Aidil Fitri sudah semakin hampir, banyak pekerja berharap bos umumkan bonus raya untuk tanggung kos persediaan aidil fitri. Dapat banyak mesti happy. Dapat sedikit muncung bibir, sugul memikirkan bagaimana nak sediakan semuanya untuk keluarga. Perjalanan balik kampung pun bukan sedikit kosnya.
Itu dilema tiap tahun sama ada pekerja swasta atau awam. Yang gaji besar mungkin tak ada masalah ni. Yang cekap perancangan kewangan pasti bijak mengatur perbelanjaan.
Sejak saya menggunakan tool loan ASB dalam menjana duit dari potensi kewangan saya, sudah saya pastikan RM3k khas untuk bajet raya telah tersimpan di tabung berasingan. Tidak akan disentuh tabung tersebut untuk tujuan pelaburan ASB. Isteri saya dimaklumkan dan dia hepi dengan keputusan tu. Mudah. Tak kira la bonus sikit ke banyak, tetap ada bajet secara tetap.
Kiranya pada tahun permulaan, pergantungan kepada bonus masih lagi tinggi, namun setelah mula praktis terminate, hasil terminate loan ASB membebaskan saya dari pergantungan kepada bonus dari majikan. Kebetulan bonus RM500 sahaja.
Mulai 2014, jangkaan hasil terminate loan ASB saya adalah RM10k++ setahun iaitu terminate 300k loan ASB tiap tahun dari 700k+ loan ASB. Spare tabung 3k untuk bajet raya sudah tidak terganggu. RM1k bagi tiap proksi juga tersedia. Malah road tax dan insuran kereta 3000cc pun dah ditanggung sepenuhnya oleh hasil terminate.
Terima kasih kepada pakej Loan ASB yang memberi peluang mudah sebegini kepada saya dan semua bumiputera. Saya juga ingin tergolong dalam kelompok bijak merancang kewangan dan tidak bergantung kepada bonus dari majikan semata-mata bila nak raya.
Terima kasih kepada pakej Loan ASB yang memberi peluang mudah sebegini kepada saya dan semua bumiputera. Saya juga ingin tergolong dalam kelompok bijak merancang kewangan dan tidak bergantung kepada bonus dari majikan semata-mata bila nak raya.
Anda pula bagaimana? Saya bukan orang yang banyak duit dan kaya raya atau gaji bulanan 5 angka. Saya menyeru kepada rakan yang dalam kelompok seperti saya juga untuk sama-sama menggunakan tool loan ASB dalam menambah jumlah pendapatan tahunan dari 3k ke 40k setahun dengan teknik yang betul.
Moga tidak pening kepala berkenaan yuran pengajian anak masuk universiti kemudian hari. Moga mampu menghadapi nilai tanah dan rumah yang meningkat.
Moga tidak pening kepala berkenaan yuran pengajian anak masuk universiti kemudian hari. Moga mampu menghadapi nilai tanah dan rumah yang meningkat.
salam,
ReplyDeletesy suka apa yg saudara tuliskan.
sy jumpa blog ni pn hasil dr search di google..berkenaa ASB.
sy mmg berminat nk menceburkan diri dgn ASB ni.
sbgai makluman saudara, sy ada simpanan cash sebanyak rm13k shja, hasil dr jual kereta dulu.
ape yg sy patut buat utk menjana nilai Rm13k kepada lebih lg?
maaf klau banyak bertanya kpd tuan.
terima kasih. - Adam
Salam,
DeleteSimpanan dan pelaburan adalah dua perkara berbeza. Berbeza tujuannya, berbeza toolnya.
Kiranya simpanan tu adalah tabung kecemasan tuan, jgn diganggu. Anda mungkin amat perlukan ia tika cemas nanti. Kiranya ia adalah tabung pelaburan, maka sewajarnya berusaha untuk mendapatkan hasil terbaik.
Jangan pula terdorong dengan perasaan tamak. Namun kadangkala, desakan untuk push all the limit membuahkan hasil juga dengan meletakkan diri dalam risiko jua adanya.
Sekarang tentukan terlebih dahulu berapa amaun yang ingin dikhususkan untuk pelaburan. Bermula dari situ buat cash flow projection dengan anggaran modal 3,600 dapat serve loan ASB 50k. 7,200 dapat serve loan ASB 100k.
tq
Blh tlg detailkan x mcmna kaedah terminate loan asb yg blh menguntungkan....adkh stiap 2thn sy perlu terminate&wat loan asb smula?
ReplyDeleteSila fahami 6 komponen sumber hasil loan asb spt dlm post 25 Ogos 2013:
Deletehttp://kentzigebruang.blogspot.com/2013/08/6-sumber-hasil-loan-asb-dan.html
sy pilih untuk terminate setiap 2 tahun, dan reapply loan asb dgn limit yg lebih tinggi. itu pilihan sy. anda sewajarnya atur pelan ikut kehendak dan matlamat anda jua
boleh shara x kaedah nk dpt 10k setiap thn hasil dr terminate loan ASB??
ReplyDeleteTelah saya sharekan kaedahnya seperti di post 21 Jan 2013,"Nak Tak RM7,000 setahun? Gunakanlah Teknik Loan ASB Yang Tepat"
Deletehttp://kentzigebruang.blogspot.com/2013/01/nak-tak-rm7000-setahun-gunakanlah.html
Sebenarnya, ramai pebaca terlepas pandang beberapa post yang berguna. Mungkin kerana ia tidak tersenarai dalam top 10 popular posts. Cuba lihat dalam blog archive sebelah kanan blog ni.Ada senarai post mengikut tarikh post saya.
Moga dapat membantu jua