Friday 23 November 2012

Anda Nak Bonus Tambahan RM4,000 setahun? Jadikan Ia Satu Kenyataan Dengan Loan ASB

Berapa bonus anda tahun ni? Penjawat awam dapat 1 bulan setengah. Swasta ada macam-macam. 6 bulan, 12 bulan. Yang tiada bonus pon ada. Semua pekerja akan tunggu majikan umumkan bonus. 

Bagi yang bergaji rendah dan majikan bagi bonus sedikit je, Loan ASB boleh bantu anda dapatkan bonus tambahan RM4,000 setahun. PNB jadi majikan kedua yang akan umum bonus tiap tahun tidak kurang dari 1%.
Kalau anda ada RM400k loan ASB, dengan 1% pasti anda dapat RM4,000 setahun. Itu antara sasaran kecil saya apabila mula buat loan ASB pada tahun 2011. Cuma bonus ini dikira sebagai purata minimum bulanan selama 10 tahun. Andaikata ada loan RM400k (suami + isteri) tahun pertama, bonus saya setiap tahun:

Tahun
Bonus
1
400
2
800
3
1200
4
1600
5
2000
6
2400
7
2800
8
3200
9
3600
10
4000

Tapi bagaimana nak capai RM400k loan ASB dengan gaji kecil? hmm. Ambil la contoh pekerja yang bergaji RM5 per jam yang boleh maxkan loan ASB dengan cara berdikit-dikit. Agak-agaknya, mana lebih mudah dicapai selepas 10 tahun: 

1. naik gaji bulanan dan bonus tahunan dari majikan
2. capai max loan ASB dan dapat bonus tambahan RM4k. actually anda masih dpt bonus dari majikan kan.

Perkara 1, orang lain yang tentukan. Perkara 2, anda yang tentukan. Kawal perkara yang dalam kuasa kita. Kengkadang, kita kerja bagai nak rak pon tetap bos tak bagi naik gaji dan bonus dengan mudah.

Ini baru bercakap tentang bonus. Kiranya dikira dividen hasil pelaburan yang dibuat, anda akan dapati secara bulanan, anda sudah tambah pendapatan dalam RM600 sebulan kiranya anda konsisten keluarkan RM600 dari gaji ke loan ASB. Kaedahnya: teknik 2, tambahan loan ASB 100k setiap tahun dan terminate setiap satu selepas 2 hingga 5 tahun.

5 comments:

  1. Salam bro...ni hari ke2 sy bc thread tu....takat ni br sampai thread 57...perghhh more to go. Sangat banyak input yg sy br sedar n sy sangat berharap agar ada antara teknik tu boleh membantu sy menyelesaikan masalah kewangan yang sy ada sekarang. Sy br join member CG pg td dengan hasrat nak bertanya pdapat otai2 kat dlm tu, mana yg perlu sy utamakan dulu...buat dulu la maksudnya (buat loan perumahan gomen tuk setle PL-layak r 250k kot lau xder masalah berbangkit, tambah lg rm100k lasb - so rm100k (2010) + rm100k (2013) leh start r teknik 2 tu)....tp plg utama sy nak mintak pandangan antara 2 kaedah ni yg mana paling bebaloi (atau mungkin ada yg lebih baik) dalam matlamat sy nak membebaskan diri dr belenggu PL ni dan nak dptkan +ve flow income.. Tp kuciwa dirasa bila puas sy usha tu, xjumpa2 cara nak antar msg @ berforum...xdpt pun...asyik kena blok coz xcukup crdt, limit ke benda ntah tuk wat post(sy ni mmg jahil it huhuhu)...jd sy merayau2 n terjumpala tuan yg kbetulan follow thread CG yg sama.Sy dah baca sepintas lalu blog tuan, jd dengan yakinnya sy nak tumpang bertanya....sy agak tuan boleh bg advise pd sy yg tengah buntu dan keliru ini.
    Gni, sy keje gomen, umur 32 bjg, ada lasb rm100k start jan 2010. Jdnya...masalah sy ni bermula bila sy buat PL COSHARE rm150k dgn 4.99 interest (1284.50 sbln till 20year) start potong MAC 2012. Duit PL tu sy wat beli umah (org jual murah2 kat kg sy coz depa gaduh adik beradik berebut umah kat tanah tu, nama byk atas geran, xdop org nak beli coz loan xlepas so after nego dpt 90k) dah rumah lama kena reno abis lam 100k gak (duit simpanan keje 3 tahun ni mmg abis dah r - termasuk kena tipu kat tukang umah pasal nak buat umah tp xde ilmu, xreti aper pun pasai umah...budget reno lam 50k alih2 tbabas ke 100k, giler punya terbabas) termasuklah hutang ngan ar-rahnu dkat 60k (bayar upah simpan pun beribu-riban dah) + loan kete 9thn rm600 sbln start sept 2009.
    Jd skarang ni sy xnak pisang berbuah 2x...cukup la hak yg dah lepas, sy nak pandang ke depan...lepas bc thread kat CG n bc blog tn ni rasanya ada harapan tuk kembali jernih, cuma sy nak mintak pandangan dr yang lebih arif la...yang mana patut sy utamakan dulu??? Means langkah pertama sy, dengan takat yg sy ada kat atas, apa perlu sy buat?? Mtlamat..
    1. sy nak setle PL
    2. nak tebus brg kat ar-rahnu
    3. nak ada freedoom lam pengurusan kewangan (mcm tn2 otai sekalian lam CG tu including u r - one of them)
    4. lau ada tambahan property lg cantik r - umah lg 1 ker, tanah ker (tp yg ni kemudian2 la kot, hak penting nak stabil lu dr membayar hutang piutang yang banyak)

    kalu ikut plan sy gni la kira2nya:
    first g wat loan perumahan gov lu....samada leh wat tuk tanah n rumah yg dah beli ni (maks leh buat rm280k tp sy nak buat rm250k jer la kot) t dia byr cash ker?? lau byr cash lam bank boleh la sy setle PL or bayaran direct kena buat ngan bank kita buat PL n loan hanya leh buat ikut hutang PL means rm150k r) or
    buat loan perumahan gov tuk beli umah lain ngan anggaran harga murah sket tp wat loan max (rumah rm180k teres punya, wat loan rm250k so der belen rm70k wat masuk asb or yg swaktu dengannya) or
    lasb rm100k jan 2010 sy dah leh terminate kan?? lebih kurang dpr rm12k then buka lasb br feb 2013 rm200k (12k wat rolling bayar bln2) tp bebaloi ker ngan PL n hutang arrahnu sy tu)

    Jd sy pohon pendapat dr tuan. Diharap akan mampu dijadikan panduan tuk sy mencaturkan pengurusan kewangan sy.
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1stly...lagi ramai yg pernah berada dlm situasi lebih teruk dari anda, dan ramai berjaya atasinya. diorg boleh, awk pon boleh jugak.

      untuk kes puan, saya tolong postkan dekat forum ye. saya guna nama sri marsita juga.

      pandangan otai2 lain mungkin dapat membantu. x sesuai kiranya dibincang di blog saya semata-mata. kat forum lebih banyak input dan otai2 yg sudi membantu.

      Delete
  2. tq reply msg sy. kerana sy nak berusaha untuk memulihkan situasi sebelum bertambah teruk la mnyebabkan sy berada kat cni skrang. sy perlukan pandangan dr org yg lebih bpengalaman tindakan mana yg harus sy lakukan dahulu tuk selesaikan masalah ni.

    kalau kat forum tu mcmana la sy nak masuk, sy dah register tp xboleh nak post atau komen apa2 or just be silent reader jer. sy guna siti

    terima ksih lg sekali. waiting for the next.
    tq

    ReplyDelete
  3. sya pun member baru CG
    menarik gak ni sbb nk tau gak cara tutp PL
    tajuk apa ya nk cari kt forum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. himpunan teknik loan asb

      http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=224608

      all the best

      Delete