Monday, 31 December 2012

Sediakah Saya Untuk Hadapi 2020 Dari Segi Kewangan?

Happy New Year buat semua. 


Selamat menilai pencapaian sasaran 2012, dan merangka sasaran 2013 yang lebih mencabar. Tentu ramai tak sabar nak update buku ASB mulai esok. Dividen pelaburan anda, hasil keyakinan dan komitmen dan perancangan untuk masa depan.

hmm...di sini saya ingin mengimbas antara isi perbualan saya dengan rakan2 se'condo hill park' semasa masih belaja di Universiti Malaya tahun 1997 (semua bukan nama sebenar).



pak teh: selepas ni kita kena kawin ngan yg gaji besar je.
tok nik:  betol la. dgn gaji jadi engineer je, mana cukup nk hidup selesa.
aman:    nk bayar loan blaja lagi, duit kete, duit umah.
yazer:     anak2 lagi.
pak teh: jadi, maknanya, btol tak kita kena kahwin dgn org gaji besar jugak, baru blh hidup senang?

semua:   hmmm...

(skrip sebenar aku tak ingat, jadi aku taram je sebnornya)

hakikatnya, semua org ada perspektif masing2 untuk hadapi krisis keperluan kewangan yg lebih mencabar di masa depan. antaranya:

1. suami dan isteri sama-sama bekerja bergaji besar
2. suami dan isteri sama-sama bekerja, janji ada pendapatan juga
3. kerja part time/ extra
4. MLM
5. agen insurans
6. pelaburan low risk
7. pelaburan high risk
8. skim cepat kaya
9. skim entah apa2

dan macam2 lagi. semuanya berkisar kepada passive income atau active income. low commitment atau high commitment diperlukan utk generate hasil.

malangnya, ramai yg terjerumus dlm perangkap skim goyang kaki pon blh kaya. ada loan ASB tak nak ambik. dah tua baru nk sedar diri. erk...aku kutuk diri sendiri ke ni? dah umur nk cecah 40 tahun baru nk buat Loan ASB.

malu wei bila kena smash ngan bro reggae. skripnya nk smash org lain, tapi aku plak terasa. dia cakap, bukan org malaysia kot dah tua-tua takde akaun ASB. erk... ASB aku ada agak lama, loan ASB je yang baru. dia smash kat org lain, tapi sipi2 kena gak kat aku.

kalau kita tau yg nilai rm1 skang takkan sama dgn rm1 tahun 2020, takkan la nak nganga lagi. susuli la dengan tindakan. duk mengeluh je bawah pohon bamboo wat pe. nak kena bambu la tu

kembali kepada skrip perbualan rakan serumah aku, aku bahagia dengan isteri aku seorang surirumah sepenuh masa yang menjaga aku dan anak2 dengan penuh kasih sayang. tiada kerja part time. full time keje gomen dan fokus pada my family well-being n hargai setiap masa bersama diorg.

thanx to loan ASB cos dpt memberi nilai tambah kepada kehidupan kami sekeluarga. dan kami bersedia hadapi tahun 2020 dengan RM yang diperlukan untuk hidup bahagia.

Ingat ye, blog saya ini, hanya memaparkan sekelumit dari info yang berguna yang dibincangkan di Forum Himpunan Teknik Loan ASB (klik sini) yang dipelopori tuan Ikeda dan jadi rujukan ramai untuk dapat nasihat dari otai2 pelaburan loan asb seperti alphaOne, reggae, 2bz4money, abg ngah, ayip, couchcorp dan ramai lagi. Semua bagi nasihat percuma. 

ingat...jgn buang duit ngan masa dengan skim entah apa2.

Monday, 24 December 2012

Mencapai 1juta OPM Dalam ASB Dengan Teknik 2 + Teknik abg ngah

Masih ingatkah anda berkaitan Teori Angka 72?

Dengan Teori Angka 72 anda dapat jangka bila duit pelaburan anda berganda seperti berikut:

Instrumen Pelaburan
ROI
Teori Angka 72
Jumlah tahun berganda
KWSP
4%
72 / 4
18
Tabung Haji
5%
72 / 5
14.4
ASB
7%
72 / 7
10.2
Unit Trust
15%
72 /15
4.8
KPF
15%
72 /15
4.8
LTAT
15%
72 /15
4.8
Bank Rakyat
20%
72  / 20
3.6
Emas
20%
72  / 20
3.6
Loan ASB Teknik 2 terminate selepas 2 tahun
33%
72  / 33
2.2


Anda dapat gandakan duit dalam tempoh jauh lebih singkat dengan loan ASB Teknik 2 iaitu dalam tempoh 2.2 tahun sahaja.


Secara praktikalnya, dengan serve loan ASB 100k anda cuma perlu modal 7200 sahaja. Selepas 2 tahun, anda terminate anda akan ada 12000. Sesuatu yang tidak diperolehi dengan simpanan ASB kaedah simpanan sendiri mahu pun oleh pelaburan dalam Koperasi Peneroka Felda, Bank Rakyat atau pun emas.

Tahun ke-6 anda sudah punyai 1juta OPM dengan Loan ASB atau bernilai RM77k tunai hanya dengan konsisten gunakan modal RM600 dari gaji bulanan. Maknanya anda perlu 4 proxy untuk diguna nama bagi membuat loan ASB. Anda boleh bagi ganjaran RM1200 setahun bersama sebarang amaun bonus yang dikreditkan dalam akaun ASB diorang.

Adik, anak sedara, anak sendiri yang berumur 18 tahun ke atas layak loan ASB. Pada tahun keenam bonus untuk loan ASB 200k dah 1200 setahun. Dah cukup bagus bagi student 18 tahun ke 24 tahun. Bila diorang dah kerja, diorang mampu buat loan guna duit sendiri pulak. Dalam tempoh 6 tahun, anda dah bantu diorang dapat tak kurang 10k. Harap dapat membantu pembelajaran atau pon untuk jadi modal pelaburan masa hadapan.

Berbalik kepada anda sebagai prime investor. 1juta OPM dalam tempoh 6tahun. Itu kiranya anda solo investor. Katakan anda dan pasangan (suami/ isteri) bekerjasama untuk ekonomi keluarga cara mudah ni. Hanya 4 tahun sahaja anda perlukan untuk capai 1juta OPM.


Seterusnya, sasarkan bagaimana untuk jadikan 1juta OPM menjadi cash. Dalam hitungan saya, anda perlukan 14 tahun. Dengan hanya Loan ASB sebagai tool wealth creation. Hanya dengan pelaburan pasif yang rendah risiko dan tinggi pulangannya. Pastinya, anda tidak melabur dengan satu kaedah sahaja bilamana anda seorang yang benar-benar celik pelaburan.

Yang penting, jadilah pelabur yang berhemah.

Thursday, 20 December 2012

Pengumuman Dividen ASB 2012 - Syukur





KUALA LUMPUR 21 Dis. - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Agihan pendapatan itu meningkat sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 7.65 sen seunit yang dibayar tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan itu adalah yang tertinggi bagi tempoh lima tahun.

Katanya, pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion, peningkatan sebanyak 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion yang dibayar pada 2011. - UTUSAN



Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121221/dn_22/Agihan-pendapatan-ASB-775-sen-seunit#ixzz2Fewqfwsv

Tuesday, 11 December 2012

PNB Jangka Umum Dividen ASN Dan ASB Lebih Kompetitif Pada 21 Disember

Published: Ahad Disember 9, 2012 MYT 8:10:00 PM

KOTA BAHARU: Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan mengumumkan kadar dividen dan bonus kepada pelabur Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) tidak lama lagi.
Tanpa menyebut kadar tersebut, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata pengumuman itu dijangka memberi pulangan lebih kompetitif berbanding tahun lepas.
"Saya tidak boleh sebut peratusan keuntungan yang bakal diagihkan kepada pelabur sehingga hari pengumuman 21 Disember ini, tetapi ia adalah lebih kompetitif," katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis penyampaian hadiah Pertandingan Akhir Kuiz Pelaburan PNB 2012 (Kategori Universiti) di sini, Ahad.
Turut hadir pada majlis itu adalah Naib Cancelor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Datuk Raduan Che Rose, Timbalan Presiden Korporat dan Antarabangsa PNB, Datin Paduka Jamiah Abdul Hamid dan Timbalan Presiden Unit Amanah PNB, Datuk Idris Kechot.
Beliau berkata setiap tahun PNB membayar dividen dan bonus bernilai hampir RM10 bilion kepada kira-kira 11.23 juta pemegang akaun dana-dana unit amanahnya dan jumlah yang besar tersebut sudah pasti memberi impak kepada ekonomi negara.
Hamad Kama Piah berkata tahun ini setakat November lepas, PNB telah mengumumkan pembayaran dividen bagi tujuh dana pelaburan yang berjumlah hampir RM2.6 bilion.
Beliau juga berkata PNB bakal memperkenalkan produk baru dalam pengurusan pemegang saham yang meninggal dunia dinamakan Hibah, yang akan memberi kemudahan dan alternatif perancangan harta kepada pelabur.
"Ia bakal membantu mempercepatkan proses pentadbiran harta pesaka membabitkan dana unit-unit amanah ASNB milik mereka," katanya.Bagaimanapun, katanya produk itu belum dapat ditentukan tarikh pelaksanaannya kerana masih dalam peringkat kajian terutamanya dari segi pematuhan syariah.
Dalam ucapannya sebelum itu, beliau berkata PNB kini menguruskan sejumlah 154.22 juta bilion unit amanah milik 11.23 juta pemegang akaun.
"Dari segi nilai, kita mengurus dana lebih RM220 bilion dengan mengambil kira dana milik pelabur dan milik PNB sendiri," katanya. - BERNAMA

Monday, 10 December 2012

Penangguhan Urusniaga ASB - Debaran Di Ambang Pengumuman Dividen ASB

Para pelabur ASB amnya, dan pelabur loan ASB khususnya, dan pelabur loan ASB dengan teknik dari Forum Himpunan Loan ASB terutamanya...detik-detik yang ditunggu makin hampir tiba.

Paling lewat 24 Disember (Isnin), akan tibalah detik keramat. Suma duk google cari berita terkini, terpacak depan TV, pasang telinga kat radio.

Sehingga ke detik keramat tu, ini pengumumuan dari PNB - Penangguhan Urusniaga ASB mulai 18 Disember.


Kalau nak berita dari PNB, terus ke ruangan berita di Portal Rasmi PNB (klik di sini). Kebiasaannya, PNB lambat upload berita pengumuman dividen, jadi sila cari BERNAMA yang sentiasa paling awal upload berita terkini.

Moga berita gembira di hujung tahun buat semua.