Monday, 6 August 2012

Motivasi Menghasilkan Generasi Jutawan


Nukilan mr achik 

Assalamualaikum, ini adalah coretan pencetus inspirasi semata mata, tiada sebarang teknik pelaburan ASB saya ingin bincangkan dalam post ini.

Kita semua sedia Maklum, bukan semua antara kita mampu meninggalkan harta & wang ringgit untuk diwarisi anak cucu. Dengan adanya Pembiayaan Amanah Saham Bumiputera, kita mampu mencetus fenomena baru dalam masyarakat kita.


Cuba perhatikan sekeliling kita, bangsa lain telah berjaya stabilkan ekonomi mereka dengan jayanya. Mereka juga manusia biasa, peniaga kecil kecilan pada mulanya. Setelah berjuang beberapa generasi, mereka tetap mampu menempuh kehidupan walau pun kadang kala dalam satu hari, tiada seorang pelanggan mengunjungi kedai mereka. Pernahkah kita fikir bagaimana mereka boleh menguasai ekonomi hingga begitu rupa?

Sekarang kita sebagai pemegang status bumiputera, mempunyai senjata ekonomi yang dicemburui oleh bangsa lain iaitu Amanah Saham Bumiputera. Jika 22 tahun lepas, kita warga bumiputera tidak menitik berat kan kelebihan ini, sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita melakukan transformasi mentaliti.

Kita mesti bertindak menjadi generasi pertama yang mengubah nasib generasi mendatang. Gunakanlah segala kesempatan dan peluang didepan mata. Gunakan imaginasi anda, Jika kita generasi pertama berjaya membuat Pembiayaan Amanah Saham Bumiputera secara maksimum, dan kita berjaya menghasilkan lebih kurang RM300K Pembiayaan Amanah Saham Bumiputera dan sekiranya pasangan kita turut bertindak seiring, kita telah sediakan RM600K sebagai bekalan generasi kedua. Jangan terlalu berkira jika bayaran ansuran sehingga umur 60 tahun. Jika kita tidak sempat melunaskan semua bayaran sekalipun, Takaful akan selesaikan bagi pihak kita. Dan hasilnya tetap diwarisi anak anak kita.

Purata warga Malaysia sekarang mempunyai cahaya mata antara 2 ke 4 orang, (Saya mengambil jumlah 3 orang anak). Kita akan mewariskan kepada generasi kedua sebanyak RM200K Seorang. Selain ilmu agama bekalan ke akhirat, didiklah perwaris kita dengan ilmu melabur dalam ASB. Generasi kedua kita telah pun memiliki kelebihan dengan RM200K dalam akaun mereka. Dan jika mereka pun mengambil ikhtibar atas hasil usaha kita sebagai generasi pertama, nescaya mereka mampu memaksimumkan Pembiayaan ASB mereka hingga mencecah RM500K atau lebih. Sekiranya mereka melakukan secara berpasangan, tidak mustahil mereka mampu mewariskan RM1.2juta kepada generasi ketiga.

Dengan teori 3 orang cahaya mata, Generasi ketiga kita bakal memiliki RM400K seorang dalam akaun ASB mereka. Dengan berbekalkan modal RM400K, pasti generasi ketiga mampu menambah amaun ASB ketahap yang lebih tinggi. Secara tidak langsung akan membela nasib anak cucu kita dari terus terpinggir di bumi Malaysia ini.

Jika bekalan dunia sudah memadai, tidak mustahil mereka mampu membentuk generasi seterusnya dengan lebih efisien dan teratur. Tidak mustahil mereka mampu melakukan sesuatu yang hebat pada zaman mereka. Mungkin merekalah calon perdana menteri Malaysia, ketua Hakim Negara, Imam besar Malaysia, Mufti Malaysia, Saintis agung dunia atau gabenor Bank Negara. Semua ini bermula dengan langkah pertama kita sekarang.

Ini adalah sekadar coretan seorang hamba Allah S.W.T yang tiada siapa pun peduli kehadirannya Di bumi Allah ini. Apa yang berlaku masa hadapan, hanya Dia yang maha mengetahui. Kita sebagai umatnya hanya merancang, tetapi hanya Dia yang berhak menentukan.

No comments:

Post a Comment