Tuesday, 26 June 2012

Bank Mana Saya Mesti Pilih


LunaEd bertanya kepada saya: “ bank apa untuk buat loan asb paling ok?”


Kalau saya ejen bank Maybank sure saya syorkan maybank. Buat dengan saya, dapat komisen. Hehe. Tapi, saya bukan ejen bank, bukan juga wakil PNB. Cuma pelabur biasa yang ingin berkongsi info dan bertukar pendapat dengan tuan puan.

Bagi menjawab soalan LunaED, saya personally syorkan loan ASB Islamik Maybank untuk muslim.
Selain itu, pastinya kita lihat pada pakej yg ditawarkan. Tiap bank bersaing untuk rebut pelanggan, dan pakej berubah2. Untuk kepastian, LunaEd blh tanya sendiri bank officer untuk pakej terbaru.

Please remember, terdapat ramai bank officer yang tidak cekap tentang selok belok pakej loan ASB, since ada antara mereka cuma tahu jadual pembayaran loan sahaja. Sekiranya ini berlaku kepada anda, jgn risau, saya akan cuba bantu dan jika saya tak dapat bantu, ramai lagi otai2 n yang berpengalaman yg blh bantu anda. Khidmat nasihat percuma dari kami untuk rakan pelaburan Loan ASB. Sharing is Caring

Kriteria utama perlu dilihat:

1. Pakej Islamik atau konvensional - Untuk muslim, wajib halal, Semoga berkat hasil pelaburan kita.
2. Kadar interest - RHB BLR-1.67 (konvensional sahaja - kiranya perkenal ahli keluarga), Maybank BLR-1.65 (islamik n konvensional), CIMB BLR-1.65 (konvensional) bergantung kpd amaun loan.
3. Kadar ASBRTA - islamik ~25% lebih rendah dari konvensional
4. Kelonggaran syarat wajib ASBRTA - RHB boleh buat tanpa ASBRTA (ada syarat), Maybank wajib
5. Tempoh proses loan - 2 minggu ke 2 bulan. dokumen lengkap, follow up n presign blh bantu percepat proses.
6. Tempoh proses terminate loan - 3 minggu ke 1 bulan. sila tanya bank officer untuk kepastian.
7. Goodies untuk Loan Application - Payung, T-shirt, planner, notebook. kalendar. ask for it.
8. Tempoh Tenure Loan - sekarang CIMB offer 30 tahun, bank lain masih dengan 25 tahun. Banyak bezanya tu

Selamat melabur dengan berhemah

Melabur dengan ilmu di dada, optimize potensi kewangan anda 

Thursday, 21 June 2012

Petunjuk Baik Untuk Dividen ASB 2012 - ASD meningkat 6.5 ke 6.6


ini artikel 21 Jun 2012. Sila rujuk artikel terbaru untuk pengumuman dividen pada 21 Disember 2012:


YES!!! Petunjuk baik buat pelabur ASB dan Loan ASB.


Prestasi dividen ASD 6.35% (2010), 6.5% (2011), 6.6% (2012). Mungkinkah berita baik juga untuk dividen + bonus ASB 2012? 7.5+1.25 (2010), 7.65+1.15 (2011).

Speculate n forecast jadi topik hangat pelabur sekarang. Sebelum ini, kalau 0.1% meningkat di ASD, maka 0.1% juga di ASB. Anda buatlah forecasting sendiri.

Berikut adalah sejarah dividen dan bonus ASB sejak dilancarkan pada tahun 1990 hingga 2011 Skim ASB telah dilancarkan pada 2 Januari 1990.

Kadar pulangan sejak 11 tahun lepas agak lebih rendah purata 8% berbanding pada tahun 90an yang purata 9% – 12% setahun.

Sebagai pelabur yang berhemah, gunakan petunjuk ini bagi menentukan apakah langkah anda selepas ini.


Petunjuk-petunjuk buat pelabur ASB dan Loan ASB.  


Bulan
Perkara
Rujukan
Mac
PNB - Pengumuman Dividen ASM & ASG
Mei
BNM - Pengumuman OPR/ BLR
Jun
PNB - Pengumuman Dividen ASD
Ogos
PNB - Pengumuman Dividen ASW
Sep
PNB - Pengumuman Dividen AS1M
Disember
PNB - Pengumuman Dividen ASB



Semoga berita baik bakal diumum disember ini. Amin

Himpunan Teknik Loan ASB - digarap dari didikan Tuan Ikeda


Salam semua,

Sekarang tiba masanya yang ditunggu-tunggu. Masa untuk pendedahan kepada himpunan pelbagai teknik Loan ASB yang dipratikkan oleh pelabur-pelabur.


Di sini cuma diringkaskan pelbagai teknik yang dibincangkan dalam forum Himpunan Teknik Loan ASB yang dibentangkan dan dikongsi Tuan Ikeda.


Teknik 1 Serve Loan With Own Money
Bayar  dengan duit sendiri dari awal sehingga tamat
Teknik 2 2nd Year Onward Serve Loan With Dividen
Bayar  dengan duit sendiri untuk tahun pertama sahaja
Bayaran tahun seterusnya dengan dividen
Teknik 3 Leverage
Serve Loan With Own Money & Dividen
Combo Teknik 1 + Teknik 2
Bayar  dengan duit sendiri untuk tahun pertama
Bayaran tahun seterusnya dengan dividen + duit sendiri
Teknik 4 Every Year Get Cash Back
Teknik Combo Suami + Isteri
Penggiliran ambil dividen

Teknik 5 ASB Financing To Get Car/ Goods

Teknik 6 ASB Financing Vs House Refinance (Rent Out Property)
Teknik 7 Personal Loan Vs Loan ASB

Teknik 8 OPE (Other People Effort)
juga dikenali sebagai Teknik abg ngah

Kali ini baru disenaraikan jenis-jenis teknik. Detailnya akan dihuraikan dalam post akan datang. Atau boleh terus ke forum yang sangat telus dan kondusif Himpunan Teknik Loan ASB .

Selamat melabur dengan berhemah.


Monday, 18 June 2012

Amortization Loan ASB - Terminate Loan: Pastikan Duit Anda Tidak Tidur Dalam Bank


Amortization, takrifan mudah bermaksud PELUNASAN. Dah pinjam, bayar la. Takkan la bayar pokok je kot. Interest kena bayar jugak.
Aku skip teori yang boleh buat korang tertido. Mari kita terus buat latih tubi dengan menggunakan http://www.amortization-calc.com/


nota:

1. disyorkan buat exercise ini, baru anda jelas dan blh cuba dengan sebarang figure dan situasi

2. untuk newbies, sila rujuk takrifan di post Terminologi dalam Pelaburan Loan ASB

Latih Tubi: 

1. Masukkan parameter utama dalam loan dn tekan calculate


2. Fahamkan Ringkasan Loan ASB

3: Jadual Amortization/ Pelunasan
  
Maka, apabila anda terminate loan (100k + ASBRTA dibayar cash), nilai yg telah dilunaskan akan diberi kepada anda.

Contoh:
terminate
Pelunasan
Dividen 
 (anggaran 7.65%) 
pada 2 jan
Jan 2013
2076.87
7650
Jan 2014
4258.90
7650
Jan 2015
6551.43
7650
Jan 2016
8960.05
7650

since terdapat kepelbagaian pembaca blog ni, dikemukakan input takrifan secara akademik:

Takrifan Secara Literal


1. act, process of amortizing a debt, pelunasan: the ~ of intangible assets, pelunasan aset yg tak ketara; 

2. sum devoted to amortizing a debt, wang pelunas (hutang).


1.   to pay off (as a mortgage) gradually usually by periodic payments of principal and interest or by payments to a sinking fund

2.   to gradually reduce or write off the cost or value of (as an asset) <amortize goodwill> <amortize machinery>

Sunday, 17 June 2012

Loan ASB Halal dan Haram Satu Kekeliruan atau Satu Kepastian


Salam,

Sudah 1500 hit as of 18th june 2012 since launched 9th june 2012. Thanx to all readers.

Ingin ku berkongsi perbincangan sihat berkaitan topik kali ini. Sebelum kita melangkah jauh dalam pelaburan Loan ASB, kita perlu pastikan halal haramnya dulu. Dalam isu ini, sememangnya ada perbezaan pendapat. Dan sesungguhnya perbezaan pendapat bukanlah sesuatu yang baru dalam islam.

Cherish the differences. Chill. Teringat pesan penceramah sebelum solat jumaat di kampung Durian Burungku tercinta: jangan kerana isu-isu fiqh kita gaduh, berseteru. Khilaf ulama perkara biasa.
isu fiqh
Baiklah, kita soroti perbincangan antara aku dengan rakanku:

(nota: Kami bukan ulama, maka perbincangan kami jangan dijadikan penentu halal haramnya. sila rujuk ulama, majlis fatwa kiranya musykil)

Kata rakanku:

...tp aku tak sependapat dgn kau ttg pelaburan ni, nak hujah panjang dgn dalil2 tak sesuai kat fb ni, pandangan aku based on apa yg aku belajar. beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

1) tentang berhutang (loan - addayn) yang dibuat bukan atas dasar dharuriyyah;

2) loan itu sendiri sama ada based on islamic @ tak, kalau bukan islamic haram;

3) ada jaminan/insurans tak utk hutang (loan) tu, kalau ada, dia guna conventional (haram) atau islamic;

4) pelaburan dalam asb (yang ni yg ko cuba promote kan) yang mengandungi elemen haram di dalamnya;

 5) semasa melabur, ada tak promoter sebut yang kita 'pasti' untung? mcm mana kalau ekonomi tak bagus dan pulangan lebih rendah? di sini ada elemen gharar (haram)


cuma aku kadang2 musykil, kenapa kita tak melabur dalam pelaburan yang confirm halal, macam tabung haji (bonus dividen yang dapat telah dizakatkan, maknanya, pulangan kita bersih walaupun lebih rendah dari ASB - harus diingat, ASB belum di'bersihkan'kan lagi, so, penerima kena byr zakat) dan sebagainya.

Yang halal itu nyata dan yang haram itu juga nyata, di antara keduanya adalah syubhah yang perlu kita elakkan. Wallahua'lam.

hujah balasku pula:

1) dharuriyyah - dlm mencapai keperluan manusia dalam kesempurnaannya yang merangkumi keperluan pendidikan sempurna, tempat tinggal, keselamatan, makanan, kesihatan, pakaian (slaid 8)

2) jelas dan pasti ada 2 pakej loan ASB - islamik dan konvensional.

3) insuran islamik dlm pakej loan ASB islamik

‎4) pelaburan ASB telah dipantau majlis fatwa - ulama2 telah bersidang. aku pegang fatwa harus. sila rujuk portal majlis fatwa serta kenyataan akhbar pada 2011.

5) tiada kepastian dalam pelaburan Loan ASB. Jelas dan nyata ia calculated risk yg bergantung kepada elemen2 utama dalam ekonomi - BLR, OPR, dividen PNB, CPI, inflasi. petunjuk2 ekonomi ini perlu diambil perhatian untuk memastikan bila perlu terminate loan. n even dalam promotionnya pon ditekankan oleh promoter yang arif berkenaan apabila perbezaan BLR OPR berapa perlu ready to terminate, bila keadaan BLR n dividen PNB berapa pula perlu dinilai semula opsyen pelaburan

Perbincangan kami tidak tamat di situ. tapi cukup untuk dikongsi bersama di sini, untuk rujukan kita bersama. diyakini, sebagai muslim, kita memang mencari yang halal. apabila berdepan dengan perkara tidak nyata halal atau haram, kita berbeza pendapat, perkara normal dalam islam.

Sekadar berkongsi.

Sila rujuk pelbagai sumber lain yang membincangkan perkara sama.

Contoh:

Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) - Hukum ASN ASB
Ustaz Azhar Idrus - Pelaburan dalam ASB
Ustaz Azhar Idrus - Guna Duit Dividen ASB untuk korban/ haji
Forum Tranung Kite
pakdi.net - Panduan Penting Seorang Pelabur Muslim 

Ulama sudah melaksanakan tugas mereka. Sabda Rasulullah SAW:


"Apabila seorang hakim itu menghukum lalu dia berijtihad kemudian menepati kebenaran, baginya dua pahala. Dan apabila dia menghukum lalu berijtihad kemudian menyalahi kebenaran, baginya satu pahala." 
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Tugas anda pula untuk meneliti ijtihad ulama dan fuqaha.

Selamat melabur dengan berhemah. Moga rezeki yang halal jua dan membawa keberkatan kepada ummah.

Thursday, 14 June 2012

Apa Topik Seterusnya

Saya pulak dalam dilema sekarang,


Bilangan pembaca meningkat ke 308 berbanding 207 semalam. 
Total view sudah 1000+.


Tak tahu topik apa nk dipilih berdasarkan persoalan-persoalan yang diutarakan pembaca. Yang pasti, kumpulan sasar blog ini pada asalnya adalah untuk mereka yang belum tau atau belum jelas tentang Loan ASB. Pastinya ada antaranya langsung tidak tau asas-asas kewangan. Kerana itu, telah diberi penerangan istilah asas dalam Loan ASB dalam post terdahulu.

Owh! Sebelum terlupa, untuk makluman pembaca, saya bukan ejen bank, PNB. Apatah lagi berniat nak ambil komisen dari loan ASB tuan puan. Bukan juga seorang yang berkelulusan dalam bidang ekonomi, akaun atau pengurusan kewangan. Semua penulisan adalah berdasarkan pemahaman dan pendapat peribadi.

Sebagai disclaimer, saya tidak bertanggung jawab atas sebarang implikasi tindakan tuan-puan hasil pembacaan blog saya. Ingat, anda perlu memahami tiap implikasi tindakan anda. Kerana itulah, anda perlu memahami selok belok  pelaburan bagi memastikan anda melabur dengan ilmu di dada.

Apa topik nak diberi fokus selepas ni? Itu dilema sekarang, cos topik post yang saya tulis, bukan mengikut kehendak saya, tetapi apa topik yang rakan-rakan di forum Himpunan Teknik Loan ASB bincangkan. Tidak dilupa, soalan-soalan rakan-rakan Facebook, geng bola dan rakan sepejabat. Ini antara topik yang telah disenarai pendek:

  a. straight line vs reducing balance method 
  b. amortize
  c. ROI
  d. Teknik Loan ASB

nanti saya update lagi post ni. sesi TT isnin ni di presint 15 dengan member2. ni pon baru balik sesi pencerahan selepas main bola kat padang presint 11 (isnin ni 2 orang akan buat loan ASB - tahniah shah n mizi)

Wednesday, 13 June 2012

Pembuktian ROI 40% tahun pertama dengan Pelaburan Loan ASB

Salam,


13 Jun catat 207 hit. makin meningkat pembaca blog ini. Dari statistik ini, aku mendapat signal yang jelas bahawa pembaca-pembaca punyai perasaan ingin tahu yang tinggi berkenaan Pelaburan Loan ASB. Blog ini cuma alternatif untuk anda. Tempat sebenar yang anda perlu rujuk adalah forum Himpunan Teknik Loan ASB yang Tuan Ikeda initiate di carigold.com. Aku cuma disciple tok guru aku (entah tok guru aku ni terima ke tidak aku sebagai disciple dia) yang berhati mulia tu je.


Ok. Kali ini seperti dijanjikan, aku cuba yakinkan pelabur dan bakal-bakal pelabur Loan ASB untuk proceed ke tahap maksimum dengan Loan ASB dengan pembuktian ROI Loan ASB yang jauh lebih tinggi berbanding Bank Rakyat, KPF, Public Mutual, Unit Trust dan yang sewaktu dengannya.


Takrifan ROI


Bagi yang belum tau apa itu Return On Investment sila klik untuk:


   a. takrifan Bahasa Inggeris (ROI di wikipedia)
   b. takrifan Bahasa Malaysia (ROI & teori Angka 72 di emasfairuz.com) 


ROI Loan ASB 40% tahun pertama


Ramai tak percaya bila saya sebut statement di atas . Ini buktinya




50%++ tu!! Itu perkiraan yang saya buat sebelum saya disedarkan oleh otai2 di forum Himpunan Teknik Loan ASB (tuan alphaOne) bahawa Bonus pelaburan ASB yang diumumkan (contohnya 7.65% dividen + 1.15% bonus) adalah dikira berdasarkan baki minimum bulanan selama 10 tahun!


Dah insaf, aku kembali ke pangkal jalan, buat calculation yang lebih tepat dengan jelas memahami makna bonus ASB. 39% tahun pertama.

Amacam dah nampak sekarang? 


Post ini akan saya improvise dari masa ke semasa bagi memastikan input yang lebih baik untuk pembaca yang berminat tentang pelaburan Loan ASB. Sila subscribe blog ini untuk mudah dapat update. Terima kasih atas minat dan sokongan yang tuan puan berikan.

Nak pergi keje pulak. Breakfast belum, mandi pon belom, siram kebun sayur belakang umah pon belom. Sambil bercucuk tanam, banyak yang saya nampak kaitan antara bercucuk tanam dan pelaburan. Tersengih sendirian depan pokok..hehe

Selamat Melabur Dengan Berhemah

Tuesday, 12 June 2012

Dilema Pelaburan


Salam,

Bertemu sekali lagi. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Terima kasih kepada semua atas sambutan yang menggalakkan pada blog ni. 86, 176, 161 hit dalam 3 hari blog ni launch. Nawaitu cuma satu, untuk sebarkan info untuk bumiputera berkenaan peluang memperbaiki dan seterusnya memantapkan status kewangan diri dan keluarga dengan Loan ASB. Pesan tuan Ikeda (tok guru aku), 1 bgtau 10, 10 bagitau lagi 10 setiap sorang. Akhirnya makin ramai bumiputera bukak mata dan ambil langkah bijak dalam pelaburan Loan ASB.

Pelaburan



Day in day out, kita didedahkan dengan pelbagai idea pelaburan. Rakan sepejabat, info di intenet pon tidak putus2 membuat kita teringin juga nk join. Dan kerapkali, kita terhenti sejenak kerana kita tidak ada pengetahuan tentang pelaburan yang ingin kita ceburi tu.

IPO, FGVH, Bank Rakyat, Koperasi Peneroka Felda, Public Mutual, Unit Trust, Prudential Takaful, Etiqa, Tabung Haji, ASB, Loan ASB, RGCX, VGMC, MLM, property, komoditi, KLSE. Suma menjanjikan hasil yang jauh lebih bagus dari akaun simpanan di bank. Apatah lagi bila dibandingkan dengan sistem kutu.

Berbanding dengan dividen 4% setahun jika disimpan di bank, sudah tentu lebih baik kiranya ia dapat menjana hasil 6% (Tabung Haji - siap settle zakat), 7.6% (ASB - x kena cukai), 10% ke 25% (Unit Trust seperti Public Mutual), 12-15% (Koperasi Peneroka Felda - peneroka n famili je blh tau), 500+ sebulan atas 1 lot 4500 (RGCX n VGMC), juta-juta (Skim Cepat Kaya).

Dilema



Anda jadi konfius dengan pelbagai input yang datang dari pelbagai sumber. Bos, rakan sepejabat, sedara mara, profesional, remiser, agen bank, promoter pelbagai skim datang dengan pelbagai bukti, testimoni dan hujah.

STOP jap. Promoter will only elaborate n exaggerate on the good news, the good side of their scheme je. Udang sebalik mi, dia makan sorang-sorang. Kita dapat makan batu je. Yes, memang ada skim yang betul-betul memberi hasil. Cuma anda perlu tau selok-belok pelaburan tu dengan tepat, terutamanya bila nk beli n bila nk jual. Bila perlu kaut untung n simpan keuntungan kat lain.

So, kena tau bezakan:
pelaburan high risk vs pelaburan low risk
pelaburan pasif vs pelaburan aktif

sudah pasti semua orang happy bila ditawarkan suatu pelaburan low risk + pasif + high ROI. Ada ke?


Pilih Teknik Yang Sesuai

Sememangnya ada. Hasil kajian dan pengalaman otai2, tool wealth creation paling berbaloi2 adalah Pelaburan Loan ASB dengan teknik yang betul. Sebagai contoh, anda boleh dapat RM227,000 selepas 15 tahun dengan Rm7,200 modal hari ini. 3000.6% dalam 15 tahun atau purata 200% setahun. Ingat - dengan teknik Wealth Optimization yang betul.

Keyword – teknik yang betul

Teknik yang salah akan memakan diri. Anda mungkin menjadi hamba bank akhirnya. Ada satu thread forum yang sangat bagus dalam membincangkan tentang perkara ni. Google sahaja – 'Himpunan Teknik Loan ASB' atau terus ke salah satu post saya di thread tersebut 

Pelbagai teknik dibincangkan memandangkan kita semua mempunyai latar belakang yang berbeza, pendirian kewangan yang tidak serupa, kedudukan kewangan yang pelbagai dan keperluan hidup dan sosial yang bermacam macam.



Soalan1: Sumber Kewangan Untuk Serve Loan ASB

1.Tabung kewangan lump sum
2.Potongan gaji secara bulanan
3.Personal Loan
4.Overdraf Property
5.Overdraf Sijil Loan ASB
6.Pinjam Along
7.Pinjam Famili tanpa bunga
8.Duit kutu buat rolling
9.Pajak Emas ArRahnu

Soalan2: Tempoh Loan ASB

Timbul pula persoalan, berapa tahun tempoh loan yang terbaik?
Short term atau 25 tahun max.


Soalan3: Sumber Kewangan Serve Loan Tahun Ke2 dan seterusnya

Bagaimana pula tahun kedua dan seterusnya? Apa sumber kewangan untuk biaya Loan ASB?

1.Dividen
2.Potong Gaji
3.Personal Loan
Dll

Cos, bila dapat dividen tentu tiap seseorang ada keperluan n perancangan masing2. 

Soalan4: Bila Nak Terminate Loan ASB

Setelah itu, timbul pula persoalan tahun ke berapa nk jual? Atau terus kekal sampai tamat loan.

Ya, tersangat banyak persoalan dan persimpangan yg akan kita temui dan kita perlu buat pilihan. Tiap satu jalan n pilihan kita pastinya memberi hasil yang berbeza.

Mudah cerita, sila baca thread forum Himpunan Teknik Loan ASB. Namun kerana perbincangannya sudah mencatat 7000+ post, pastinya penat nk baca. Namun, pasti tuan/puan akan dapat ilmu yang berguna.

Monday, 11 June 2012

Terminologi dalam Pelaburan Loan ASB



Amaun Loan
min10k; max 400k atau had ASB 200k yang mana terendah

Tempoh Loan

Maybank & RHB sehingga 25 tahun 
CIMB sehingga 30 tahun

atau 

hingga mencapai umur 60 tahun yang mana terdahulu

Interest rate
Lain bank lain kadarnya. Dikemukakan contoh sahaja:

Maybank (konvensional & islamik):
   <30k: BLR – 1.35% 
   30k & above: BLR – 1.65%

RHB & CIMB BLR – 1.65% (konvensional sahaja)

BLR
Base Lending Rate
Bank negara tetapkan. http://www.blr.my/
Tiap bank lain kadarnya. http://www.blr.my/Banks%20Latest%20BLR.htm

Loan ASB cuma ditawarkan oleh Maybbank, RHB & CIMB. Kebetulan BLR ketiga2nya sama since may 2011 iaitu 6.60.

OPR
Overnight Policy Rate
Bank negara tetapkan. http://www.blr.my/

ASBRTA  (insuran actually)
ASB reducing term assurance
Nilainya bank akan bagitau, cuma bagi no IC dia akan check. Ia bergantung kepada:
  • Amaun loan (max 5% dari amaun loan, cuma umur 35+ je ada isu kena topup cash)
  • Tempoh loan (kalau dah lebih 35 tahun x dapat la buat tempoh max 25 tahun)
  • Umur (lagi berusia, lagi tinggi kadarnya)
  • Jantina (lelaki n wanita lain risiko tau)
Lain bank, lain prinsipnya. 

Maybank wajib, 
RHB blh jugak kalau x nak ASBRTA untuk kes tertentu.
exceed umur 51 tahun, x nk ASBRTA x pe

Yang pasti

i. ASBRTA dgn loan ASB Islamik adalah around 25% lagi rendah dari konvensional. 
   contoh: RM2658 vs RM2005 (utk loan 50k) 

ii. ASBRTA utk loan islamik 100k lagi sedikit berbanding loan 50k+50k
   contoh: RM3755 vs (RM2005 + RM2005) around 7% jugak tu


Prinsipal dan Amortize akan dijelaskan dalam post akan datang. 

dari prinsipal amortize ni la yang buat loan ASB boleh jana hasil ROI yang tinggi dan mengoptimum potensi kewangan anda

Saturday, 9 June 2012

Pelaburan Dengan Loan ASB

Salam,

Sharing is caring.

Terdapat pelbagai teknik simpanan dan pelaburan. Tiap simpanan dan pelaburan memberikan hasil yang berbeza.


FORUM Himpunan Teknik Loan ASB

Ada forum yang sangat menarik berkaitan Loan ASB yang membincangkan pelbagai kaedah untuk pelbagai latar belakang kewangan. 


Untuk sneak peak, baca post aku di thread forum Himpunan Teknik Loan ASB, thread yang paling telus dan informatif.




Fakta: Dengan modal yang sama Loan ASB sebenarnya memberi pulangan 2 kali ganda lagi baik dari 20% yg bank rakyat bagi. Nk compare ngan public mutual ke apa ke pon tak guna.
Dengan 7200 sahaja, anda akan dapat 227,000 selepas 15 tahun.

Teknik yang betul saja yg membolehkan besi terapung atas air dan terbang di langit tak jatuh. Sama juga dgn teknik loan ASB. Ilmu dan pengalaman otai2. Teknik OPM (other people money) yang dikaji oleh pelabur-pelabur yang berjaya.

Testimoni yang suka kurujuk:
Dengan gaji 3500, seorang pekerja swasta mampu hidup senang dengan dividen ASB 78000 setahun. Tiada kerja part time. Masuk keje pagi, balik keje petang. Isteri seorang surirumah. Anak 4 orang. Hartanah pun pelbagai hasil OPM terutamanya Loan ASB.


Pembuktian Loan ASB vs Simpanan ASB

Pembuktian loan asb bagi hasil lebih baik dari simpanan sendiri (rujuk softcopy yang aku upload di forum himpunan teknik loan ASB):



Sheet "simpan sendiri vs lasb 5 tahun": Dengan komitmen bulanan yang sama, amaun LASB 100k catat surplus 9,743 berbanding simpanan sendiri ASB

Actually, dogma n tanggapan simpanan ASB sendiri lebih baik dari loan asb adalah berasas. Ini hanya berlaku bagi mereka yang hendakkan kebebasan kawalan kewangan sera tabung kecemasan yang boleh dicairkan pada bila-bila masa.

Untuk hasil optimum, setelah kajian oleh pakar wealth optimization, jualan loan asb sebaiknya dibuat selepas 5 tahun bagi loan asb islamik atau konvensional.

Kajian lebih teliti nilai jualan pada tahun keberapa paling sesuai untuk individu blh dibuat dgn calculator yg aku buat. Just utk perbandingan awal.


Kekeliruan Fatwa


Antara lain forum ini juga menyentuh:


Majlis Fatwa Kebangsaan: harus

selangor (2011 ): tidak halal (tidak diwartakan)
kelantan (2009): harus (tidak diwartakan)
KL (2008): harus (tidak diwartakan)
pahang (2008): haram sehingga pelaburan patuhi syarak (tidak diwartakan)
terengganu (1993): tidak haram (tidak diwartakan)


Zakat dividen ASB

Kaedah perbelanjaan dan pelaburan semula dividen ASB sebelum cukup haul dikenakan zakat 2.5%.

Teknik-teknik yang pelbagai dalam menggunakan potensi kewangan yang kita ada sebaiknya. Terlalu banyak testimoni kejayaan dan kegagalan untuk dijadikan panduan dan sempadan.
Hasil dari pengalaman dan kepakaran ahli forum yang terlibat, telah diberikan baik buruk tiap teknik dan teknik mana yang dapat memberikan hasil optimum.

Hanya sekadar berkongsi maklumat.
Selamat melabur dengan berhemah.