Saturday 15 March 2014

Semoga Jadi Pelabur Berhemah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama saya tidak menulis di blog Loan ASB ni. Banyak soalan dan komen rakan-rakan pembaca yang tidak berbalas. Harap kalian dapat temui jawapan yang dicari dari pelbagai alternatif yang ada. Kerap kali, tiap soalan dah ada kes yang hampir serupa telah diulas sebelum ini. Jika tidak di blog ini, mungkin ada dibincang di Forum Himpunan Teknik Loan ASB.

Bagi yang nak dapatkan softcopy, boleh rujuk rakan lain yang dah ada softcopy tu. Boleh je nak masukkan kat 4shared atau apa saja medium lain yang sesuai. Dalam Forum Himpunan Teknik Loan ASB pon dah dikongsi dokumen tu. Mungkin jika berkelapangan nanti akan diberi link softcopy tu di sini.

Yang pasti, walaupun menyepi di blog loan ASB, misi 1juta loan ASB tetap berjalan. Beberapa loan ASB sedang disusun untuk diterminate dan reapply dengan limit lebih tinggi. Mei, Ogos, November...bulan yang dinanti. 2013 dah 3 akaun terminate, dapat hasil hampir 7k. 2014, sekurang-kurangnya nak lagi 7k. Konsisten RM7k setahun dari terminate pun dah cukup bagus.

Cuma isu yang utama tahun ni, nk reapply dan tambah loan ASB bank mana? Loan ASB Islamik dah naik interest rate 0.5%. kalau dulu 4.95. Sekarang 5.45%. Adakah nak tukar ke CIMB konvensional 30 tahun 4.95% atau dapatkan RHB 25 tahun 4.9%. Insuran naik tinggi sangat, rasa macam tertipu pun ada kerana tak dimaklum terlebih dulu tentang nilai insuran untuk 3 loan ASB terbaru yang saya buat tahun 2013.

Bulan Mei saya perlu buat keputusan sama ada kekal maybank islamik atau transfer ke Maybank konvensional atau CIMB atau RHB.

Bagi rakan-rakan pembaca, buatlah keputusan bijak. Sekurang-kurangnya, ia perlu disusuli dengan tindakan. Sembang kosong tak guna. Jadilah pelabur yang berhemah. 2011-2012-2013-2014. Dah masuk tahun keempat saya dalam pelaburan Loan ASB. Keputusan yang bijak yang saya buat adalah untuk MULAKAN LANGKAH PERTAMA. Rakan-rakan sudah ke belum?

10 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Pada pandangan encik jikalau maybank offer kita loan utk ASB 2, patutkah kita terima?..

    Sbb sy dah ambil loan ASB 200k..dan banker offer sy pada pertengahan bulan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan,

      Saya dah ambil loan asb 200k tahun lepas. Sy ade tanye loan asb2 dah ade belum? Pegawai bank cakap belum ade. Good Info ni... boleh share tak ni...berminat... tq

      Delete
  2. Mengapa tidak jika diberi peluang.. cumanya pilihlah scheme yg bersesuaian dan tiada lock period agar jika keputusan tdk berbaloi anda ada way out.. jadilah pelabur bijak..

    ReplyDelete
  3. salam tuan and otai2,

    saya sudah follow tulisan tuan berkenaan loan asb ini,.sy start invest untuk asb loan sbyk 56k 30tahun....start disburse dlm akaun 27/3/13..skrg continue byar rm303 sehingga skrg bln 10 tahun 2014 ....sy bercadang untuk bukak new asb akaun...byk info yg sy dpt dri blog ni...sy ucapkan terima kasih byk2...boleh x kiranya tuan emelkan sy softcopy teknik asb ini?..

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf krn tidak mampu penuhi permintaan semua utk dptkan softcopy.

      Tlh sy kongsi di forum himpunan teknik loan ASB dan dh emel kpd beratus pemaca sblm ni.

      Softcopy tu cuma utk kajian & pembuktian kira2 sahaja. Masa awal mengenal teknik loan ASB. Intipatinya sy dh kongsi dlm penulisan blog ni.

      Sy sendiri dh tak buka softcopy tu sbb dh fhm konsep loan ASB.

      Delete
  4. salam encik,sy budak br belajar.mahu bertanye pade pakar...nk tye,jk sy buat asb loan 55k ,bulanan 1043,5thn..sy tamatkan pada tahun ketiga dgn hye membayar pada tahun pertama sahaja...untungkah sy?dan pada tahun keduanya sy buka lg 1 acct,blh ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Krn x tahu, tuan bertanya. Namun, bg menjawab soalan tuan, jawapannya MUSTAHIL. Jgn marah kalau sy kata tuan JAHIL.

      Bingkas dr komen sentap sy ni dan buat kira2 sendiri.

      1. Brp byrn setahun loan 55k dgn term 5 tahun tu?
      RM1043 x 12 bln = ?

      2. Brp pula dividen utk sijil ASB 55k tu? Ambil je anggaran 7.7% thn 2013.

      7.7/100 x 55k = ?

      Dh kira, tuan akan faham nnt. Sbb utk tujuan byrn tunai dr poket utk thn pertama shj dan thn seterusnya idup sendiri dgn dividen, ia harus bermula dgn cash flow positif.

      Duit masuk mesti lbh byk dari duit keluar.

      Ini basic bg org yg bijak urus akaun.

      Dan sy yakin, krn tidak arif la tuan buat kesilapan dlm memilih pakej.

      Lepas tuan kira, tuan akan tau kesilapan pakej pilihan tuan berbanding matlamat byr thn pertama shj tu. Loan ASB dgn tempoh 23 thn ke atas shj yg ada surplus. Kalau kurang tahun, mmg kena top up duit poket.

      Itu pun dgn syarat jgn joli dgn dividen.

      Delete
  5. Bole try Affin Bank ASB loan. Baru launch.
    BLR -1.85 mil below 100k. BLR-2 utk above 100k. No lock in period.
    ntact/ WhatsApp @0123578060

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dh call Affin Bank. BLR-1.65.

      Pohon pencerahan di mana BLR-2.0 & BLR -1.85 yg disebut2?

      Delete
  6. Salam tuan...sy baru hbis belajar dan akn masuk keje gov pd bulan 3/2015..klo gaji basic sy rm1700..layakkah sy buat loan asb 100k?berapa tahun kah tempoh pinjaman yang terbaik? Maaf sy kurang pengetahuan pasal loan asb nie..

    ReplyDelete