Had Pelaburan Bercagar ASB Hanya 200k
==================================
Subhanallah.
Apa sudah jadi kepada PNB? Moving backward is not what we expect from PNB.
Sebelum saya memberi pandangan lanjut khusus tentang langkah songsang yang hendak hadkan pelaburan bercagar kepada 200k ini, terlebih dahulu ingin dirakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja PNB, BNM dan Bank yang tawarkan Loan ASB dan sentiasa berusaha tambah baik pakej yang telah banyak memberi impak positif kepada sosioekonomi bumiputera.
Fakta 1
********
PNB ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baru Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan Bumiputera, dan memberi peluang kepada golongan profesional Bumiputera yang berkelayakan untuk menyertai pewujudan dan pengurusan harta?
Fakta2
********
Melalui anak syarikat milik penuhnya, Amanah Saham Nasional Berhad, telah memainkan peranan penting dalam membawa anjakan paradigma dan merubah pemikiran rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Bumiputera dalam aspek simpanan, pelaburan dan perancangan kewangan serta cara mereka menilai risiko dan pulangan dalam pelaburan.
Fakta3
********
Pinjaman ASB telah meningkatkan pemilikan saham bumiputera dengan ketara. Dengan Pinjaman ASB, pelabur Bumiputera berpeluang untuk miliki saham ASB sehingga 400k dengan hanya bermodalkan kurang 2,400 sahaja.
Hujah1
□□□□□
Berdasarkan 3 fakta di atas, maka langkah menghadkan pemilikan saham oleh bumiputera secara pelaburan bercagar adalah sesuatu yang sangat bercanggah dengan prinsip dan asas penubuhan PNB sendiri.
Batalkan Had Baru Pelaburan Bercagar
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Jika benar PNB berhasrat untuk membantu bumiputera ke arah pengukuhan pemilikan saham dan hartanah, kami syorkan langkah songsang yang ingin menghadkan pelaburan bercagar kepada 200k itu dibatalkan.
Sebaliknya, kami ada beberapa cadangan yang boleh membantu mencapai hasrat Dasar Ekonomi Baru dan gagasan PNB dalam memastikan permodalan dan pelaburan berhemah dan bijak oleh bumiputera.
Batalkan rule limit 200k pelaburan bercagar.
We believe PNB will consider this, as long the decision will be made by wise men n women.
Dengan loan ASB limit 400k sekarang, cuba PNB buat kajian statistik berapa ramai yang punyai 200k ke 400k unit saham ASB.
Saya salah seorang yang tersenyum girang melihat laporan tahunan ASB 2014 yang baru diterima.
Kenapa? Sebab saya ada lebih dari 200k dan menuju 1juta dengan bantuan loan ASB.
Dengan had 200k yang baru, hancur musnah pelan persaraan kami.
Fakta4
********
Dengan Loan ASB limit 400k sedia ada, telah banyak lahir pelabur-pelabur berhemah yang bijak dalam pengurusan kewangan.
Mahasiswa, surirumah, kelompok yang bekerja sendiri malah ribuan bumiputera dari kelompok berpendapatan kecil, mampu gandakan pendapatan.
Fakta5
********
Dengan pelaburan berhemah melalui loan ASB, kami mampu miliki keperluan asas seperti rumah dan kereta daripada hasil pelaburan lebih 200k.
Kami tidak lagi terkelompok dalam kalangan yang terlalu bergantung harap kepada subsidi dan bantuan. Kami mampu berdikari dengan peluang pelaburan bijak yang disediakan kerajaan, PNB, BNM dan Bank yang terlibat yang jelas komited bersaing memberi perkhidmatan yang terbaik kepada kami.
Fakta6
********
Dengan adanya peluang pelaburan ASB hingga 400k yang sangat menguntungkan hingga 40% setahun dengan teknik yang betul, kami dapat hindarkan diri kami, keluarga dan masyarakat dari terlibat dalam skim pelaburan palsu yang telah lama jadikan masyarakat yang tidak celik pelaburan sebagai mangsa.
Hujah2
□□□□□□
Dengan 3 fakta di atas, adakah PNB hendak gadaikan masa depan bumiputera dengan hadkan pelaburan bercagar sekadar 200k? Sosioekonomi yang bagaimana yang disasarkan jika peluang pelaburan berhemah ini disekat dan dihalang? Seharusnya had 400k itu ditingkatkan kepada 2juta. Bukannya melangkah ke belakang.
Ahmad Khairani Hashim
25 April 2015
Jom sertai kami dalam memberi pandangan terus kepada PNB di link berikut:
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=616271061841399&id=413717745430066&comment_id=616606818474490&reply_comment_id=616636241804881&offset=0&total_comments=22¬if_t=share_reply
hai saudara. saya ingin bertanyakan pendapat saudara tentang hal terminating asb loan. utk pengetahuan saudara, saya telah membaca kesemua comments tentang terminate loan yg telah saudara buat sebelum ini. tetapi saya tidak menemukan kes seperti yg saya alami.
ReplyDeletesaya telah membuat maybank asb loan sejak jan 2013. rm100k selama 20 tahun, bulanan terdahulu ialah rm669, kini telah meningkat ke rm680. saya hanya membayar bagi tahun pertama, tahun seterusnya, saya menggunakan dividen yang diperoleh (dgn menambah beberapa rm dri poket sendiri).
oleh kerana saya telah menggunakan dividen pada tahun ini, saya hanya mampu membayar sehingga bulan Mei ini. ini bermaksud, pada bulan Jun dan seterusnya, gaji saya akan dipotong bagi membayar loan tersebut. maka, saya berniat untuk terminate asb loan saya pada bulan ini. adakah wajar saya membuat sedemikian atau bagaimana?
your opinion is very much appreciated. thanks in advance.
saudara/i,
Deletetertinggal bas dah ni. xpe, blh join next trip.
sekarang, teknik pelaburan paling untung adalah dengan loan ASB tanpa insuran term 30 tahun dan terminate as short as 12 month can get u up to 40% ROI per year. go to cimb. n ask for banker yang tau ttg loan tanpa insuran. kalau branch tu xde sorang tau, sekolahkan diorg tentang produk Loan ASB CIMB yang diorg sendiri belum khatam bahawa insuran itu adalah optional.
i get 7k to 10k every year dari hasil terminate sahaja. belum lagi kira hasil keuntungan surplus dividen dan bonus.
all the best
Thanks for your immediate reply. Went to maybank this morning and they asked me to write a letter saying that i want to terminate the loan (a procedure that i didn't know earlier). And thanks to you, i now know that my decision of terminating my loan is one good move (if not best..hehe).
ReplyDeleteAnd sorry that you had to wait for another trip. Thanks a lot. 😁
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSy nk mntak pndpt dan nasihat. Sy bercadang buat personal loan b.rkyat rm30k rate 3.91% 25tahun dan buka asbl 200k utk dua akaun atas nama sy dan isteri.
Mgikut perkiraan mudah sy, at the end 25 years keuntungan yg dperolehi ialah asbl (400k+dividen)-(30k+3.91%)loan b.rkyat lbih kurang 300k+dividen.
Harap dpt mmberi sedikit nasihat.
-newbie26..
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete