Tuesday 26 June 2012

Bank Mana Saya Mesti Pilih


LunaEd bertanya kepada saya: “ bank apa untuk buat loan asb paling ok?”


Kalau saya ejen bank Maybank sure saya syorkan maybank. Buat dengan saya, dapat komisen. Hehe. Tapi, saya bukan ejen bank, bukan juga wakil PNB. Cuma pelabur biasa yang ingin berkongsi info dan bertukar pendapat dengan tuan puan.

Bagi menjawab soalan LunaED, saya personally syorkan loan ASB Islamik Maybank untuk muslim.
Selain itu, pastinya kita lihat pada pakej yg ditawarkan. Tiap bank bersaing untuk rebut pelanggan, dan pakej berubah2. Untuk kepastian, LunaEd blh tanya sendiri bank officer untuk pakej terbaru.

Please remember, terdapat ramai bank officer yang tidak cekap tentang selok belok pakej loan ASB, since ada antara mereka cuma tahu jadual pembayaran loan sahaja. Sekiranya ini berlaku kepada anda, jgn risau, saya akan cuba bantu dan jika saya tak dapat bantu, ramai lagi otai2 n yang berpengalaman yg blh bantu anda. Khidmat nasihat percuma dari kami untuk rakan pelaburan Loan ASB. Sharing is Caring

Kriteria utama perlu dilihat:

1. Pakej Islamik atau konvensional - Untuk muslim, wajib halal, Semoga berkat hasil pelaburan kita.
2. Kadar interest - RHB BLR-1.67 (konvensional sahaja - kiranya perkenal ahli keluarga), Maybank BLR-1.65 (islamik n konvensional), CIMB BLR-1.65 (konvensional) bergantung kpd amaun loan.
3. Kadar ASBRTA - islamik ~25% lebih rendah dari konvensional
4. Kelonggaran syarat wajib ASBRTA - RHB boleh buat tanpa ASBRTA (ada syarat), Maybank wajib
5. Tempoh proses loan - 2 minggu ke 2 bulan. dokumen lengkap, follow up n presign blh bantu percepat proses.
6. Tempoh proses terminate loan - 3 minggu ke 1 bulan. sila tanya bank officer untuk kepastian.
7. Goodies untuk Loan Application - Payung, T-shirt, planner, notebook. kalendar. ask for it.
8. Tempoh Tenure Loan - sekarang CIMB offer 30 tahun, bank lain masih dengan 25 tahun. Banyak bezanya tu

Selamat melabur dengan berhemah

Melabur dengan ilmu di dada, optimize potensi kewangan anda 

3 comments:

  1. kalau pilih CIMB dengan 30 tahun tenure bukankah lagi rendah komitmen dan lebih byk keuntungan bila tolak komitmen dengan hasil dividen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari aspek positive cash flow, awak betul.

      tapi dari aspek bebas riba, saya pilih loan asb islamik maybank. sokong la perbankan islamik. kalau bukan kita siapa lagi

      Delete
  2. assalamualaikum..
    maaf en khairani.. saya sekarang terikat dengan LASB CIMB 200k start februari 2013..
    boleh tuan ajar cara nak terminate loan? dan selepas tu apply semula LASB Maybank sebanyak 200k+dividen 2013.. saya baru sedar LASB CIMB ni konvensional.. terima kasih

    ReplyDelete