Monday, 31 December 2012

Sediakah Saya Untuk Hadapi 2020 Dari Segi Kewangan?

Happy New Year buat semua. 


Selamat menilai pencapaian sasaran 2012, dan merangka sasaran 2013 yang lebih mencabar. Tentu ramai tak sabar nak update buku ASB mulai esok. Dividen pelaburan anda, hasil keyakinan dan komitmen dan perancangan untuk masa depan.

hmm...di sini saya ingin mengimbas antara isi perbualan saya dengan rakan2 se'condo hill park' semasa masih belaja di Universiti Malaya tahun 1997 (semua bukan nama sebenar).



pak teh: selepas ni kita kena kawin ngan yg gaji besar je.
tok nik:  betol la. dgn gaji jadi engineer je, mana cukup nk hidup selesa.
aman:    nk bayar loan blaja lagi, duit kete, duit umah.
yazer:     anak2 lagi.
pak teh: jadi, maknanya, btol tak kita kena kahwin dgn org gaji besar jugak, baru blh hidup senang?

semua:   hmmm...

(skrip sebenar aku tak ingat, jadi aku taram je sebnornya)

hakikatnya, semua org ada perspektif masing2 untuk hadapi krisis keperluan kewangan yg lebih mencabar di masa depan. antaranya:

1. suami dan isteri sama-sama bekerja bergaji besar
2. suami dan isteri sama-sama bekerja, janji ada pendapatan juga
3. kerja part time/ extra
4. MLM
5. agen insurans
6. pelaburan low risk
7. pelaburan high risk
8. skim cepat kaya
9. skim entah apa2

dan macam2 lagi. semuanya berkisar kepada passive income atau active income. low commitment atau high commitment diperlukan utk generate hasil.

malangnya, ramai yg terjerumus dlm perangkap skim goyang kaki pon blh kaya. ada loan ASB tak nak ambik. dah tua baru nk sedar diri. erk...aku kutuk diri sendiri ke ni? dah umur nk cecah 40 tahun baru nk buat Loan ASB.

malu wei bila kena smash ngan bro reggae. skripnya nk smash org lain, tapi aku plak terasa. dia cakap, bukan org malaysia kot dah tua-tua takde akaun ASB. erk... ASB aku ada agak lama, loan ASB je yang baru. dia smash kat org lain, tapi sipi2 kena gak kat aku.

kalau kita tau yg nilai rm1 skang takkan sama dgn rm1 tahun 2020, takkan la nak nganga lagi. susuli la dengan tindakan. duk mengeluh je bawah pohon bamboo wat pe. nak kena bambu la tu

kembali kepada skrip perbualan rakan serumah aku, aku bahagia dengan isteri aku seorang surirumah sepenuh masa yang menjaga aku dan anak2 dengan penuh kasih sayang. tiada kerja part time. full time keje gomen dan fokus pada my family well-being n hargai setiap masa bersama diorg.

thanx to loan ASB cos dpt memberi nilai tambah kepada kehidupan kami sekeluarga. dan kami bersedia hadapi tahun 2020 dengan RM yang diperlukan untuk hidup bahagia.

Ingat ye, blog saya ini, hanya memaparkan sekelumit dari info yang berguna yang dibincangkan di Forum Himpunan Teknik Loan ASB (klik sini) yang dipelopori tuan Ikeda dan jadi rujukan ramai untuk dapat nasihat dari otai2 pelaburan loan asb seperti alphaOne, reggae, 2bz4money, abg ngah, ayip, couchcorp dan ramai lagi. Semua bagi nasihat percuma. 

ingat...jgn buang duit ngan masa dengan skim entah apa2.

4 comments:

  1. blog yg menarik
    slalu bace kt cg ja
    tergrak hati buat lasbi disember aritu
    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq atong. sy sekadar tunaikan pesanan tuan ikeda untuk kongsi maklumat dengan 10 orang. harap atong juga dapat bantu 10 orang kenalan tuan. biar semua sedar kelebihan loan ASB. setidak-tidaknya mereka celik asas pelaburan dan jadi pelabur berhemah.

      Delete
  2. Terima kasih di atas perkongsian. semoga sukses slalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's the least that i can do. Moga membawa manfaat jua.

      Sabda Rasulullah SAW:

      “Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan.”
      - Riwayat Imam Muslim

      Delete