KUALA LUMPUR 21 Dis. - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB),
anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan
agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi skim
Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Agihan pendapatan itu meningkat sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 7.65 sen seunit yang dibayar tahun lalu.
Agihan pendapatan itu meningkat sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 7.65 sen seunit yang dibayar tahun lalu.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar
pengagihan itu adalah yang tertinggi bagi tempoh lima tahun.
Katanya, pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran
sebanyak RM8.13 bilion, peningkatan sebanyak 17.5 peratus berbanding RM6.92
bilion yang dibayar pada 2011. - UTUSAN
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121221/dn_22/Agihan-pendapatan-ASB-775-sen-seunit#ixzz2Fewqfwsv
No comments:
Post a Comment