22 Disember urusniaga ASB akan ditutup untuk pengiraan dividen & bonus. Sebagai pelabur pasti anda tertunggu-tunggu detik pengumuman Dividen & Bonus ASB 2013. Berapa jangkaan anda?
Kebiasaannya, prestasi ASD dan ASW sentiasa dijadikan rujukan. Berikut antara petunjuk baik buat pelabur ASB dan Loan ASB:
1. Petikan Utusan Online 15 Jun 2013- Dividen ASD 6.8 (naik 0.2)
2. Petikan The Sun Daily 26 Ogos 2013- Dividen ASW 6.7 (naik 0.1)
2. Petikan The Sun Daily 26 Ogos 2013- Dividen ASW 6.7 (naik 0.1)
Prestasi dividen ASD dan ASW masing-masing mencatat kenaikan 0.2 dan 0.1. Mungkinkah berita baik juga untuk dividen + bonus ASB 2013?
a. 7.85 + 1.05
b. 7.95 + 1.00
Speculate n forecast jadi topik hangat pelabur sekarang. Sebelum ini, kalau 0.1% meningkat di ASD, maka 0.1% juga di ASB. Anda buatlah forecasting sendiri.
Berikut adalah sejarah dividen dan bonus ASB sejak dilancarkan pada tahun 1990 hingga 2011 Skim ASB telah dilancarkan pada 2 Januari 1990.
Kadar pulangan sejak 12 tahun lepas agak lebih rendah purata 8% berbanding pada tahun 90an yang purata 9% – 12% setahun.
Sebagai pelabur yang berhemah, gunakan petunjuk ini bagi menentukan apakah langkah anda selepas ini.
Petunjuk-petunjuk buat pelabur ASB dan Loan ASB.
Bulan
|
Perkara
|
Rujukan
|
Mac
|
PNB - Pengumuman Dividen ASM & ASG
| |
Mei
|
BNM - Pengumuman OPR/ BLR
| |
Jun
|
PNB - Pengumuman Dividen ASD
| |
Ogos
|
PNB - Pengumuman Dividen ASW
| |
Sep
|
PNB - Pengumuman Dividen AS1M
| |
Disember
|
PNB - Pengumuman Dividen ASB
|
Tahun sudah, pengumuman dividen dan bonus 2012 adalah pada 21 Disember. Semoga berita baik bakal diumum Disember ini. Amin