Monday 24 December 2012

Mencapai 1juta OPM Dalam ASB Dengan Teknik 2 + Teknik abg ngah

Masih ingatkah anda berkaitan Teori Angka 72?

Dengan Teori Angka 72 anda dapat jangka bila duit pelaburan anda berganda seperti berikut:

Instrumen Pelaburan
ROI
Teori Angka 72
Jumlah tahun berganda
KWSP
4%
72 / 4
18
Tabung Haji
5%
72 / 5
14.4
ASB
7%
72 / 7
10.2
Unit Trust
15%
72 /15
4.8
KPF
15%
72 /15
4.8
LTAT
15%
72 /15
4.8
Bank Rakyat
20%
72  / 20
3.6
Emas
20%
72  / 20
3.6
Loan ASB Teknik 2 terminate selepas 2 tahun
33%
72  / 33
2.2


Anda dapat gandakan duit dalam tempoh jauh lebih singkat dengan loan ASB Teknik 2 iaitu dalam tempoh 2.2 tahun sahaja.


Secara praktikalnya, dengan serve loan ASB 100k anda cuma perlu modal 7200 sahaja. Selepas 2 tahun, anda terminate anda akan ada 12000. Sesuatu yang tidak diperolehi dengan simpanan ASB kaedah simpanan sendiri mahu pun oleh pelaburan dalam Koperasi Peneroka Felda, Bank Rakyat atau pun emas.

Tahun ke-6 anda sudah punyai 1juta OPM dengan Loan ASB atau bernilai RM77k tunai hanya dengan konsisten gunakan modal RM600 dari gaji bulanan. Maknanya anda perlu 4 proxy untuk diguna nama bagi membuat loan ASB. Anda boleh bagi ganjaran RM1200 setahun bersama sebarang amaun bonus yang dikreditkan dalam akaun ASB diorang.

Adik, anak sedara, anak sendiri yang berumur 18 tahun ke atas layak loan ASB. Pada tahun keenam bonus untuk loan ASB 200k dah 1200 setahun. Dah cukup bagus bagi student 18 tahun ke 24 tahun. Bila diorang dah kerja, diorang mampu buat loan guna duit sendiri pulak. Dalam tempoh 6 tahun, anda dah bantu diorang dapat tak kurang 10k. Harap dapat membantu pembelajaran atau pon untuk jadi modal pelaburan masa hadapan.

Berbalik kepada anda sebagai prime investor. 1juta OPM dalam tempoh 6tahun. Itu kiranya anda solo investor. Katakan anda dan pasangan (suami/ isteri) bekerjasama untuk ekonomi keluarga cara mudah ni. Hanya 4 tahun sahaja anda perlukan untuk capai 1juta OPM.


Seterusnya, sasarkan bagaimana untuk jadikan 1juta OPM menjadi cash. Dalam hitungan saya, anda perlukan 14 tahun. Dengan hanya Loan ASB sebagai tool wealth creation. Hanya dengan pelaburan pasif yang rendah risiko dan tinggi pulangannya. Pastinya, anda tidak melabur dengan satu kaedah sahaja bilamana anda seorang yang benar-benar celik pelaburan.

Yang penting, jadilah pelabur yang berhemah.

27 comments:

  1. salam, tak fahm yg bab 4 proxy tu. dan maintain rm600/bln utk 4-4 proxy ke atau 1 acct rm600/bln..advise sikit bang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf kerana lewat respond. baru perasan komen bro ni. ok, saya cuba bagi penjelasan untuk bro faham. kalau tak faham tanya lagi selepas ni.

      1. komitmen bulanan dari gaji kekal cuma 600/bulan.

      2. tiap tahun tambah 1 akaun baru dari modal perkara no.1

      3. bila buat perkara no.2 secara mudahnya bro ada 6 akaun 100k berjumlah 600k.

      4. namun, bro dapat gandakan ia menjadi lebih banyak dengan kaedah terminate selepas 24 bulan bagi tiap akaun.

      5. kerana bro terminate seperti dalam perkara no.4, bro dapat gandakan modal untuk 1 akaun 100k menjadi 2 akaun 100k.

      6. secara mudahnya, akaun 1 berganda pada tahun ke3. akaun 2 berganda pada tahun ke4, akaun 3 berganda pada tahun ke5, akaun 4 berganda pada tahun ke6.

      7. kerana perkara no.6, 6 akaun bernilai 600k sudah menjadi 1juta pada tahun ke6.

      8. walaupun ada 1juta loan ASB dengan perlu bayar 6k/bulan, bro tetap maintain cuma bayar 600/bulan dari gaji. selebihnya dibayar oleh dividen dan hasil terminate loan ASB.

      ok. faham tak? fahamkan dari satu perkara demi satu perkara. mana-mana yang tak faham, tanya je. saya sedia membantu

      Delete
    2. tuan sye nak guna nama kak saya sebagai pemegang asb tpi die glongn OKU...boleh ke golongn ini buka akaun ASB..

      Delete
  2. minta pencerahan mcmne nak buat solo 6tahun jadi 1 juta..n mcmne kalo suami isteri dlm ms 4thn 1 juta OPM...apakah OPM plak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya jawab soalan kedua terlebih dahulu kerana ia lebih utama.

      OPM iaitu Other People Money, adalah potensi kewangan yang boleh diguna untuk kepentingan kita. Contoh OPM, duit bank. Paling biasa, org mendapatkan kereta atau rumah dgn OPM. Kita beli kereta dengan duit bank. Bukan dengan duit kita. CUma kita perlu bayar interest kepada bank kerana guna duit bank untuk pemilikan kereta tu.

      dalam loan ASB, kita gunakan potensi kewangan kita, iaitu kemampuan komitmen bulanan kita untuk miliki saham ASB dalam jumlah yang sangat besar supaya kita dapat hasil dividen, bonus yang besar juga. Selain itu, loan ASB beri hasil yang sangat tinggi dengan teknik yg optimum.

      setakat nak 1 juta OPM tak perlu 4 tahun pun. sebulan pon boleh kalau ada modal. kalau ada 72k cash dah boleh apply loan ASB 1juta. namun, persoalannya ada ke modal 72k tu?

      dek kerana kelabu mata pula, ramai yg terburu-buru buat personal loan untuk dapatkan modal 72k ni. kerana salah percaturan, ramai berakhir dengan jadi hamba personal loan, kerana tak tahu terma-terma dalam personal loan.

      dengan teknik pengiraan reverse & teori angka 72, anda boleh forescast berapa amaun modal yang anda perlukan secara bulanan untuk capai 1juta OPM. dalam tempoh 4 tahun tu. bro cuba kira dan saya akan advise sewajarnya.

      tq

      Delete
    2. Salam Tn Khairani,

      Tuan ada pengiraan mcmana dptnya nye RM72K ni?

      Kalau ada modal 72k pun ASB still kena ada 5 kan (200k sorg)utk loan ASB 1 Juta...tapi mcmana nak buat loan if parents yg bersara or wife surirumah...

      tq

      Delete
    3. 100k loan ASB 25 tahun, perlu 600/bulan iaitu 7.2k setahun
      1juta loan ASB 25 tahun, perlu 6k/bulan iaitu 72k setahun

      ya 5 akaun. Ramai dah buat teknik abg ngah ni. Saya bulan depan akan capai 700k. Bagi upah 1k setahun atas 1 proxy pon xpe.

      parents bersara means umur dh 55++. Max umur adalah 60. yang berusia insurannya tinggi. Proxy sebaiknya cari paling muda yang berumur 18thn ke atas. Insuran akan jadi modal yang dormant. rugi potensi kewangan kalu dibiar jadi premium insuran sahaja.

      wife surirumah ok je. wife saya pon surirumah 200k loan ASB. bank akan minta advance at least 3 bulan bayaran. adik2 yang sedang belajar pon boleh. sama juga deposit 3 bulan.

      Delete
    4. kalau x diluluskan atau diorang mintak advance setahun, emel saya khairani.hashim@gmail.com

      Delete
    5. terima kasih tn sebab cepat reply..sy silent reader je blog tn, ni br 1st time comment.

      Saya tengah buat plan refinnance rumah sbb lockin abis bln 10 ni then plan nak buat ODASB+LASB ni start tahun depan.

      skrg tgh planning nak maximise kan ROI.cuma problem kat proxy tu.ada adik n anak buah tp takut dorg tak berani/yakin maklumlah loan tu akan atas nama dorg kan.

      Delete
  3. Salam bro,

    Tumpang tanya,

    Sekiranya saya nk pakai nama adik saya sbg proxy tp die tidak bekerja dan tiada slip aji, masih boleh apply for asb loan under nama dia ke?

    ReplyDelete
  4. Salam, nak tanya, kita memanjang buat dan terminate loan, bank tak banyak soal ke? tk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bank akan terima kita dgn gembira. Kalau x nk, bank pesaing nk.

      Diorg x rugi. Cuma kurang untung berbanding peminjam kurang celik pelaburan.

      Delete
  5. kadang-kadang pening dan tak jelas.
    Bagaimana boleh ada 6 akaun pelaburan loan 100k jika setiap 2 tahun sebelum itu kita sudah terminate akaun secara berterusan. Jika sudah terminate, loan 100k akan diambil oleh bank dan kita cuma peroleh hasil dividen sahaja. secara logiknya, kita cuma boleh carry forward hadil dividen dari akaun terminate sahaja untuk ke akaun lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiap tahun apply 1 loan ASB 100k yang baru. loan yang baru je perlu serve dengan gaji. jadi tiap tahun hanya ada 1 akaun loan baru.

      tiap akaun yang diterminate, reapply dgn amaun lebih tinggi. loan yang reapply ni serve dengan duit hasil terminate dan hasil dividen terdahulu. xde sentuh duit poket pun.

      secara amnya, hanya RM600 je sebulan sampai ke sudah yang perlu diambil dari gaji. selebihnya hidup sendiri dengan dividen dan hasil terminate.

      2013 ini, saya tutup dengan RM7k+ hasil terminate dan dividen 40k+ awal januari nanti. Anda buat la, akan nampak juga jalannya nanti. baca dan kira-kira sahaj tak dapat feel. tengok duit masuk akaun bank dan buku ASB baru syok.

      All the best

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam..nak tnye.kalo sy ad modal 72k n ad lima nama yg bole bukak akaun,mcmna kah tekniknya..n kne terminate lpas 2 thun jgak ke..mix pencerahan..tq

    ReplyDelete
  8. Salam tuan..sy ada buat asb loan 50k 25tahun..skrg ni dh masuk tahun ke dua..soalan sy, klu sy nk terminate loan sy ni berapa yg sy akn dpt nnt?

    ReplyDelete
  9. Kalau Encik Boleh tunjuk Jadual mungkin kami akan Lebih faham dgn teknik ni

    ReplyDelete
  10. tak faham la apa yg cuba di sampaikan, cuba cerita step by step

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. salam tuan,
    saya ku iskandar zulkarnain ku aziz bertugas dalam bdn beruniform bpangkat inspektor. saya tertarik dgn tulisan tuan.
    saya nk tuan bg pandangan utk plan ASB sy boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Sms/ wassap sy +60102206109

      Sy tunjukkan pilihan jln.
      Terpulang kpd tuan utk pilih jln yg mana nnt.

      FB: Kentzige Bruang
      Emel:
      khairani.hashim@gmail.com

      Delete
    2. Boleh. Sms/ wassap sy +60102206109

      Sy tunjukkan pilihan jln.
      Terpulang kpd tuan utk pilih jln yg mana nnt.

      FB: Kentzige Bruang
      Emel:
      khairani.hashim@gmail.com

      Delete
  13. Hebat teknik ni...mksudnya dengan rm600 sebulan kita mmpu ada 1juta lasb ...hebat..kenapalah xterfikir teknik ini..tq tuan

    ReplyDelete
  14. Salam sya.puan rozi.. Nk tanya.. Sya ade 72k.. Terangkn bagaimana nk joint asb 1 juta

    ReplyDelete
  15. maksud nya ada 1juta dalm 1th ke tuan??? sbnar nya 1 apa pon sy x faham..

    ReplyDelete