Tuesday, 23 July 2013

Soal Jawab Loan ASB: Kes Modal Sedia Ada Tanpa Libatkan Komitmen Bulanan Dari Gaji

Saya pohon share sesi personal coaching loan ASB melalui emel sebentar tadi antara saya dan pembaca blog ini:

Soalan

Dlm pegangan ada 7-8k shj.., peruntukan gaji sy guna untuk komitmen lain.., so utk pengetahuan tuan sy xpernah wat loan asb... mohon petunjuk dr tuan untuk wat loan asb..
Manipulasi potensi kewangan


Jawapan saya (hanya pandangan peribadi)

dengan andaian tuan punyai disiplin kewangan yang tinggi, iaitu tuan tidak akan belanjakan duit dividen sesuka hati bila mulai terima dividen 4 angka hasil dari sijil loan ASB, maka tuan boleh cuba dengan kaedah berikut:

1. Apply loan ASB islamik 100k dari maybank (maybank je ada islamik iaitu tiada riba).

2. Tempoh loan maksimum iaitu 25tahun. Kalau umur tuan lebih dari 35 tahun, maka buat sahaja semaksimum mungkin.

3. Dapat dividen tahun pertama 4 angka pada 2 januari 2014 nanti, jangan joli katak. dividen tu adalah untuk bayar loan ASB berjumlah 7200 bagi tahun 2014.

4. Bayar je loan ASB 2014 dengan keluarkan 600 setiap bulan dr dividen dlm buku ASB ke akaun maybank. dengan kaedah ini, segala baki dlm akaun ASB masih generate dividen.

5. 2015 dapat dividen lagi, layan sampai tempoh yang tuan tetapkan sebagai tempoh untuk tuaian hasil. contoh: 24 bulan.

6. cukup 24 bulan terminate loan ASB. proses terminate hendaklah mula seawal sebulan dua dari tarikh terminate. maklumkan secara jelas kepada bank/ ejen bank tarikh terminate adalah bila cukup 24 bulan.

7. Reapply loan ASB effective selepas dari tarikh terminate loan terdahulu. perlu proses bersekali dengan terminate loan dengan ejen bank yang sama.

Maka selepas 24 bulan, duit tuan yg asalnya 7200 tu pada 2013 akan berganda menjadi dalam anggaran 7,200 + 3,500 = 10,700

Untuk 24 bulan ni tuan dapat pulangan sebanyak 3500 dari modal 7200. maka keuntungan pelaburan tuan adalah 3500/7200 = 48.6% untuk 2 tahun, iaitu purata 24.3% setahun.

Ini langsung tidak mengambil kira perkara berikut:

1. Lebihan dari cash flow positif. 7750-7200= 550 setahun. 2 tahun x 550 =1100
2. Bonus 115 tahun pertama, 230 tahun kedua. jumlah 115+230=345
3. Dividen dari baki yang ditinggalkan dalam buku ASB sebelum ia dikeluarkan untuk dipindah ke akaun maybank bagi potongan loan ASB. 7.75% x 7200 / 2= 279 setahun. 279 x 2 = 558

1100+345+558= 2003

3500+2003=5503
5503/7200=76.4% untuk dua tahun
Purata 38.2% setahun pulangan dari pelaburan dengan wealth creation tool loan ASB

Ini cuma anggaran kira-kira saya.

Maka tuan boleh buat keputusan sama ada nak buat pelaburan dengan pulangan 7.75% dividen dan bonus 1.15% mengikut baki purata 10 tahun dengan akaun ASB atau guna tool loan ASB untuk generate hasil lebih baik hingga boleh capai purata 24.3% - 38.2% setahun.

Jika tidak tepat sekali pun atau BLR meningkat dan jejaskan hasil terminate, katakan ia jejaskan 30% dari anggaran tu, maka 70% tepat pun anda dah dapat 17% pulangan. Masih sangat bagus.

6 comments:

  1. ASB nak tahu lebih lanjut atau knowledge terkini,,ingin melabur dalam asb boleh hubungi atau whatapp di 017-2669485 advisor khas untuk ASB berdaftar dgn BANK NEGARA,PNB dan CIMB

    ReplyDelete
  2. Salam,saya x faham step no 4 maksud byr tiap2 bulan ke akaun Maybank x sama ke kalau keluarkan semua da byr trus.untuk satu tahun

    ReplyDelete
  3. salam. saya nak tanya. ini menggunakan teknik bayar balik pinjaman menggunakan dividen asal tahun pertama bukan...
    soalan saya, antara teknik ini dengan teknik bayar bulan2 (sendiri guna duit gaji) sampai 2 tahun atau 3 tahun. yang mana lebih dapat untung yg lebih tinggi

    terima kasih

    ReplyDelete
  4. assuming kita nak terminate contract 2/3 tahun dan buat baru contract mcm yang dicadangkan

    ReplyDelete
  5. Rugilah tuan kalau ambik terus duit dividen yg berjumlah setahun then bayar kepada bank secara lumsum..akan mempengaruhi dividen tahun berikutnya..

    ReplyDelete
  6. Pinjaman asb 50k tempoh bayaran 30tahun bulanan rm320 . Jika saya terminate loan tahun ke 4 berapa duit yang saya dapat balik

    ReplyDelete