Sunday, 26 August 2012

Fobia Untuk Buat Pelaburan

Salam Aidil Fitri buat semua. Maaf Zahir dan Batin dari hujung keyboard ke hujung keypad. Semoga kita semua sentiasa dalam keceriaan dan kebahagiaan bersama keluarga tersayang, jauh dan dekat.

Fobia Untuk Buat Pelaburan - renungan bersama dan sebagai peringatan untuk diri saya sendiri.



Pelaburan, sememangnya bermotifkan keuntungan. Semua pelabur ingin mendapat hasil jauh berlipat ganda dari pelaburan berbanding membuat simpanan biasa. Namun, sebagaimana dalam post terdahulu saya telah senaraikan Himpunan 20 Reasons Why You Are Not Rich. Dari senarai tersebut, dapat dilihat do n don'ts dalam pelaburan.

Ramai yang teruja nak buat pelaburan, termasuk saya sendiri. Bukan tidak tahu tentang risiko, tetapi ramai orang hilang pertimbangan dan hanya nampak peluang untuk kaut keuntungan SEOLAH-OLAH hasil pelaburan adalah terjamin 100%. Haha. Ramai yang muflis dan hidup sengsara bila investment goes wrong. Semua broker dan investment advisor lari atau kreatif bagi jawapan secara teknikal. 

Jadi, sekiranya anda ingin melabur, cuba la bawa berbincang dengan ahli keluarga, mintak restu mak ayah, tanya pandangan orang yang berpengalaman. Mungkin ada kalanya dapat respon negatif walau pun perancangan anda bagus, terima je la komen sebagai peringatan. Namun, kerap kali, teguran yang diberi oleh orang yang berpengalaman adalah berasas. Mungkin ia investment fobia, tapi terima la dengan akal yang waras segala pandangan tu.

Bagi yang ada perasaan takut untuk melabur, cuba baca artikel dalam bahasa jawa ni:


Selamat Melabur Dengan Berhemah

No comments:

Post a Comment