Wednesday, 22 May 2013

Selingan Iklan Homestay Untuk Pelabur Loan ASB

Selingan untuk para pelabur...Selamat Bercuti Di Terengganu









Saturday, 11 May 2013

Pengalaman Pertama Terminate Loan ASB - betul ke 40% ROI?




Nk share pengalaman saya..

Loan ASB 100k
start bayar april 2011, last bayar mac 2013
dapat balik 1069 + 269 (kot)

insuran ntah brp plak.

dpt less dr simple calculation kerana BLR naik dari time loan disburse dari 6.30 ke 6.60. ROI akan dikira nnt

so far 1338/7200 = 18.6% hanya dari prinsipal.

tu blm masuk insuran dan cash surplus dari dividen
(7750 -7200) x 2 = 1100

at least saya dh dpt ROI yg tinggi dari modal hanya 7200

1338 + 1100 = 2438
2438/7200 = 33.9% ROI untuk 2 tahun
purata 16.9% ROI setahun

ini blm ambil kira bonus 1.15% ASB dr 100,000 sijil ASB tu
thn pertama 115
thn ke-2 230
thn ke-3 345
hinggalah kalau maintain 100k apply terminate apply selama 10 thn dpt la bonus penuh tahun kesepuluh 1150.

ROI bila dh tambah bonus ni, ROI naik lagi

2438 + (115+230) = 2783
2783/7200 = 38.7% untuk 2 tahun

purata 19.3% ROI setahun

ROI ni akan meningkat lg bila dh layan lama dgn meningkatnya bonus

kalau sy dh tahun ke10 layan loan ASB 100k(terminate kali ke5)
bonus tahun ke9 = 1035
bonus tahun ke10 = 1150

ROI di atas jadi

2438 + (1035+1150) = 4623
4623/7200 = 64.2% untuk 2 tahun
purata 32.1% ROI setahun

yg pasti sy akan terus bersabar dgn loan ASB dgn 19.3% untuk 2 tahun pertama hingga la mula dapat bonus penuh selepas 10 tahun layan loan ASB dgn penuh disiplin dgn ROI 32.1% setahun.

sy pasti tak akan dpr ROI sebegitu baik dari Bank Rakyat mahu KPF atau LTAT walau sy setia melabur lebih dr 10 tahun sekalipon

kan kan kan??? 

yg gila best nya bila saya mula kira ROI sebenar bila dh masukkan insuran sekali HAHAHA
sure dpt sampai 29.3% utk 2 tahun pertama hingga 42.1% setahun utk selepas 10 tahun.

bila dh 10 tahun, merdeka merdeka merdeka!!!!

Saturday, 2 February 2013

Hasil Dividen Loan ASB - Homestay Kuala Terengganu

Pohon maaf kepada para pengikut blog Loan ASB kiranya saya tidak dapat memberi maklumbalas kepada persoalan yang dikemukakan akhir-akhir ini atas sebab perhatian saya diberi kepada menyiapkan 2 Unit Homestay baru di Pulau Musang Kuala Terengganu.



Alhamdulillah, dengan hasil dividen Loan ASB baru-baru ini, saya gunakan sebahagiannya untuk furnishkan rumah yang baru disiapkan akhir Januari 2013.










 



Homestay Pulau Musang (link facebook)

Tempahan Musim Perayaan Dan Cuti Sekolah: RM 160/night

Promosi non-peak season:
RM120 sahaja untuk jumaat/sabtu/ahad
RM100 sahaja isnin-khamis

Diskaun untuk penginapan yang lama boleh dipertimbangkan.
hingga RM65 sahaja sehari

Ada 2 unit homestay

tiap unit 1300 kaki persegi.
3 bilik - queen bed
2 toilet

Dalam tiap Bilik (3 bilik):

- 1 kipas siling
- 1 Queen Bed
- 2 tuala
- 1 sejadah
- 1 almari pakaian bercermin
- 1 Aircond di Master Bedroom 

Tilam dan bantal ekstra disediakan.

Bilik air:

- 1 Shower foam
- 1 Ubat gigi

Ruang tamu:

- 2 kipas siling
- 1 Set Meja Makan 4 kerusi
- 1 TV LCD 32"
- 1 DVD Bluray Player
- 1 HDD dengan 100++ movie
- 1 Meja TV
- 1 Iron + iron board
- 1 Sofa
- 1 Mesin Basuh Automatik

Dapur:

- 1 kipas siling
- 1 Peti Sejuk
- 1 Water Dispenser (Hot + warm)
- 1 Hand wash soap
- 1 Dapur Elektrik
- 1 Periuk Nasi Elektrik
- 1 Sandwich Toaster
- Gula
- Teh Uncang
- Nescafe
- Pinggan & Mangkuk
- Jug
- Mug
- Cawan plastik untuk kanak-kanak
- Sudu garfu

Luar Rumah:

- 2 Parking Berbumbung
- 1 ampaian besar (luar rumah)

Lokasi:
Sila google Jalan Pulau Musang Kuala Terengganu
5.2943, 103.0928 longitud, latitud dlm google maps 
Kampung Pulau Musang, Kuala Terengganu
Tepi Sungai Kuala Terengganu
7km dari Bandar Kuala Terengganu

Peta akan diemel kepada anda











Dalam range 1km:
Perusahaan Keropok Segera/ Sira Pedas
Lemang
Pulut Lepa

Tempat Menarik:
Hypermarket Giant/ Mydin Mall 5km
Taman Tamadun Islam/ Masjid Kristal 6km
Perusahaan Keropok Losong 6km
Kuala Terengganu Water Front 8km
Pasar Payang 8km
Bandar Kuala Terengganu 8km
Pantai Batu Buruk 9km

Lain-lain:
Stesen Teksi 8km
Stesen Bas 8km
Airport Sultan Mahmud 13km

Sila ke link berikut untuk semak sebarang kadar promosi di ruangan kalendar:


Tq

Monday, 21 January 2013

Nak Tak RM7,000 setahun? Gunakanlah Teknik Loan ASB Yang Tepat


Nak tak 7k setahun? nak tau tak caranya?
Ini bukan skim cepat kaya. Hanya salah satu teknik pelaburan loan ASB yang boleh anda praktikan...

Tahun 1:
suami apply loan ASB 100k
isteri apply loan ASB 100k

Tahun 2:
suami apply loan ASB 100k
isteri apply loan ASB 100k

Tahun 3:
suami apply loan ASB 100k, selepas terminate loan asb 100k tahun 1
isteri apply loan ASB 100k, selepas terminate loan asb 100k tahun 1

Tahun 4:
suami apply loan ASB 100k, selepas terminate loan asb 100k tahun 2
isteri apply loan ASB 100k, selepas terminate loan asb 100k tahun 2

Tahun 5:
suami apply loan ASB 100k, selepas terminate loan asb 100k tahun 3
isteri apply loan ASB 100k, selepas terminate loan asb 100k tahun 3

Tahun 6:
suami apply loan ASB 100k, selepas terminate loan asb 100k tahun 4
isteri apply loan ASB 100k, selepas terminate loan asb 100k tahun 4

n the cycle continues

mulai tahun ke-3 suami dan isteri buat lasb, anda dapat hasil terminate (prinsipal + rebate insuran) dalam 7k setahun . yang pasti ini bukan skim cepat kaya.

Saturday, 12 January 2013

Belanjawan 2013 Pasca Dividen ASB

Syukur alhamdulillah atas kurniaNya jua, semua pelabur ASB pasti gembira dengan dividen 7.75% + 1.15% bonus baru-baru ini. Ada pelbagai kelompok pelabur ASB, antaranya:

1. SI potongan gaji terus ke ASB
2. tambah saham secara bulanan, dari gaji juga
3. tambah saham pada bila-bila masa, bisnes/ pendapatan lain
4. Loan ASB islamik/ konvensional
5. Personal Loan untuk beli saham ASB
6. Ibu bapa yang masukkan, anak senyum je
7. Lain2

Walau apa pun kaedah diguna, niat asal pelabur pastinya untuk menjana keuntungan. Saya pastinya guna kaedah Loan ASB dan kalau ada xtra, simpan la dlm akaun anak cos akaun sendiri dan isteri dah penuh dengan Loan ASB. Pengikut forum Himpunan Teknik Loan ASB semua didedahkan dengan idea bahawa akaun ASB bukan tempat simpan cash, tetapi untuk dipenuhkan dengan Loan ASB bagi menjana hasil seoptimum mungkin, iaitu hampir 4 kali ganda simpanan ASB biasa.

Sekarang, berbalik kepada tajuk kita iaitu belanjawan 2013 pasca dividen ASB. Apa anda buat dengan dividen anda adalah hak anda. Namun, adakah anda buat perancangan teliti? Sewajarnya anda sudah buat Belanjawan 2013 untuk diri sendiri dan keluarga sejak tahun 2012 lagi. Supaya terancang cash flow yang sihat sepanjang 2013 dengan memasukkan secara terperinci segala perancangan perbelanjaan berserta tabung kecemasan yang mencukupi.
Bagi yang buat pinjaman seperti Loan ASB dan Personal Loan untuk simpanan ASB atau sijil ASB, anda adalah kelompok yang paling perlu untuk mengetahui komitmen anda untuk bayar loan bagi sepanjang 2013 ini. Loan 200k, anda dapat 15.5k dividen, tapi anda perlu bayar 14.4k. Jangan lupa diri. Jangan berbelanja sesuka hati. Jangan timbul perasaan nak menunjuk kekayaan yang bukan milik anda lagi. 

Jadilah pelabur berhemah, yang tahu beza komitmen, hasil dan reward. Pelabur berhemah juga perlu berbelanja dengan berhemah jua. Berbelanja ikut keperluan. Nak reward pon, berpada-pada la.

Ingat, when you start buying things that you don't need, you will feel very terribly down when in the future you can not afford to buy things that you need very much. Worse if you have to let go or sell even things that you need like...your land or house that was meant for your children future.

Ingat, salah satu punca you are not rich dalam post saya terdahulu ada menyentuh tentang punca anda jadi miskin hanya kerana anda merasakan anda layak beli itu dan ini sedangkan anda tidak perlu perkara itu.

Ya benar, anda mampu beli kereta lebih mewah, handphone lebih canggih dan terkini. Tapi adakah itu keperluan anda? Jangan biar orang sekeliling yang tentukan apa yang anda perlu. Anda buat keputusan untuk diri sendiri, bukan orang lain.




Pastikan belanjawan 2013 pasca dividen anda intact, positif cash flow k. adios

Monday, 31 December 2012

Sediakah Saya Untuk Hadapi 2020 Dari Segi Kewangan?

Happy New Year buat semua. 


Selamat menilai pencapaian sasaran 2012, dan merangka sasaran 2013 yang lebih mencabar. Tentu ramai tak sabar nak update buku ASB mulai esok. Dividen pelaburan anda, hasil keyakinan dan komitmen dan perancangan untuk masa depan.

hmm...di sini saya ingin mengimbas antara isi perbualan saya dengan rakan2 se'condo hill park' semasa masih belaja di Universiti Malaya tahun 1997 (semua bukan nama sebenar).



pak teh: selepas ni kita kena kawin ngan yg gaji besar je.
tok nik:  betol la. dgn gaji jadi engineer je, mana cukup nk hidup selesa.
aman:    nk bayar loan blaja lagi, duit kete, duit umah.
yazer:     anak2 lagi.
pak teh: jadi, maknanya, btol tak kita kena kahwin dgn org gaji besar jugak, baru blh hidup senang?

semua:   hmmm...

(skrip sebenar aku tak ingat, jadi aku taram je sebnornya)

hakikatnya, semua org ada perspektif masing2 untuk hadapi krisis keperluan kewangan yg lebih mencabar di masa depan. antaranya:

1. suami dan isteri sama-sama bekerja bergaji besar
2. suami dan isteri sama-sama bekerja, janji ada pendapatan juga
3. kerja part time/ extra
4. MLM
5. agen insurans
6. pelaburan low risk
7. pelaburan high risk
8. skim cepat kaya
9. skim entah apa2

dan macam2 lagi. semuanya berkisar kepada passive income atau active income. low commitment atau high commitment diperlukan utk generate hasil.

malangnya, ramai yg terjerumus dlm perangkap skim goyang kaki pon blh kaya. ada loan ASB tak nak ambik. dah tua baru nk sedar diri. erk...aku kutuk diri sendiri ke ni? dah umur nk cecah 40 tahun baru nk buat Loan ASB.

malu wei bila kena smash ngan bro reggae. skripnya nk smash org lain, tapi aku plak terasa. dia cakap, bukan org malaysia kot dah tua-tua takde akaun ASB. erk... ASB aku ada agak lama, loan ASB je yang baru. dia smash kat org lain, tapi sipi2 kena gak kat aku.

kalau kita tau yg nilai rm1 skang takkan sama dgn rm1 tahun 2020, takkan la nak nganga lagi. susuli la dengan tindakan. duk mengeluh je bawah pohon bamboo wat pe. nak kena bambu la tu

kembali kepada skrip perbualan rakan serumah aku, aku bahagia dengan isteri aku seorang surirumah sepenuh masa yang menjaga aku dan anak2 dengan penuh kasih sayang. tiada kerja part time. full time keje gomen dan fokus pada my family well-being n hargai setiap masa bersama diorg.

thanx to loan ASB cos dpt memberi nilai tambah kepada kehidupan kami sekeluarga. dan kami bersedia hadapi tahun 2020 dengan RM yang diperlukan untuk hidup bahagia.

Ingat ye, blog saya ini, hanya memaparkan sekelumit dari info yang berguna yang dibincangkan di Forum Himpunan Teknik Loan ASB (klik sini) yang dipelopori tuan Ikeda dan jadi rujukan ramai untuk dapat nasihat dari otai2 pelaburan loan asb seperti alphaOne, reggae, 2bz4money, abg ngah, ayip, couchcorp dan ramai lagi. Semua bagi nasihat percuma. 

ingat...jgn buang duit ngan masa dengan skim entah apa2.

Monday, 24 December 2012

Mencapai 1juta OPM Dalam ASB Dengan Teknik 2 + Teknik abg ngah

Masih ingatkah anda berkaitan Teori Angka 72?

Dengan Teori Angka 72 anda dapat jangka bila duit pelaburan anda berganda seperti berikut:

Instrumen Pelaburan
ROI
Teori Angka 72
Jumlah tahun berganda
KWSP
4%
72 / 4
18
Tabung Haji
5%
72 / 5
14.4
ASB
7%
72 / 7
10.2
Unit Trust
15%
72 /15
4.8
KPF
15%
72 /15
4.8
LTAT
15%
72 /15
4.8
Bank Rakyat
20%
72  / 20
3.6
Emas
20%
72  / 20
3.6
Loan ASB Teknik 2 terminate selepas 2 tahun
33%
72  / 33
2.2


Anda dapat gandakan duit dalam tempoh jauh lebih singkat dengan loan ASB Teknik 2 iaitu dalam tempoh 2.2 tahun sahaja.


Secara praktikalnya, dengan serve loan ASB 100k anda cuma perlu modal 7200 sahaja. Selepas 2 tahun, anda terminate anda akan ada 12000. Sesuatu yang tidak diperolehi dengan simpanan ASB kaedah simpanan sendiri mahu pun oleh pelaburan dalam Koperasi Peneroka Felda, Bank Rakyat atau pun emas.

Tahun ke-6 anda sudah punyai 1juta OPM dengan Loan ASB atau bernilai RM77k tunai hanya dengan konsisten gunakan modal RM600 dari gaji bulanan. Maknanya anda perlu 4 proxy untuk diguna nama bagi membuat loan ASB. Anda boleh bagi ganjaran RM1200 setahun bersama sebarang amaun bonus yang dikreditkan dalam akaun ASB diorang.

Adik, anak sedara, anak sendiri yang berumur 18 tahun ke atas layak loan ASB. Pada tahun keenam bonus untuk loan ASB 200k dah 1200 setahun. Dah cukup bagus bagi student 18 tahun ke 24 tahun. Bila diorang dah kerja, diorang mampu buat loan guna duit sendiri pulak. Dalam tempoh 6 tahun, anda dah bantu diorang dapat tak kurang 10k. Harap dapat membantu pembelajaran atau pon untuk jadi modal pelaburan masa hadapan.

Berbalik kepada anda sebagai prime investor. 1juta OPM dalam tempoh 6tahun. Itu kiranya anda solo investor. Katakan anda dan pasangan (suami/ isteri) bekerjasama untuk ekonomi keluarga cara mudah ni. Hanya 4 tahun sahaja anda perlukan untuk capai 1juta OPM.


Seterusnya, sasarkan bagaimana untuk jadikan 1juta OPM menjadi cash. Dalam hitungan saya, anda perlukan 14 tahun. Dengan hanya Loan ASB sebagai tool wealth creation. Hanya dengan pelaburan pasif yang rendah risiko dan tinggi pulangannya. Pastinya, anda tidak melabur dengan satu kaedah sahaja bilamana anda seorang yang benar-benar celik pelaburan.

Yang penting, jadilah pelabur yang berhemah.