Salam,
Bertemu sekali lagi.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Terima kasih kepada semua
atas sambutan yang menggalakkan pada blog ni. 86, 176, 161 hit dalam 3 hari blog ni launch. Nawaitu cuma satu, untuk sebarkan info untuk bumiputera
berkenaan peluang memperbaiki dan seterusnya memantapkan status kewangan diri
dan keluarga dengan Loan ASB. Pesan tuan Ikeda (tok guru aku), 1 bgtau 10, 10 bagitau lagi 10 setiap sorang. Akhirnya makin ramai bumiputera bukak mata dan ambil langkah bijak dalam pelaburan Loan ASB.
Pelaburan
Day in day out, kita
didedahkan dengan pelbagai idea
pelaburan. Rakan sepejabat, info di intenet pon tidak putus2 membuat kita
teringin juga nk join. Dan kerapkali, kita terhenti sejenak kerana kita tidak
ada pengetahuan tentang pelaburan yang ingin kita ceburi tu.
IPO, FGVH, Bank Rakyat, Koperasi
Peneroka Felda, Public Mutual, Unit Trust, Prudential Takaful, Etiqa, Tabung
Haji, ASB, Loan ASB, RGCX, VGMC, MLM, property, komoditi, KLSE. Suma
menjanjikan hasil yang jauh lebih bagus dari akaun simpanan di bank. Apatah lagi bila dibandingkan dengan sistem kutu.
Berbanding dengan dividen 4%
setahun jika disimpan di bank, sudah tentu lebih baik kiranya ia dapat menjana
hasil 6% (Tabung Haji - siap settle zakat), 7.6% (ASB - x kena cukai), 10% ke
25% (Unit Trust seperti Public Mutual), 12-15% (Koperasi Peneroka Felda - peneroka
n famili je blh tau), 500+ sebulan atas 1 lot 4500 (RGCX n VGMC), juta-juta
(Skim Cepat Kaya).
Dilema
Anda jadi konfius dengan
pelbagai input yang datang dari pelbagai sumber. Bos, rakan sepejabat, sedara
mara, profesional, remiser, agen bank, promoter pelbagai skim datang dengan
pelbagai bukti, testimoni dan hujah.
STOP jap. Promoter will
only elaborate n exaggerate on the good news, the good side of their scheme je.
Udang sebalik mi, dia makan sorang-sorang. Kita dapat makan batu je. Yes,
memang ada skim yang betul-betul memberi hasil. Cuma anda perlu tau selok-belok
pelaburan tu dengan tepat, terutamanya bila nk beli n bila nk jual. Bila perlu
kaut untung n simpan keuntungan kat lain.
So, kena tau bezakan:
pelaburan high risk vs pelaburan low risk
pelaburan pasif vs pelaburan aktif
sudah pasti semua orang happy bila ditawarkan suatu pelaburan low risk + pasif + high ROI. Ada ke?
Pilih Teknik Yang Sesuai
Sememangnya
ada. Hasil kajian dan pengalaman otai2, tool wealth creation paling berbaloi2
adalah Pelaburan Loan ASB dengan teknik yang betul. Sebagai contoh, anda boleh dapat RM227,000 selepas 15 tahun dengan Rm7,200 modal hari ini. 3000.6% dalam 15 tahun atau purata 200% setahun. Ingat - dengan teknik Wealth Optimization yang betul.
Keyword
– teknik yang
betul
Teknik yang salah
akan memakan diri. Anda mungkin menjadi hamba bank akhirnya. Ada satu thread forum
yang sangat bagus dalam membincangkan tentang perkara ni. Google sahaja – 'Himpunan Teknik Loan ASB' atau terus ke salah
satu post saya di thread tersebut
Pelbagai teknik
dibincangkan memandangkan kita semua mempunyai latar belakang yang berbeza,
pendirian kewangan yang tidak serupa, kedudukan kewangan yang pelbagai dan
keperluan hidup dan sosial yang bermacam macam.
Soalan1: Sumber Kewangan Untuk Serve Loan ASB
1.Tabung kewangan lump sum
2.Potongan gaji secara bulanan
3.Personal Loan
4.Overdraf Property
5.Overdraf Sijil Loan ASB
6.Pinjam Along
7.Pinjam Famili tanpa bunga
8.Duit kutu buat rolling
9.Pajak Emas ArRahnu
Soalan2: Tempoh Loan ASB
Timbul pula persoalan,
berapa tahun
tempoh loan yang terbaik?
Short term atau 25 tahun
max.
Soalan3: Sumber Kewangan Serve Loan Tahun Ke2 dan seterusnya
Bagaimana pula
tahun kedua dan seterusnya? Apa sumber kewangan untuk biaya Loan ASB?
1.Dividen
2.Potong Gaji
3.Personal Loan
Dll
Cos, bila dapat
dividen tentu tiap seseorang ada keperluan n perancangan masing2.
Soalan4: Bila Nak Terminate Loan ASB
Setelah itu, timbul
pula persoalan tahun
ke berapa nk jual? Atau terus kekal sampai tamat loan.
Ya, tersangat
banyak persoalan dan persimpangan yg akan kita temui dan kita perlu buat
pilihan. Tiap satu jalan n pilihan kita pastinya memberi hasil yang berbeza.
Mudah cerita, sila
baca thread forum Himpunan Teknik Loan ASB. Namun kerana perbincangannya sudah
mencatat 7000+ post, pastinya penat nk baca. Namun, pasti tuan/puan akan dapat ilmu yang
berguna.