Monday 2 July 2012

Kenyataan Akhbar PNB - Petunjuk Baik Buat Pelabur Loan ASB


PNB yakin dividen, bonus 2012 kompetitif

2 Julai 2012

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Berhad (PNB) yakin akan dapat memberikan bayaran dividen dan bonus yang kompetitif kepada pelabur pada tahun ini, kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Hamad Kama Piah Che Othman.

Beliau berkata, walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu terutama di Eropah, namun porfolio PNB telah menunjukkan prestasi yang agak baik.

Malah, kata beliau berdasarkan sejarah, PNB belum pernah tidak membayar dividen dan bonus atau membayar dividen serta bonus kurang daripada lima peratus.

"Setakat ini porfolio kita agak mantap dan kita boleh bagi pulangan yang kompetitif," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan bayaran zakat perniagaan Kumpulan PNB kepada negeri Perak di Istana Hinggap Perak, dekat sini.

Pada majlis itu, Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menyampaikan bayaran zakat perniagaan Kumpulan PNB berjumlah RM7.197 juta kepada Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Bayaran zakat tersebut adalah untuk tahun kewangan 2009, 2010 dan 2011.

Hamad Kama Piah berkata, Perak merupakan negeri pertama yang menerima zakat perniagaan PNB untuk tahun 2012 dan bayaran seterusnya akan diserahkan kepada Pahang pada Rabu ini dengan jumlah RM5.255 juta. – Bernama

No comments:

Post a Comment