LunaEd bertanya kepada saya: “ bank apa untuk
buat loan asb paling ok?”
Kalau saya ejen bank Maybank sure saya
syorkan maybank. Buat dengan saya, dapat komisen. Hehe. Tapi, saya bukan ejen
bank, bukan juga wakil PNB. Cuma pelabur biasa yang ingin berkongsi info dan
bertukar pendapat dengan tuan puan.
Bagi menjawab soalan LunaED, saya personally
syorkan loan ASB Islamik Maybank untuk muslim.
Selain itu, pastinya kita lihat pada pakej yg
ditawarkan. Tiap bank bersaing untuk rebut pelanggan, dan pakej berubah2. Untuk
kepastian, LunaEd blh tanya sendiri bank officer untuk pakej terbaru.
Please remember, terdapat ramai bank officer
yang tidak cekap tentang selok belok pakej loan ASB, since ada antara mereka
cuma tahu jadual pembayaran loan sahaja. Sekiranya ini berlaku kepada anda, jgn
risau, saya akan cuba bantu dan jika saya tak dapat bantu, ramai lagi otai2 n
yang berpengalaman yg blh bantu anda. Khidmat nasihat percuma dari kami untuk
rakan pelaburan Loan ASB. Sharing is Caring
Kriteria utama perlu dilihat:
1. Pakej Islamik atau konvensional - Untuk muslim, wajib halal, Semoga berkat
hasil pelaburan kita.
2. Kadar interest - RHB BLR-1.67 (konvensional sahaja - kiranya perkenal ahli keluarga), Maybank
BLR-1.65 (islamik n konvensional), CIMB BLR-1.65 (konvensional) bergantung kpd
amaun loan.
3. Kadar ASBRTA - islamik ~25% lebih rendah dari
konvensional
4. Kelonggaran syarat wajib ASBRTA - RHB boleh buat tanpa ASBRTA (ada syarat),
Maybank wajib
5. Tempoh proses loan - 2 minggu ke 2 bulan. dokumen lengkap,
follow up n presign blh bantu percepat proses.
6. Tempoh proses terminate loan - 3 minggu ke 1 bulan. sila tanya bank
officer untuk kepastian.
7. Goodies untuk Loan Application - Payung, T-shirt, planner, notebook.
kalendar. ask for it.
8. Tempoh Tenure Loan - sekarang CIMB offer 30 tahun, bank lain masih dengan 25 tahun. Banyak bezanya tu
Selamat melabur dengan berhemah
Melabur dengan ilmu di dada, optimize potensi kewangan anda
kalau pilih CIMB dengan 30 tahun tenure bukankah lagi rendah komitmen dan lebih byk keuntungan bila tolak komitmen dengan hasil dividen?
ReplyDeletedari aspek positive cash flow, awak betul.
Deletetapi dari aspek bebas riba, saya pilih loan asb islamik maybank. sokong la perbankan islamik. kalau bukan kita siapa lagi
assalamualaikum..
ReplyDeletemaaf en khairani.. saya sekarang terikat dengan LASB CIMB 200k start februari 2013..
boleh tuan ajar cara nak terminate loan? dan selepas tu apply semula LASB Maybank sebanyak 200k+dividen 2013.. saya baru sedar LASB CIMB ni konvensional.. terima kasih