Monday 21 January 2013

Nak Tak RM7,000 setahun? Gunakanlah Teknik Loan ASB Yang Tepat


Nak tak 7k setahun? nak tau tak caranya?
Ini bukan skim cepat kaya. Hanya salah satu teknik pelaburan loan ASB yang boleh anda praktikan...

Tahun 1:
suami apply loan ASB 100k
isteri apply loan ASB 100k

Tahun 2:
suami apply loan ASB 100k
isteri apply loan ASB 100k

Tahun 3:
suami apply loan ASB 100k, selepas terminate loan asb 100k tahun 1
isteri apply loan ASB 100k, selepas terminate loan asb 100k tahun 1

Tahun 4:
suami apply loan ASB 100k, selepas terminate loan asb 100k tahun 2
isteri apply loan ASB 100k, selepas terminate loan asb 100k tahun 2

Tahun 5:
suami apply loan ASB 100k, selepas terminate loan asb 100k tahun 3
isteri apply loan ASB 100k, selepas terminate loan asb 100k tahun 3

Tahun 6:
suami apply loan ASB 100k, selepas terminate loan asb 100k tahun 4
isteri apply loan ASB 100k, selepas terminate loan asb 100k tahun 4

n the cycle continues

mulai tahun ke-3 suami dan isteri buat lasb, anda dapat hasil terminate (prinsipal + rebate insuran) dalam 7k setahun . yang pasti ini bukan skim cepat kaya.

Saturday 12 January 2013

Belanjawan 2013 Pasca Dividen ASB

Syukur alhamdulillah atas kurniaNya jua, semua pelabur ASB pasti gembira dengan dividen 7.75% + 1.15% bonus baru-baru ini. Ada pelbagai kelompok pelabur ASB, antaranya:

1. SI potongan gaji terus ke ASB
2. tambah saham secara bulanan, dari gaji juga
3. tambah saham pada bila-bila masa, bisnes/ pendapatan lain
4. Loan ASB islamik/ konvensional
5. Personal Loan untuk beli saham ASB
6. Ibu bapa yang masukkan, anak senyum je
7. Lain2

Walau apa pun kaedah diguna, niat asal pelabur pastinya untuk menjana keuntungan. Saya pastinya guna kaedah Loan ASB dan kalau ada xtra, simpan la dlm akaun anak cos akaun sendiri dan isteri dah penuh dengan Loan ASB. Pengikut forum Himpunan Teknik Loan ASB semua didedahkan dengan idea bahawa akaun ASB bukan tempat simpan cash, tetapi untuk dipenuhkan dengan Loan ASB bagi menjana hasil seoptimum mungkin, iaitu hampir 4 kali ganda simpanan ASB biasa.

Sekarang, berbalik kepada tajuk kita iaitu belanjawan 2013 pasca dividen ASB. Apa anda buat dengan dividen anda adalah hak anda. Namun, adakah anda buat perancangan teliti? Sewajarnya anda sudah buat Belanjawan 2013 untuk diri sendiri dan keluarga sejak tahun 2012 lagi. Supaya terancang cash flow yang sihat sepanjang 2013 dengan memasukkan secara terperinci segala perancangan perbelanjaan berserta tabung kecemasan yang mencukupi.
Bagi yang buat pinjaman seperti Loan ASB dan Personal Loan untuk simpanan ASB atau sijil ASB, anda adalah kelompok yang paling perlu untuk mengetahui komitmen anda untuk bayar loan bagi sepanjang 2013 ini. Loan 200k, anda dapat 15.5k dividen, tapi anda perlu bayar 14.4k. Jangan lupa diri. Jangan berbelanja sesuka hati. Jangan timbul perasaan nak menunjuk kekayaan yang bukan milik anda lagi. 

Jadilah pelabur berhemah, yang tahu beza komitmen, hasil dan reward. Pelabur berhemah juga perlu berbelanja dengan berhemah jua. Berbelanja ikut keperluan. Nak reward pon, berpada-pada la.

Ingat, when you start buying things that you don't need, you will feel very terribly down when in the future you can not afford to buy things that you need very much. Worse if you have to let go or sell even things that you need like...your land or house that was meant for your children future.

Ingat, salah satu punca you are not rich dalam post saya terdahulu ada menyentuh tentang punca anda jadi miskin hanya kerana anda merasakan anda layak beli itu dan ini sedangkan anda tidak perlu perkara itu.

Ya benar, anda mampu beli kereta lebih mewah, handphone lebih canggih dan terkini. Tapi adakah itu keperluan anda? Jangan biar orang sekeliling yang tentukan apa yang anda perlu. Anda buat keputusan untuk diri sendiri, bukan orang lain.




Pastikan belanjawan 2013 pasca dividen anda intact, positif cash flow k. adios