KOTA BHARU 24 Nov. - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) akan mengumumkan kadar dividen dan bonus kepada pelabur Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) pada minggu hadapan.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, lebih 11 juta pelabur dijangka akan mendapat pulangan lebih tinggi sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
Beliau berkata, setiap tahun PNB membayar dividen dan bonus bernilai RM10 bilion kepada para pelabur dan jumlah yang besar tersebut sudah pasti memberi impak kepada ekonomi negara.
"Para pelabur kita terdiri daripada semua peringkat masyarakat dari golongan berpendapatan rendah, kelas menengah dan juga golongan kaya.
"Kita memberi ruang kepada semua untuk berkongsi pendapatan yang mana rata-rata golongan pelabur boleh menggunakannya untuk perbelanjaan pendidikan anak-anak di sekolah dan universiti; kos mengerjakan haji malah sebagai modal perniagaan.
Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment