perasan bahawa perbandingan di atas adalah perbandingan yang tidak adil bukan?

Seharusnya, perbandingan dibuat antara Loan ASB vs "Personal Loan Bank Rakyat untuk Pembelian Saham Bank Rakyat". Jika anda mampu kenalpasti perkara ini, pastinya anda seorang yang celik pelaburan. Jika benar anda berpeluang membuat tambahan saham bank rakyat 100k, anda boleh apply personal loan penjawat awam dengan kadar interest 3.85% dan bayaran setahun 14,400.

Jangkaan hasil selepas 10 tahun pelaburan saham Bank Rakyat dengan PL Bank Rakyat adalah: 167k

Jangkaan hasil selepas 10 tahun pelaburan saham dengan Loan ASB terminate selepas 10 tahun adalah 72k.

Kiranya anda ada peluang tambah saham Bank Rakyat, silakan. Jika anda ada peluang tambah saham KPF pun silakan.

Cuma jika anda optimumkan hasil dengan terminate 2 tahun dan reapply dgn higher limit serta teknik abg ngah (proxy), anda akan dapati loan ASB akan bg hasil lebih baik. 170k dalam 10 tahun bersama insuran 2j.

Diversify your investment. Maximize your income.

Thursday 1 August 2013

Teknik Loan ASB Mana Lebih Untung?

Keizinan Tuan Ikeda telah diperolehi untuk post teks ini di blog saya (dengan sedikit pindaan kecil).

Lebih untung is LEBIH ROI...
Lebih untung is TEKNIK 2...

TEKNIK 1 is for Wealth Creation. To build your investment foundation in this tools.
TEKNIK 2 is for Wealth Optimising. You have "some" WEALTH and to keep them all busy to "create more" wealth.
BALANCING..is important step..to ensure your risk is manageble.

This cycle or process all inside LASB tool, if you all go through deeply.
This practise will train you become better to invest in others risk investment such as UT, SHARE, HYIP, GOLD or else...because you know how to CREATE, how to OPTIMISE, how to MANAGE the RISK by BALANCING..

Your calculation is true...
but you still not fully utilize all principal gain.
Also you are "abuse" wealth create at tools 5%.

You have all the teknik-teknik.
You need to balance this teknik each other to ensure you are fully optimising the wealth..

"Renungan behaviour manusia"

Kampung anda jarak 110km perjalanan.
Speed 110km anda sampai 60 minit
Speed 150km anda sampai 44 minit

14 minit anda sampai lebih awal...
Apa yang anda OPTIMISE dengan 14 minit tersebut?
Hisap rokok sebatang?
Air secawan?

Anda risk-upkan perjalanan anda semata-mata untuk 14minit sahaja?
Bila sampai awal 14 minit,,anda hanya dapat buat tak banyak perkara.
Anda bahayakan anda dan diri orang lain selama 44 minit demi 14 minit yang anda nak nikmati kopi panas pun tak sempat.

Moral,
"You have to know how to CREATE your precious wealth..When and Where to SPEED UP in proper manner..."
"You have to know how to USE your precious wealth..In meaningfull and profitable ways..."


Good luck and got to go beli "AIR TEBU".

Saturday 27 July 2013

Bonus Aidil Fitri - Loan ASB bolehkan saya tidak lagi bergantung kepada bonus majikan.

Aidil Fitri sudah semakin hampir, banyak pekerja berharap bos umumkan bonus raya untuk tanggung kos persediaan aidil fitri. Dapat banyak mesti happy. Dapat sedikit muncung bibir, sugul memikirkan bagaimana nak sediakan semuanya untuk keluarga. Perjalanan balik kampung pun bukan sedikit kosnya.



Itu dilema tiap tahun sama ada pekerja swasta atau awam. Yang gaji besar mungkin tak ada masalah ni. Yang cekap perancangan kewangan pasti bijak mengatur perbelanjaan.

Sejak saya menggunakan tool loan ASB dalam menjana duit dari potensi kewangan saya, sudah saya pastikan RM3k khas untuk bajet raya telah tersimpan di tabung berasingan. Tidak akan disentuh tabung tersebut untuk tujuan pelaburan ASB. Isteri saya dimaklumkan dan dia hepi dengan keputusan tu. Mudah. Tak kira la bonus sikit ke banyak, tetap ada bajet secara tetap.

Kiranya pada tahun permulaan, pergantungan kepada bonus masih lagi tinggi, namun setelah mula praktis terminate, hasil terminate loan ASB membebaskan saya dari pergantungan kepada bonus dari majikan. Kebetulan bonus RM500 sahaja.

Mulai 2014, jangkaan hasil terminate loan ASB saya adalah RM10k++ setahun iaitu terminate 300k loan ASB tiap tahun dari 700k+ loan ASB. Spare tabung 3k untuk bajet raya sudah tidak terganggu. RM1k bagi tiap proksi juga tersedia. Malah road tax dan insuran kereta 3000cc pun dah ditanggung sepenuhnya oleh hasil terminate.

Terima kasih kepada pakej Loan ASB yang memberi peluang mudah sebegini kepada saya dan semua bumiputera. Saya juga ingin tergolong dalam kelompok bijak merancang kewangan dan tidak bergantung kepada bonus dari majikan semata-mata bila nak raya.

Anda pula bagaimana? Saya bukan orang yang banyak duit dan kaya raya atau gaji bulanan 5 angka. Saya menyeru kepada rakan yang dalam kelompok seperti saya juga untuk sama-sama menggunakan tool loan ASB dalam menambah jumlah pendapatan tahunan dari 3k ke 40k setahun dengan teknik yang betul.

Moga tidak pening kepala berkenaan yuran pengajian anak masuk universiti kemudian hari. Moga mampu menghadapi nilai tanah dan rumah yang meningkat.

Tuesday 23 July 2013

Soal Jawab Loan ASB: Kes Modal Sedia Ada Tanpa Libatkan Komitmen Bulanan Dari Gaji

Saya pohon share sesi personal coaching loan ASB melalui emel sebentar tadi antara saya dan pembaca blog ini:

Soalan

Dlm pegangan ada 7-8k shj.., peruntukan gaji sy guna untuk komitmen lain.., so utk pengetahuan tuan sy xpernah wat loan asb... mohon petunjuk dr tuan untuk wat loan asb..
Manipulasi potensi kewangan


Jawapan saya (hanya pandangan peribadi)

dengan andaian tuan punyai disiplin kewangan yang tinggi, iaitu tuan tidak akan belanjakan duit dividen sesuka hati bila mulai terima dividen 4 angka hasil dari sijil loan ASB, maka tuan boleh cuba dengan kaedah berikut:

1. Apply loan ASB islamik 100k dari maybank (maybank je ada islamik iaitu tiada riba).

2. Tempoh loan maksimum iaitu 25tahun. Kalau umur tuan lebih dari 35 tahun, maka buat sahaja semaksimum mungkin.

3. Dapat dividen tahun pertama 4 angka pada 2 januari 2014 nanti, jangan joli katak. dividen tu adalah untuk bayar loan ASB berjumlah 7200 bagi tahun 2014.

4. Bayar je loan ASB 2014 dengan keluarkan 600 setiap bulan dr dividen dlm buku ASB ke akaun maybank. dengan kaedah ini, segala baki dlm akaun ASB masih generate dividen.

5. 2015 dapat dividen lagi, layan sampai tempoh yang tuan tetapkan sebagai tempoh untuk tuaian hasil. contoh: 24 bulan.

6. cukup 24 bulan terminate loan ASB. proses terminate hendaklah mula seawal sebulan dua dari tarikh terminate. maklumkan secara jelas kepada bank/ ejen bank tarikh terminate adalah bila cukup 24 bulan.

7. Reapply loan ASB effective selepas dari tarikh terminate loan terdahulu. perlu proses bersekali dengan terminate loan dengan ejen bank yang sama.

Maka selepas 24 bulan, duit tuan yg asalnya 7200 tu pada 2013 akan berganda menjadi dalam anggaran 7,200 + 3,500 = 10,700

Untuk 24 bulan ni tuan dapat pulangan sebanyak 3500 dari modal 7200. maka keuntungan pelaburan tuan adalah 3500/7200 = 48.6% untuk 2 tahun, iaitu purata 24.3% setahun.

Ini langsung tidak mengambil kira perkara berikut:

1. Lebihan dari cash flow positif. 7750-7200= 550 setahun. 2 tahun x 550 =1100
2. Bonus 115 tahun pertama, 230 tahun kedua. jumlah 115+230=345
3. Dividen dari baki yang ditinggalkan dalam buku ASB sebelum ia dikeluarkan untuk dipindah ke akaun maybank bagi potongan loan ASB. 7.75% x 7200 / 2= 279 setahun. 279 x 2 = 558

1100+345+558= 2003

3500+2003=5503
5503/7200=76.4% untuk dua tahun
Purata 38.2% setahun pulangan dari pelaburan dengan wealth creation tool loan ASB

Ini cuma anggaran kira-kira saya.

Maka tuan boleh buat keputusan sama ada nak buat pelaburan dengan pulangan 7.75% dividen dan bonus 1.15% mengikut baki purata 10 tahun dengan akaun ASB atau guna tool loan ASB untuk generate hasil lebih baik hingga boleh capai purata 24.3% - 38.2% setahun.

Jika tidak tepat sekali pun atau BLR meningkat dan jejaskan hasil terminate, katakan ia jejaskan 30% dari anggaran tu, maka 70% tepat pun anda dah dapat 17% pulangan. Masih sangat bagus.

Thursday 11 July 2013

Personal Loan to serve Loan ASB - Pelaburan dengan modal sifar. (Terutamanya Untuk Penjawat Awam rate ~50% lower)

Dengan lafaz bismillah saya kembali menulis di ruangan perkongsian ilmu ini. Moga memberi manfaat kepada saya dan tuan puan jua.

Kali ini, saya ingin berkongsi teknik pelaburan modal sifar dengan Loan ASB bermodalkan dana daripada personal loan.
Kerapkali sebelum ini saya bertegas menasihatkan supaya jauhi Personal Loan walau pun dalam mendapatkan dana pelaburan ASB. Ya, saya masih yakin bahawa Personal Loan lebih banyak memerangkap anda dalam perangkap kewangan berbanding membantu anda mengatasi masalah kewangan.

Namun, hanya segelintir sahaja yang mampu memanipulasi dengan baik personal loan yang akhirnya menjadi batu loncatan untuk mencapai sesuatu hanya dengan memahami teknik yang betul. 

Sebelum kita melangkau lebih lanjut, elok terlebih dahulu kita memahami konsep personal loan yang ada dijelaskan di link berikut:




Sila luangkan masa anda untuk baca tiap artikel berkaitan personal loan di link tersebut supaya anda tidak terlepas pandang pesanan dan tips berguna yang ingin disampaikan. Antara perkara paling utama yang perlu diberi perhatian ada dijelaskan di link berikut:



Secara amnya, berikut adalah antara fees dan charges dalam personal loan:

1. Processing fee
2. Stamping fee
3. Early repayment charges
4. Late payment charges

Kiranya anda tidak memahami caj di atas, maka berlaku la kesilapan dalam percaturan dan perkiraan yang akhirnya membuatkan anda membuat keputusan yang kurang bijak. 

Saya tidak ingin merungkai lebih lanjut berkaitan kaedah memilih personal loan yang terbaik. Izinkan saya terus memberikan contoh pelaburan Loan ASB dengan modal sifar. 

Personal Loan Bank Rakyat 
Amaun Loan 20k
Interest Rate 3.85% (for civil servants + insured + fixed rate)
Tempoh Loan 10 tahun
Loan Islamik (Tiada riba)
Bayaran Ansuran RM231 sebulan
Insuran RM255
Processing Fee RM0
Stamping Fee RM100.00

Cash yang diterima:
RM20k - RM255 (Insuran) - RM100.00 (Stamping Fee) = RM19,645

Dengan dana yang diterima ini, anda boleh serve loan ASB 200k tanpa menggunakan duit poket dengan syarat anda guna teknik 2 dan terminate dan reapply setiap 2 tahun.

Tahun 1: 

Personal Loan: RM231 x 12 = RM2,772
Loan ASB: RM1,200 x 12 =  RM14,400
Total perlu bayar: RM17,172

Baki: RM19,645 - RM,17,172 = RM2,473

Tahun 2: 

Personal Loan: RM231 x 12 = RM2,772
Loan ASB: RM1,200 x 12 =  RM14,400
Total perlu bayar: RM17,172

Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500

Baki: RM2,473 + RM15,500 - RM17,172 = RM801

Tahun 3: 

Total perlu bayar: RM17,172
Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500
Hasil Terminate Loan ASB RM200kRM7,000
Dan reapply Loan ASB RM200k juga

Baki: RM801 + RM15,500 - RM17,172 + RM7,000= RM6,129

Tahun 4: 

Total perlu bayar: RM17,172
Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500

Baki: RM6,129 + RM15,500 - RM17,172 = RM4,457

Tahun 5: 

Total perlu bayar: RM17,172
Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500
Hasil Terminate Loan ASB RM200kRM7,000
Dan reapply Loan ASB RM200k juga

Baki: RM4,457 + RM15,500 - RM17,172 + RM7,000= RM9,785

Tahun 6: 

Total perlu bayar: RM17,172
Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500

Baki: RM9,785 + RM15,500 - RM17,172 = RM8,113

Tahun 7: 

Total perlu bayar: RM17,172
Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500
Hasil Terminate Loan ASB RM200kRM7,000
Dan reapply Loan ASB RM200k juga

Baki: RM8,113 + RM15,500 - RM17,172 + RM7,000= RM13,441

Tahun 8: 

Total perlu bayar: RM17,172
Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500

Baki: RM13,441 + RM15,500 - RM17,172 = RM11,769

Tahun 9: 

Total perlu bayar: RM17,172
Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500
Hasil Terminate Loan ASB RM200kRM7,000
Dan reapply Loan ASB RM200k juga

Baki: RM11,769 + RM15,500 - RM17,172 + RM7,000= RM17,097

Tahun 10: 

Total perlu bayar: RM17,172
Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500

Baki: RM17,097+ RM15,500 - RM17,172 = RM15,425

Tahun 11:

Selepas 10 tahun, Personal Loan anda tamat dan anda berhenti loan ASB sepenuhnya (ambil nafas jap, nak kira untung rugi).

Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500
Hasil Terminate Loan ASB RM200kRM7,000

Baki: RM15,425+ RM15,500 + RM7,000 = RM37,925

Kiraan ROI

Modal = 0
Hasil = 37,925 per 10 tahun
       = 3,792 per tahun
       = 316 sebulan

ROI = infiniti kerana modal '0'

Modal anda hanya potensi kewangan untuk had pinjaman anda sebanyak RM20k sahaja. Dan anda juga telah gunakan had pinjaman sebanyak RM200k untuk Loan ASB yang mana ada bank yang mengiranya sebagai komitmen kewangan. Kiranya tersangkut dalam urusan pembelian kenderaan atau rumah, Loan ASB dan Personal Loan boleh ditamatkan dan disusun semula pelan pelaburan anda.

Basically, anda telah tingkatkan pendapatan bulanan sebanyak RM316 sebulan dengan modal sifar.

Semua perkiraan di atas langsung tidak mengambil kira bonus 1.15% atas RM200k Loan ASB tersebut. Total bonus adalah dalam anggaran RM11500.

Selepas 10 tahun bonus anda dari Sijil ASB 200k adalah RM2.3k setahun. Bonus je tau, bukan dividen.

And the wealth creation continues

Moga anda memahami teknik personal loan ini dengan baik. Kerana tersilap pilih pakej personal loan yang salah akan memerangkap anda dalam beban kewangan tak berkesudahan.

Moga kita semua menjadi pelabur yang berhemah jua.