Wednesday 31 December 2014

Soalan Student IPT Tentang Loan ASB

Sy br menjawab emel pertanyaan pelajar IPT berkenaan loan ASB. Sy kongsi di sini untuk rakan2 taulan dan kenalan. Moga post sblm subuh 1 Januari 2015 ini dpt memberi manfaat jua.

_____________


On 1 Jan 2015 03:01, "Amrul Haq" <amrul*****@gmail.com> wrote:

terlebih dahulu.. saya hakim masih merupakan pelajar IPT..
saya sebenarnya sudah terfikir panjang pasal ASB ni.. tetapi masalahnya tak mula2 lagi...

antara sebab :

1) tidak tahu pilih mana 1 bank yang interest dia ok ? cimb, maybank, affin..?
ada orang kata untuk student / newbie - better amik affin...

2) saya tidak tahu macam mana rupa flow ASB ni..
katakanlah sebulan rm600..
rm600 x 12 bulan : rm7,200 setahun betul ?

adakah saya hanya perlu simpan di ASB sehingga rm7,200 shj skli setahun ? ataupun setiap tahun rm7,200 x 25 tahun : capai la target rm100k ? - macam tu ke?

3) masih dalam dilema : segala simpanan ASB ni dia kena sampai 25 tahun baru dapat untung ke ? - memang tak boleh ke kalau saya buat simpanan ASB selama setahun shj terus capai rm200k ?

4) betul ke : katakanlah saya start simpan ASB umur 21...
21 + 25tahun : umur 46 bru dpt untung...?

5) saya masih lagi tak faham.. apa itu OPM, terminate, sijil pelaburan, beza loan dengan simpan ASB, demand, dan pelbagai lagi...

6) apa pandangan tuan untuk saya sebagai student ? adakah saya perlu buat loan / simpan ASB.. ? :)

______________________

Assalamualaikum saudara hakim.

1) sy syorkan ambil dgn bank yg tawarkan loan ASB Islamik. CIMB 30thn max. Maybank 25 thn max. Cuma ingat utk pastikan pakej interest rate yg terendah ketika apply. Mulai 2015, akan guna Base Rate.

2) utk byr loan ASB 100k, ya betul perlu modal +- 7200 setahun.

Bank in dlm akaun bank, bukan ASB. Sbb loan ASB bank yg bg pinjam duit, jd byr loan mesti la kpd bank juga. Tiap 1-7 hb akan potong automatik krn saudara sign Standing Instruction (SI) utk potongan byrn loan ASB.

Tahun pertama mmg saudara kena byr dgn modal 7,200 tu dr duit saudara. Tahun seterusnya, sy syorkan byr dgn dividen ASB. Cthnya 7.5% dr sijil ASB 100k tu, saudara dpt 7,500. Byr thn kedua cuma perlu 7,200. Di sini ramai hilang kawalan dan terbabas sbb joli katak sampai habis duit dividen.

3) sejak tahun pertama dh blh untung kalau ambil loan ASB tenure 30 thn dgn interest rate plg rendah. Saudara perlu kira sendiri utk fhm. Sila buat cash flow. Brp duit byran i.e yuran proses loan rm70, byrn bulanan loan & insuran rm600. Brp pula hasil i.e dividen, bonus (ada 6 hasil ekceli, sila baca blog sy kentzigebruang.blogspot.com)

Sememangnya sy dh kira iaitu dgn hanya 7,200 tu hasil sehingga 1.15 juta blh dpt selepas 25tahun. Pastikan guna teknik yg betul supaya blh generate 30% purata ROI. Teknik2 & terminate every 2 years.

4) tak betul. Start umur 21thn, umur 22thn dh mula untung. Sy sendiri byrkan loan loan ASB adik2 & anak saudara yg xde modal. Sorg Undergrad, sorg sdg buat PhD, sorg yg baru kerja pegawai farmasi. Oh ye, isteri sy surirumah yg bisnes dr rumah pon sy yg byr loan ASB isteri. Sbb untung berbaloi2. Siap sy bg bonus RM1k sorg tiap tahun.

5) sila cari dlm blog sy. Ada topik ttg terminologi dlm loan ASB yg sy tulis pd bln jun/julai 2012.

6) pandangan saya, saudara sgt bertuah krn dpt mula muda. Kalau saudara hakim adik sy, jika tiada modal sy sendiri yg akan byr loan ASB utk adik sy. Sbb keuntungannya berbaloi2. Utk loan ASB 200k, sy dh provide:

a. insuran 200k.
b. bonus 200 (thn pertama) hingga 2000 setahun mulai tahun ke10. Kalau dh benti loan ASB pon akan dpt lg bonus tu utk 10thn.
c. Dividen hasil & terminate sgt byk.

Nota:
Sy sendiri lambat sedar. Umur 35 br sy fhm kehebatan loan ASB. Sdangkan housemate sy masa kerja di Penang berbuih citer ttg loan ASB, sy buat pekak je sbb mmg sy x suka berhutang dgn bank. Umur 35thn, br pertama kali sy ada pinjaman atas nama saya.

Sy xde pinjaman pelajaran, xde pinjaman beli kereta dgn bank.

2011 br sy tau potensi OPM. Saudara bertuah sbb dpt ilmu ni di usia muda...21 tahun. Sdangkan sy bergelumang dgn skim ponzi, MLM, saham komoditi dan mcm2 lg. Zaman jd student universiti mmg byk oportunis yg nk ambil kesempatan sbb mahasiswa byk duit. Tabur je janji manis, sampai masa lesap, baru kita terkulat.

Tgk je pd pelbagai cth pelaburan yg tlh kecewakan byk pelabur. Sila korek kisah benar yg berlambak dikongsi oleh senior yg dh terkena. Baca juga kisah mereka yg berjaya keluar dgn untung yg besar krn bijak timing yg sesuai.

Pjg pula ulasan sy. Mungkin sbb saudara dh mcm adik sy. Moga jadi insan berguna dan amalkan pelaburan berhemah.

Wassalam

Sunday 28 December 2014

Soalan Asas Timbul Lagi: Simpan Sendiri ASB atau Loan ASB Lebih Untung

Soalan asas timbul kembali. Mana lebih untung, simpan sendiri dalam ASB atau melabur dengan Loan ASB?
baiklah, mari kita sama-sama study case dengan modal yang sama banyak apa yang kita akan dapat selepas 25 tahun.

RM594 sebulan selama 12 bulan. Modal sama tapi hasil berbeza.

Jumlah modal RM7128

Opsyen 1:
Simpan sendiri dlm ASB. Biar selama 25 tahun.
Slps 25 tahun nilainya adalah 43,544.94

Opsyen 2:
Melabur dgn loan ASB tahap paling malas teknik 2. Iaitu bayar tahun pertama dgn cash sendiri. Dan tahun seterusnya bayar dgn dividen.

Loan ASB Islamik 100k 25 tahun.
Selepas 25 tahun, nilainya 143,392.83

Opsyen 3:
Rajin skit dr opsyen 2. Terminate tiap 5 tahun.
Reapply dgn amaun lbh byk. Dan ulang lagi sampai 25tahun.

Selepas 25 tahun dpt 227,645.25

Opsyen 4:
Lagi rajin, terminate setiap 2 tahun. Sy x kira sampai abis pon sbb tau jauh lebih untung. Sy x buang masa kira2 dah. Terus buat.

Kesimpulan


Opsyen 1
Teknik
Modal
Hasil Selepas 25 Tahun
Opsyen 1
Simpan Dalam ASB
594 x 12 bulan = RM7,128
RM43,544.94
Opsyen 2
Teknik 2 sampai tamat loan
594 x 12 bulan = RM7,128
RM143,392.83
Opsyen 3
Teknik 2 terminate tiap 5 tahun
594 x 12 bulan = RM7,128
RM227,645.25
Opsyen 4
Teknik 2 terminate tiap 2 tahun
594 x 12 bulan = RM7,128
RM1,156,039.87

Saturday 27 December 2014

Program Bantuan Banjir



Bagi rakan-rakan, sahabat handai yang ingin turut menyumbang kepada mangsa banjir di Terengganu, 30 Disember 2014 ni kami (geng-geng opis saya) bercadang nak sampaikan sumbangan terus kepada pusat pemindahan banjir SK Paloh, Kuala Terengganu yang di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Setakat rekod pagi tadi, 181 orang dari 50 famili.
55 lelaki dewasa
54 wanita dewasa
25 kanak2 lelaki
37 kanak2 perempuan
10 bayi
Antara barangan yang dikumpul:
Beras
Bihun
Tepung
Susu
Gula
Minyak Masak
Biskut

CIMB 16010008603201
Ahmad Khairani Hashim
khairani.hashim@gmail.com

Tuesday 23 December 2014

Beza terminate Loan ASB 1 tahun dgn 2 tahun.

Beza terminate Loan ASB 1 tahun dgn 2 tahun

Loan ASB 150k
23 tahun
Insuran 7.5k
5.2% interest

Option 1: Terminate 24 bulan
Option 2: Terminate setiap 12 bulan (2kali terminate dlm 24 bulan)


Kita kira beza 2 option ni dr modal vs hasil:

Modal: yuran + ansuran bulanan 24 bulan
Hasil: Jumlah 6 hasil Loan ASB

a. Dividen Sijil 
b. Bonus Sijil
c. Hasil Terminate Loan ASB
d. Hasil Terminate Insuran
e. Dividen modal pusingan
f. Bonus modal pusingan

Kita fokus pd c & d shj dulu ye.

Hasil Option 1:


c. rujuk jadual: defisit RM6.38
d. 70%×7,500=RM5,250

Jumlah c+d=RM5,243.62
(purata utk 12 bulan=RM2,621.81)

Hasil Option 2:

c. rujuk jadual: defisit RM3,850.37
d. 75%x7,500=RM5,625

Jumlah c+d= 1,774.63
(utk 2x terminate =RM3,549.26)

Modal:

RM979.45x12=RM11,753.40 setahun
Yuran RM70 per loan

Option 1: RM11,788.40 setahun
Option 2:RM11,823.40 setahun

ROI tahunan dgn kira hasil c&d shj:

Option 1: 2,621.81/11,788.40=22.2%
Option 2: 1,774.63/11,823.40=15.0%

Kalau aku sabar tunggu 24bulan br terminate then i will get 22%.
Since ada plan B i decided to accept 15%. (Ini kes loan ASB veteran. Kalau org muda lg tinggi ROI nya. Dan ni bkm kira hasil a,b,e & f)
Kita yg tau apa matlamat kita. Jd apa pilihan anda? Terminate 12bln @ 24bln?

Dividen & Bonus ASB

Dividen ASB 7.50%
Bonus ASB 1.0%


Dividen menyusut lagi. No further comment