1. Limit ASB
– PNB tentukan
Limit
pelaburan ASB adalah merujuk kepada had maksimum pelaburan iaitu jumlah dari pelaburan
tunai /sijil/ sijil dari loan ASB.
Bermula
200k pada tahun mula bukan akaun, limit ini meningkat apabila dapat dividen
setiap tahun.
Limit
tahun kedua = 200k + dividen tahun1
Limit
tahun ketiga = 200k + dividen tahun1 + dividen tahun2
Jadi
kiranya anda nak capai limit 1juta, dan nak hidup dengan dividen sahaja,
rancanglah pelaburan ASB dengan bijak. Tool Loan ASB dapat membantu
meningkatkan limit ASB anda dengan pantas.
Loan
ASB 200k pada tahun pertama
Anggaran
dividen hanya 7.5% dan bonus 0% (tahun 2011 7.65% dividen + 1.15% bonus)
Dividen
tahun 1= 15k
Dividen
tahun2 = 15k
(anggap
keluar 15k tahun 1 dan tahun 2 bila dapat dividen untuk simpan di Tabung Haji (TH)/ ASB anak/ ASM/ ASN/ AS1M/ ASW. Total
30k)
Tahun
ketiga terminate loan ASB 200k. Dan apply Loan ASB 230k pula. And the journey
continues...
Tahun5
264.5k dgn tambahan 34.5k di Tabung Haji
Tahun7
304.2k dgn tambahan 39.7k di Tabung Haji
Tahun11
limit anda adalah 402k dgn sudah ada 271k
dalam Tabung Haji (anggaran 6% dividen setahun) dan dividen pada januari tahun
ke 11 adalah 26,235. Tu belum kira perkara berikut:
a. nilai amortize tiap kali terminate loan asb
b. nilai asbrta yang dikembalikan bila terminate loan asb
c. bonus sijil asb (boleh cecah 4k/tahun) purata 10 tahun ada 400k loan asb.
Sedangkan kalau
simpan sendiri dalam 10 tahun, awal tahun ke 11, anda baru ada cash 106k. Limit pelaburan ASB cuma 234k. Bonus ciput.
Mulai
dari sini, anda cuma boleh buat 400k Loan ASB kerana itu limit loan ASB yang
ditawarkan bank ketika ini (mungkin berubah pada ketika itu). Maka, untuk capai
1juta limit, teruskan dengan loan ASB 400k + cash dari Tabung Haji yang
terkumpul hasil dividen loan ASB yang dipindahkan tadi.
Ini
bagi yang mampu komitmen 1200 sebulan setiap bulan tanpa gagal.
Bagi
yang mampu komitmen 600 sebulan anggap la anda akan capai separuh dari contoh
di atas. Bagi yang mampu komitmen 300 sebulan, ¼ darinya.
Ini
bermakna kiranya anda mampu buat loan ASB 100k dengan tenure 25 tahun hari ini,
tidak bermakna anda hanya akan dapat 100k sahaja selepas 25 tahun. Tetapi anda
akan dapat 135k dalam Tabung Haji dalam tempoh 10 tahun sahaja dengan teknik yang betul. Tu belum kira dividen dalam tahun tersebut dan nilai amortize dan asbrta yang dikembalikan.
Sila menuntut ilmu di Forum Himpunan Teknik Loan ASB. Moga anda dapat berkongsi dengan kami berkenaan ilmu pelaburan.
Kalau nak semak limit pelaburan ASB yang sebenar, call je PNB 03-20505500 dan bagi no IC atau pi kaunter ASB.
Tak payah susah-susah tunggu pengumuman Bonus keje gomen/ swasta lagi, tiap tahun dapat la bonus ASB (anggaran 1.0%; tahun 2011 1.15%) RM200 tahun pertama hingga RM2k tahun ke-10 dan ke atas dgn ada RM200k sijil ASB dr loan ASB. Kalau suami dan isteri masing-masing ada 400k, anda congak la ye, berapa bonusnya, berapa dividennya.
2. Limit
Loan ASB – Bank yang offer Loan ASB tentukan
Maybank – 400k
CIMB – 400k
RHB – 200k