Sunday, 17 June 2012

Loan ASB Halal dan Haram Satu Kekeliruan atau Satu Kepastian


Salam,

Sudah 1500 hit as of 18th june 2012 since launched 9th june 2012. Thanx to all readers.

Ingin ku berkongsi perbincangan sihat berkaitan topik kali ini. Sebelum kita melangkah jauh dalam pelaburan Loan ASB, kita perlu pastikan halal haramnya dulu. Dalam isu ini, sememangnya ada perbezaan pendapat. Dan sesungguhnya perbezaan pendapat bukanlah sesuatu yang baru dalam islam.

Cherish the differences. Chill. Teringat pesan penceramah sebelum solat jumaat di kampung Durian Burungku tercinta: jangan kerana isu-isu fiqh kita gaduh, berseteru. Khilaf ulama perkara biasa.
isu fiqh
Baiklah, kita soroti perbincangan antara aku dengan rakanku:

(nota: Kami bukan ulama, maka perbincangan kami jangan dijadikan penentu halal haramnya. sila rujuk ulama, majlis fatwa kiranya musykil)

Kata rakanku:

...tp aku tak sependapat dgn kau ttg pelaburan ni, nak hujah panjang dgn dalil2 tak sesuai kat fb ni, pandangan aku based on apa yg aku belajar. beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

1) tentang berhutang (loan - addayn) yang dibuat bukan atas dasar dharuriyyah;

2) loan itu sendiri sama ada based on islamic @ tak, kalau bukan islamic haram;

3) ada jaminan/insurans tak utk hutang (loan) tu, kalau ada, dia guna conventional (haram) atau islamic;

4) pelaburan dalam asb (yang ni yg ko cuba promote kan) yang mengandungi elemen haram di dalamnya;

 5) semasa melabur, ada tak promoter sebut yang kita 'pasti' untung? mcm mana kalau ekonomi tak bagus dan pulangan lebih rendah? di sini ada elemen gharar (haram)


cuma aku kadang2 musykil, kenapa kita tak melabur dalam pelaburan yang confirm halal, macam tabung haji (bonus dividen yang dapat telah dizakatkan, maknanya, pulangan kita bersih walaupun lebih rendah dari ASB - harus diingat, ASB belum di'bersihkan'kan lagi, so, penerima kena byr zakat) dan sebagainya.

Yang halal itu nyata dan yang haram itu juga nyata, di antara keduanya adalah syubhah yang perlu kita elakkan. Wallahua'lam.

hujah balasku pula:

1) dharuriyyah - dlm mencapai keperluan manusia dalam kesempurnaannya yang merangkumi keperluan pendidikan sempurna, tempat tinggal, keselamatan, makanan, kesihatan, pakaian (slaid 8)

2) jelas dan pasti ada 2 pakej loan ASB - islamik dan konvensional.

3) insuran islamik dlm pakej loan ASB islamik

‎4) pelaburan ASB telah dipantau majlis fatwa - ulama2 telah bersidang. aku pegang fatwa harus. sila rujuk portal majlis fatwa serta kenyataan akhbar pada 2011.

5) tiada kepastian dalam pelaburan Loan ASB. Jelas dan nyata ia calculated risk yg bergantung kepada elemen2 utama dalam ekonomi - BLR, OPR, dividen PNB, CPI, inflasi. petunjuk2 ekonomi ini perlu diambil perhatian untuk memastikan bila perlu terminate loan. n even dalam promotionnya pon ditekankan oleh promoter yang arif berkenaan apabila perbezaan BLR OPR berapa perlu ready to terminate, bila keadaan BLR n dividen PNB berapa pula perlu dinilai semula opsyen pelaburan

Perbincangan kami tidak tamat di situ. tapi cukup untuk dikongsi bersama di sini, untuk rujukan kita bersama. diyakini, sebagai muslim, kita memang mencari yang halal. apabila berdepan dengan perkara tidak nyata halal atau haram, kita berbeza pendapat, perkara normal dalam islam.

Sekadar berkongsi.

Sila rujuk pelbagai sumber lain yang membincangkan perkara sama.

Contoh:

Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) - Hukum ASN ASB
Ustaz Azhar Idrus - Pelaburan dalam ASB
Ustaz Azhar Idrus - Guna Duit Dividen ASB untuk korban/ haji
Forum Tranung Kite
pakdi.net - Panduan Penting Seorang Pelabur Muslim 

Ulama sudah melaksanakan tugas mereka. Sabda Rasulullah SAW:


"Apabila seorang hakim itu menghukum lalu dia berijtihad kemudian menepati kebenaran, baginya dua pahala. Dan apabila dia menghukum lalu berijtihad kemudian menyalahi kebenaran, baginya satu pahala." 
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Tugas anda pula untuk meneliti ijtihad ulama dan fuqaha.

Selamat melabur dengan berhemah. Moga rezeki yang halal jua dan membawa keberkatan kepada ummah.

No comments:

Post a Comment