Thursday 11 July 2013

Personal Loan to serve Loan ASB - Pelaburan dengan modal sifar. (Terutamanya Untuk Penjawat Awam rate ~50% lower)

Dengan lafaz bismillah saya kembali menulis di ruangan perkongsian ilmu ini. Moga memberi manfaat kepada saya dan tuan puan jua.

Kali ini, saya ingin berkongsi teknik pelaburan modal sifar dengan Loan ASB bermodalkan dana daripada personal loan.
Kerapkali sebelum ini saya bertegas menasihatkan supaya jauhi Personal Loan walau pun dalam mendapatkan dana pelaburan ASB. Ya, saya masih yakin bahawa Personal Loan lebih banyak memerangkap anda dalam perangkap kewangan berbanding membantu anda mengatasi masalah kewangan.

Namun, hanya segelintir sahaja yang mampu memanipulasi dengan baik personal loan yang akhirnya menjadi batu loncatan untuk mencapai sesuatu hanya dengan memahami teknik yang betul. 

Sebelum kita melangkau lebih lanjut, elok terlebih dahulu kita memahami konsep personal loan yang ada dijelaskan di link berikut:




Sila luangkan masa anda untuk baca tiap artikel berkaitan personal loan di link tersebut supaya anda tidak terlepas pandang pesanan dan tips berguna yang ingin disampaikan. Antara perkara paling utama yang perlu diberi perhatian ada dijelaskan di link berikut:



Secara amnya, berikut adalah antara fees dan charges dalam personal loan:

1. Processing fee
2. Stamping fee
3. Early repayment charges
4. Late payment charges

Kiranya anda tidak memahami caj di atas, maka berlaku la kesilapan dalam percaturan dan perkiraan yang akhirnya membuatkan anda membuat keputusan yang kurang bijak. 

Saya tidak ingin merungkai lebih lanjut berkaitan kaedah memilih personal loan yang terbaik. Izinkan saya terus memberikan contoh pelaburan Loan ASB dengan modal sifar. 

Personal Loan Bank Rakyat 
Amaun Loan 20k
Interest Rate 3.85% (for civil servants + insured + fixed rate)
Tempoh Loan 10 tahun
Loan Islamik (Tiada riba)
Bayaran Ansuran RM231 sebulan
Insuran RM255
Processing Fee RM0
Stamping Fee RM100.00

Cash yang diterima:
RM20k - RM255 (Insuran) - RM100.00 (Stamping Fee) = RM19,645

Dengan dana yang diterima ini, anda boleh serve loan ASB 200k tanpa menggunakan duit poket dengan syarat anda guna teknik 2 dan terminate dan reapply setiap 2 tahun.

Tahun 1: 

Personal Loan: RM231 x 12 = RM2,772
Loan ASB: RM1,200 x 12 =  RM14,400
Total perlu bayar: RM17,172

Baki: RM19,645 - RM,17,172 = RM2,473

Tahun 2: 

Personal Loan: RM231 x 12 = RM2,772
Loan ASB: RM1,200 x 12 =  RM14,400
Total perlu bayar: RM17,172

Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500

Baki: RM2,473 + RM15,500 - RM17,172 = RM801

Tahun 3: 

Total perlu bayar: RM17,172
Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500
Hasil Terminate Loan ASB RM200kRM7,000
Dan reapply Loan ASB RM200k juga

Baki: RM801 + RM15,500 - RM17,172 + RM7,000= RM6,129

Tahun 4: 

Total perlu bayar: RM17,172
Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500

Baki: RM6,129 + RM15,500 - RM17,172 = RM4,457

Tahun 5: 

Total perlu bayar: RM17,172
Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500
Hasil Terminate Loan ASB RM200kRM7,000
Dan reapply Loan ASB RM200k juga

Baki: RM4,457 + RM15,500 - RM17,172 + RM7,000= RM9,785

Tahun 6: 

Total perlu bayar: RM17,172
Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500

Baki: RM9,785 + RM15,500 - RM17,172 = RM8,113

Tahun 7: 

Total perlu bayar: RM17,172
Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500
Hasil Terminate Loan ASB RM200kRM7,000
Dan reapply Loan ASB RM200k juga

Baki: RM8,113 + RM15,500 - RM17,172 + RM7,000= RM13,441

Tahun 8: 

Total perlu bayar: RM17,172
Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500

Baki: RM13,441 + RM15,500 - RM17,172 = RM11,769

Tahun 9: 

Total perlu bayar: RM17,172
Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500
Hasil Terminate Loan ASB RM200kRM7,000
Dan reapply Loan ASB RM200k juga

Baki: RM11,769 + RM15,500 - RM17,172 + RM7,000= RM17,097

Tahun 10: 

Total perlu bayar: RM17,172
Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500

Baki: RM17,097+ RM15,500 - RM17,172 = RM15,425

Tahun 11:

Selepas 10 tahun, Personal Loan anda tamat dan anda berhenti loan ASB sepenuhnya (ambil nafas jap, nak kira untung rugi).

Dividen: RM200k x 7.75% = RM15,500
Hasil Terminate Loan ASB RM200kRM7,000

Baki: RM15,425+ RM15,500 + RM7,000 = RM37,925

Kiraan ROI

Modal = 0
Hasil = 37,925 per 10 tahun
       = 3,792 per tahun
       = 316 sebulan

ROI = infiniti kerana modal '0'

Modal anda hanya potensi kewangan untuk had pinjaman anda sebanyak RM20k sahaja. Dan anda juga telah gunakan had pinjaman sebanyak RM200k untuk Loan ASB yang mana ada bank yang mengiranya sebagai komitmen kewangan. Kiranya tersangkut dalam urusan pembelian kenderaan atau rumah, Loan ASB dan Personal Loan boleh ditamatkan dan disusun semula pelan pelaburan anda.

Basically, anda telah tingkatkan pendapatan bulanan sebanyak RM316 sebulan dengan modal sifar.

Semua perkiraan di atas langsung tidak mengambil kira bonus 1.15% atas RM200k Loan ASB tersebut. Total bonus adalah dalam anggaran RM11500.

Selepas 10 tahun bonus anda dari Sijil ASB 200k adalah RM2.3k setahun. Bonus je tau, bukan dividen.

And the wealth creation continues

Moga anda memahami teknik personal loan ini dengan baik. Kerana tersilap pilih pakej personal loan yang salah akan memerangkap anda dalam beban kewangan tak berkesudahan.

Moga kita semua menjadi pelabur yang berhemah jua.

13 comments:

  1. salam tuan,

    saya tak faham ttg angka RM9972 diperolehi. Mohon pencerahan. Tkasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, belum siap sepenuhnya tadi. Ternyata saya tersilap perkiraan untuk pembayaran loan 100k sahaja tadi.

      Delete
  2. Replies
    1. Sorry bro. Semalam kira untuk 100k je. Tetiba nk up skit jadi 200k. Otak kira lain, jari tekan lain. aduss. skang dah dibetulkan. pohon feedback. tak nak jugak bagi input salah.

      dengan ini, saya tidak bertanggungjawab atas keputusan pembaca untuk membuat pinjaman. anda bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan anda.

      Saya hanya berkongsi pendapat. kalau salah, sila tegur.

      Delete
  3. ini belum kira kalau apply loan high to limit dan guna duit dari gaji untuk tambahan simpanan..
    cumanya bukan semua mampu dapatkan personal loan dgn rate yang murah..
    jadi pilihlah jalan yang bersesuaian dgn tahap risiko anda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Contoh yang dibawa adalah rate untuk pegawai perkhidmatan awam.

      Delete
  4. salam bro, sy dah baca kat CG cuma ada yg tak brp jelas berkenaan byr monthly guna duit yg kita dump ke dlm asb. Kalau kita wat loan asb sapa yg pegang buku pelaburan (kita or bank?) let say bank pegang mcm mana nak byr monthly sebagaimana yg dinyatakan dlm teknik 2 & 3. tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bro,

      1. loan ASB dgn maybank, maka pembayaran ke akaun maybank kita secara standing instruction. pastikan ada maun yg nak dipotong tiap bulan.
      2. buku asb tetap kita pegang. bank pegang sijil ASB. amaun sijil ASB tak ditulis dlm akaun ASB tp akan dinyatakan dlm penyata tahunan

      tq

      Delete
  5. time kasih bro, cuma sy ada 2 soalan:
    1. jika jumlah loan tidak dicatat dlm buku asb, bolehkah max loan 200k dibuat sekiranya jumlah simpanan asb ketika itu sudah ada 70k. atau hanya layak 130k shj.
    2. saya confuse dgn kiraan hasil terminate slp 2 thn. Knp nilai dia kecil and knp nilai dia constant (7k), bkn sepatutnya bertambah ker?

    ReplyDelete
  6. Tuan, boleh guna lagi ke teknik ni dengan dividen ASB hanya 7.25% ?

    ReplyDelete
  7. Wow what a Great Information about World Day its very nice informative post. thanks for the post. CashMax88

    ReplyDelete
  8. Keep up the good work , I read few posts on this web site and I conceive that your blog is very interesting and has sets of fantastic information. money lender Singapore

    ReplyDelete
  9. Pretty good post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed reading your blog posts. Any way I'll be subscribing to your feed and I hope you post again soon. Big thanks for the useful info. the loan republic

    ReplyDelete